Siapa nak lawan dengan masa.....pejam sikit celike sekejap, pejam kiri celik kanan...dh lepas seminggu beraya (cepatkan..macam baru je cuti)..mesti masing2 dh balik dr raya la kan??letih?seronok?puas??em..terpulang kepada masing2 la..tp buat penulis...tahun ini memang puas dengan dibawa oleh cikgu Mail ke sana sini untuk makan..macam2 masakan dapat rasa..mcm2 tempat dibawanya..memang seronok sepanjang minggu ini dan merupakan satu pengalaman yang baru di Tawau,Sabah ini..Di sini mengucapkan terima kasih banyak2 kepada cikgu Mail dan keluarga...
Apa2pun semua dah kena mula bertugas semula di tempat masing- masing dengan 'mood' raya masih 'bahang' dirasai...Di sini, penulis mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua pelajar... selamat kembali ke 'pangkuan' sekolah...
Tajuk di atas sebenarnya ingin ditujukan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tetapi juga kepada guru-guru tingkatan 3...maka dengan hanya 9 hari sahaja lagi peperiksaan PMR akan menjelang tiba..guru-guru dan pelajar-pelajar nampaknya telah mengorak langkah untuk 'peperangan' ini..Pihak sekolah telah menukar jadual kelas tingkatan 3 kepada jadual ulangkaji untuk setiap subjek pada minggu ini...guru-guru pula ada yang mula inisiatif sendiri untuk membuat kelas tambahan untuk pelajar-pelajar..dan ada juga mula memberi latih tubi yang terakhir sebagai persediaan...Pelajar-pelajar pula??mungkin kesian sedikit buat pelajar Tingkatan 3 tahun ini kerana masa ini banyak yang masih dalam 'mood' raya..ada yang masih susah 'concentrate' dengan apa yang diberi...Di sini..penulis ingin berseru supaya para pelajar Tingkatan 3.."Tolong tinggalkan mood raya sekarang dan START THE ENGINE NOW!!!...Memang agak terlewat sekiranya baru mula mengorak langkah..tp penulis rasa para pelajar dah ada plan dan perancangan masing2 untuk menghadapi 'peperangan' ini...
Maka mulai sekarang...daripada Jom Raya...kita tukar jadi
Feed2PDF: Konversi RSS Feed Ke PDF
13 years ago
1 comments:
slm..
study, study wooo
Post a Comment