Saturday, September 5, 2009

Tiba masanya untuk merenung...



Masa berlalu dengan cepat..tanpa menunggu sesiapa..takkan berpatah balik..Sekejap sahaja kita telah sampai ke penghujung tahun…Ini bermakna pelbagai peperiksaan awam akan ‘muncul’ satu persatu denagn UPSR sebagai permulaan dan STPM sebagai penamat…

PMR merupakan satu-satunya peperiksaan yang sekolah kami perlu hadapi..Tahun ini sekolah kami mempunyai 61 calon akan menduduki peperiksaan PMR…Mereka hanya tinggal sebulan sahaja untuk membuat persipan terakhir untuk menghadapi ‘peperangan’ trsebut…

Mungkin disebabkan pelajar baru balik daripada cuti..pelajar-pelajar masih nampak ‘relax’ lagi…hanya segelintir pelajar sahaja mula mengorak langkah dan membuat persediaan…manakala ada lagi masih menganggap lama lagi peperiksaan tesebut..Sikap ‘nantila..sempat tu…”masih bermain dalam fikiran mereka

Pihak sekolah turut memulakan persiapan untuk membantu pelajar dalam menghadapi peperiksan ini..Tag nama yang mempunyai Target PMR masing2 semasa motivasi PMR ’09 mesti dipakai oleh semua pelajar T3 ketika masuk ke kawasan sekolah supaya mereka ingat pada Target mereka dan seterusnya berusaha untuk mencapai Target yang diletakkan mereka sendiri.. Sekolah turut mengadakan tazkirah setiap pagi persekolahan untuk member peringatan, dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mrncapai target mereka terutamanya pada bulan yang mulia ini…Guru SMK Wakuba akan bergilir-gilir memberikan tazkirah tersebut..Guru-guru pula sibuk mencari soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan percubaan daripada seluruh negeri di Malaysia untuk memantapkan lagi persiapan pelajar..Harap usaha-usaha daripada pihak sekolah dapat menjelmakan kejayaan para pelajar pada PMR tahun ini…

Minggu depan satu kali peperiksaan akan diharungi oleh pelajar Tingkatan 3..Percubaan terakhir daripada pihak sekolah..Para pelajar harap dapat tunjukkan persiapan rapi telah dilakukan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang..Guru-guru anda selalu mendoakan kecemerlangan anda..Kepada yang masih bersikap sambil lewa..sudah tiba masanya untuk berubah sikap tersebut..Masih ingat ayat seorg guru....”PMR SEUMJUR HIDUP HANYA SEKALI SAHAJA..TIDAK DAPAT ULANG LAGI..TOLONG AMBIL PELUANG INI DENGAN BAIK…”

Good Luck…!!!

p/.s: Minggu ini agak merunsinglan buat pihak sekolah sama ada pihak pentadbir ataupun guru-guru..Apa2pun harap yang terbaik untuk sekolah…

2 comments:

Anonymous said...

selamat menduduki peperiksaan PMR wat anak didik... moga berjaya!

P.Wakuba said...

Terima kasih Teja..Doakan kejayaan mereka ya..

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster