Tinggal hanya seminggu sahaja lagi nk raya dh...di mana-mana saja kita dapat dengar lagu raya..Di bilik guru, di tepi jalan, rumah jiran n budak-budak yang di tepi jalan semunya mendendangkan lagu raya...N tidak terlupa juga lagu 'Balik Kampung' yang memang jadi lagu 'hot favourite' time nk raya ini...
Atas pertimbangan kepada guru-guru yang hendak membuat persiapan raya terutama guru yang perlu perjalanan jauh balik ke kampung..sekolah telah memohon untuk cuti ganti pada hari Khamis dan Jumaat depan..Tambahan pula hari Rabu ialah cuti umum negeri Sabah..maka tinggal 2 hari sahaja persekolahan untuk minggu hadapan..Then cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar dh boleh bersiap sedia untuk beraya dh..
Di bilik guru mula kedengaran guru-guru sembang tentang persiapan untuk beraya..ada yang kena cut budget sebab x dapat bonus katakan..ada yang dapat bonus legalah sikit dapat tambah extra baranag-barang raya..ada yang cadangkan tahun ini no bonus..maka buat sahaja rumah 'tertutup'..haha..macam2..apa-apa pun kemeriahan raya mula terasa di sini..
Balik kepada tajuk di atas...setelah bebrapa kali ulang-alik kedai itu..bebrapa kali mendapat layanan yang agak buruk..akhirnya dapat juga gambar yang telah lama minta..Mungkin sebab kali terakhir ini membuat bayaran kut..layanan yang diberi oleh pekerja ok sikit (tapi bosnya masih dengan muka yang sombong..terutama bila minta softcopy..siap diejek-ejek lagi)..sebelum ini kalau pertanyaan tentang gambar itu memang diberi muka yang masam+pahit..seolah-olah kita datang kacau mereka..Tak tau apa itu mesra pelanggan..
Apa-apa pun dah dapat gambarnya….nk letak untuk didownload oleh guru-guru dan pengawas di sekolah...Kalau nak hardcopy..datang ke bilik guru untuk berurusan dengan penulis la ya..
Inilah barisan pentadbiran dan guru-guru SMK Wakuba------>>>Serius+Posing
Ini pula bersama guru-guru bersama dengan pengawas...Ada yang kecil..ada yang besar...
Ha..ini pula gambat yang diambil oleh jurugambar sementara nak menunggu guru-guru lain datang..itulah untung kalau datang awal-awal..haha..
Sebenarnya banyak lagi gambar sekolah di kedai itu cuma saya tak tahan nak duduk di kedai itu lama..haha..maklumlah..org dah bermasam muka dengan kita...xkan kita pun nak lepak lama2 kan..xpe..nanti free saya pergi uruskan lagi…Kepada guru yang dh nk balik kampong..crew kami mengucapkan selamat menaik flight dan selamat jalan..kepada guru yang memandu..berhati-hati ya..Jangan lupa tali pinggang..kepada semua pelajar terutama Tingkatan 3…di samping raya..jgn lupa buat ulangkaji..Jaga kesihatan la ya semua…
Feed2PDF: Konversi RSS Feed Ke PDF
13 years ago
4 comments:
slm..
selamat hari raya la belaka ke warga wakuba deh heh heh... ambo raya di sarawak je heh heh heh...
Terima kasih adhe..Selamat hari raya buat mu juga..xpelah..tahnu ni rasa pula raya di halaman org..nanti tukar blk ada juga kenangannya kan..Enjoy lah raya di sana...
Semoga taqwa mengakhiri Ramadhan ini dan kemantapan Iman mendahului Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Maaf Zahir & Batin
slmt hari raya buat semua cg wakuba...
waaa bes le blh coti awal nih...
kawe kelik hr khamis nih, x sanggup nk beraya dlm hutan nih :D
slmt hr raya...
Post a Comment