Monday, September 14, 2009

Berkongsi cerita...Bersyukurlah

Sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah esok untuk hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya ini...terbaca entri yang dipost oleh Daddy Cool...terasa ingin pula berkongi dengan pelajar-pelajar dan rakan blogger...Ceritanya begini...

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? " tanyaku.

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?" tanyaku lagi.

"Bapak pergi kerja..." jawabnya semula.

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" aku bertanya lagi sebab di situ ada seorang bayi dalam
lingkungan umur 5 bulan.

Sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? " tanyaku lagi.
"Sepuluh." jawabnya.

"Adik ni yang ke berapa?" tanyaku.

"Saya yang kelapan." jawab budak itu.

"Mana abang-abang kamu pergi?" tanyaku lagi.

"Tolong emak menoreh." balasnya semula.

"Adik puasa hari ini?" tanyaku.

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi, "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". keluhnya.

"Bapak kerja apa?" tanyaku lagi.

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa, " jawabnya

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit,

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar, anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata,

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari." jawabnya kembali.

"Ayahnya bekerja macam mana", aku bertanya kembali.

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." dia pun menjawab.
_________________________________________________________________
Kita x pasti cerita ini betul ke tidak..tp apa salahnya kalau kita menggunakan kisah ini untuk cerminkan diri kita bahawa selama ini adalah anda bersyukur dengan apa yang anda ada??Harap cerita ini dapat memberi iktibar kepada semua dan hargai apa yang anda ada sekranag...Terima kasih sekali lagi buat Daddy cool untuk cerita ini...

0 comments:

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster