Monday, September 28, 2009

Gentlemen...Start Ur Engine..

Siapa nak lawan dengan masa.....pejam sikit celike sekejap, pejam kiri celik kanan...dh lepas seminggu beraya (cepatkan..macam baru je cuti)..mesti masing2 dh balik dr raya la kan??letih?seronok?puas??em..terpulang kepada masing2 la..tp buat penulis...tahun ini memang puas dengan dibawa oleh cikgu Mail ke sana sini untuk makan..macam2 masakan dapat rasa..mcm2 tempat dibawanya..memang seronok sepanjang minggu ini dan merupakan satu pengalaman yang baru di Tawau,Sabah ini..Di sini mengucapkan terima kasih banyak2 kepada cikgu Mail dan keluarga...

Apa2pun semua dah kena mula bertugas semula di tempat  masing- masing dengan 'mood' raya masih 'bahang' dirasai...Di sini, penulis mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua pelajar... selamat kembali ke 'pangkuan' sekolah...

Tajuk di atas sebenarnya ingin ditujukan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tetapi juga kepada guru-guru tingkatan 3...maka dengan hanya 9 hari sahaja lagi peperiksaan PMR akan menjelang tiba..guru-guru dan pelajar-pelajar nampaknya telah mengorak langkah untuk 'peperangan' ini..Pihak sekolah telah menukar jadual kelas tingkatan 3 kepada jadual ulangkaji untuk setiap subjek pada minggu ini...guru-guru pula ada yang mula inisiatif sendiri untuk membuat kelas tambahan untuk pelajar-pelajar..dan ada juga mula memberi latih tubi yang terakhir sebagai persediaan...Pelajar-pelajar pula??mungkin kesian sedikit buat pelajar Tingkatan 3 tahun ini kerana masa ini banyak yang masih dalam 'mood' raya..ada yang masih susah 'concentrate' dengan apa yang diberi...Di sini..penulis ingin berseru supaya para pelajar Tingkatan 3.."Tolong tinggalkan mood raya sekarang dan START THE ENGINE NOW!!!...Memang agak terlewat sekiranya baru  mula mengorak langkah..tp penulis rasa para pelajar dah ada plan dan perancangan masing2 untuk menghadapi 'peperangan' ini...

Maka mulai sekarang...daripada Jom Raya...kita tukar jadi

JOM STUDY!!!!

Diharap para pelajar dapat membuat persiapan dengan rapi untuk menghadapi peperiksaan kali ini...Ingat!!Peperiksaan PMR seumur hidup hanya dapat ambil sekali sahaja..kenapa tidak anda gandakan usaha anda untuk menggapai kejayaan dalam peperiksaan ini memandangkan peluang hanya ada sekali sahaja...dan ingat juga kejayaan anda juga melambnagkan kejayaan guru-guru anda dan sekolah anda...Jadi..tunggu apa lagi...kita gerak sekarang!!!Tak faham tanya..Jangan sesatkan diri anda!!

Baca Seterusnya......

Saturday, September 19, 2009

Raya Datang Lagi ======>>>Untuk Semua

Jalan dah sesak...Rumah dh dikemas...Mercun dah berbunyi...Lagu Raya dh berkumandang...Kad Raya dah dihantar..Ini bermaksud...Raya datang lagi...Sempena raya ini...mana boleh kami ketinggalakn untuk bagi wish ini kan...Jadi entri kali ini tak nak panjang-panjang...cuma nak hantar beberapa kad raya dan wish di blog ini untuk cikgu-cikgu...pelajar-pelajar...rakan-rakan blogger...

Kepada semua yang balik kampung... tak kisah la di semenanjung ke.. di kawasan2 mana yang berada di Sabah ke..Semoga semua selamat sampai di kg masing2 dan berhati-hati di jalan raya...dan....




kepada yang tak balik kg( khas untuk cikgu Ismail dan cikgu Rusnah)...Selmat beraya di sini la ya...Apa-apa pun jaga kesihatan semua....Jangan lupa bawa balik makanan yang sedap2 untuk semua...

Di sini nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua guru, pelajar dan semestinya untuk semua pembaca blog Wakuba Today....Minta maaf la ya sekiranya entri2 sebelum ini pernah tersinggung perasaan mana2 pihak...tersalah tukis...tersala kata da apa2 yang ter....lah....Semoga raya tahun ini lebih bermakna untuk semua....Enjoy la ya...Ini kad raya dari crew kami....Terimalah....


Ni untuk semua Pelajar-pelajar dan kanak-kanak yang berkunjung ke blog kami....


Ni pula untuk semua guru...semua rakan bloggers...dan untuk semua lapisan masyrakat yang datang berkunjung...

Jom Raya!!!!

Baca Seterusnya......

Monday, September 14, 2009

Berkongsi cerita...Bersyukurlah

Sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah esok untuk hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya ini...terbaca entri yang dipost oleh Daddy Cool...terasa ingin pula berkongi dengan pelajar-pelajar dan rakan blogger...Ceritanya begini...

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? " tanyaku.

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?" tanyaku lagi.

"Bapak pergi kerja..." jawabnya semula.

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" aku bertanya lagi sebab di situ ada seorang bayi dalam
lingkungan umur 5 bulan.

Sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? " tanyaku lagi.
"Sepuluh." jawabnya.

"Adik ni yang ke berapa?" tanyaku.

"Saya yang kelapan." jawab budak itu.

"Mana abang-abang kamu pergi?" tanyaku lagi.

"Tolong emak menoreh." balasnya semula.

"Adik puasa hari ini?" tanyaku.

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi, "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". keluhnya.

"Bapak kerja apa?" tanyaku lagi.

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa, " jawabnya

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit,

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar, anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata,

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari." jawabnya kembali.

"Ayahnya bekerja macam mana", aku bertanya kembali.

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." dia pun menjawab.
_________________________________________________________________
Kita x pasti cerita ini betul ke tidak..tp apa salahnya kalau kita menggunakan kisah ini untuk cerminkan diri kita bahawa selama ini adalah anda bersyukur dengan apa yang anda ada??Harap cerita ini dapat memberi iktibar kepada semua dan hargai apa yang anda ada sekranag...Terima kasih sekali lagi buat Daddy cool untuk cerita ini...

Baca Seterusnya......

Saturday, September 12, 2009

Dapat juga akhirnya...

Tinggal hanya seminggu sahaja lagi nk raya dh...di mana-mana saja kita dapat dengar lagu raya..Di bilik guru, di tepi jalan, rumah jiran n budak-budak yang di tepi jalan semunya mendendangkan lagu raya...N tidak terlupa juga lagu 'Balik Kampung' yang memang jadi lagu 'hot favourite' time nk raya ini...

Atas pertimbangan kepada guru-guru yang hendak membuat persiapan raya terutama guru yang perlu perjalanan jauh balik ke kampung..sekolah telah memohon untuk cuti ganti pada hari Khamis dan Jumaat depan..Tambahan pula hari Rabu ialah cuti umum negeri Sabah..maka tinggal 2 hari sahaja persekolahan untuk minggu hadapan..Then cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar dh boleh bersiap sedia untuk beraya dh..

Di bilik guru mula kedengaran guru-guru sembang tentang persiapan untuk beraya..ada yang kena cut budget sebab x dapat bonus katakan..ada yang dapat bonus legalah sikit dapat tambah extra baranag-barang raya..ada yang cadangkan tahun ini no bonus..maka buat sahaja rumah 'tertutup'..haha..macam2..apa-apa pun kemeriahan raya mula terasa di sini..

Balik kepada tajuk di atas...setelah bebrapa kali ulang-alik kedai itu..bebrapa kali mendapat layanan yang agak buruk..akhirnya dapat juga gambar yang telah lama minta..Mungkin sebab kali terakhir ini membuat bayaran kut..layanan yang diberi oleh pekerja ok sikit (tapi bosnya masih dengan muka yang sombong..terutama bila minta softcopy..siap diejek-ejek lagi)..sebelum ini kalau pertanyaan tentang gambar itu memang diberi muka yang masam+pahit..seolah-olah kita datang kacau mereka..Tak tau apa itu mesra pelanggan..

Apa-apa pun dah dapat gambarnya….nk letak untuk didownload oleh guru-guru dan pengawas di sekolah...Kalau nak hardcopy..datang ke bilik guru untuk berurusan dengan penulis la ya..






Inilah barisan pentadbiran dan guru-guru SMK Wakuba------>>>Serius+Posing





Ini pula bersama guru-guru bersama dengan pengawas...Ada yang kecil..ada yang besar...

Ha..ini pula gambat yang diambil oleh jurugambar sementara nak menunggu guru-guru lain datang..itulah untung kalau datang awal-awal..haha..

Sebenarnya banyak lagi gambar sekolah di kedai itu cuma saya tak tahan nak duduk di kedai itu lama..haha..maklumlah..org dah bermasam muka dengan kita...xkan kita pun nak lepak lama2 kan..xpe..nanti free saya pergi uruskan lagi…Kepada guru yang dh nk balik kampong..crew kami mengucapkan selamat menaik flight dan selamat jalan..kepada guru yang memandu..berhati-hati ya..Jangan lupa tali pinggang..kepada semua pelajar terutama Tingkatan 3…di samping raya..jgn lupa buat ulangkaji..Jaga kesihatan la ya semua…

Baca Seterusnya......

Tuesday, September 8, 2009

Jerebu Oh Jerebu!!!

Adakah anda terasa??Terasa apa??Terasa dunia ini mula sakit…dilanda pelbagai penyakit dan fenomena yang tidak sihat…Selepas kita bergelut dengan isu H1N1, minggu ini kawasan kami pula dilanda jerebu …



Kelmarin dh ada yang bercakap-cakap tentang jerebu ini…hari ini bertambah teruk dengan bau hangus mula ‘menyerang’hidung… Di sekolah, pokok bunga kelihatan agak kabur kalau dilihat dari jauh..pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu juga agak tidak selesa dengan keadaan ini…Ini dah lah di luar bandar..macam mana pula ya keadaan di bandar??Mungkin lagi teruk rasanya…Sebenarnya kelmarin dah berhujan..cuma tak lebat..harap-harapkan hujan tersebut membawa pergi jerebu..tidak sangka bertambah teruk pula hari ini..Balik rumah buka tingkap..bau hangus terus ‘menyerang’ menyebabkan terpaksa tutup juga tingkap itu..Tambah geram apabila masih terdapat segelintir yang membakar secara terbuka…jerebu+asap pembakaran=sakit hidung+kepala…haih…memang susah nak menghidu udara segar sekarang…

Memandangkan jerebu ini mula melanda kawasan Tawau ini..maka para pelajar diseru jaga kesihatan dan minum air banyak-banyak terutama kepada pelajar-pelajar yang sedang atau akan mengambil peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR…Pastikan badan sentiasa dalam keadaan segar dan sihat..Jangan jadikan jerebu ini sebagai penghalang atau pencabar kamu dalam ‘peperangan’ ini….Semoga terus bertahan dan selamat berjuang…

p/s:UPSR dh mula hari ini…Good luck dr Crew Wakuba Today kepada para blogger dan pembaca yang terlibat!!

Baca Seterusnya......

Saturday, September 5, 2009

Tiba masanya untuk merenung...



Masa berlalu dengan cepat..tanpa menunggu sesiapa..takkan berpatah balik..Sekejap sahaja kita telah sampai ke penghujung tahun…Ini bermakna pelbagai peperiksaan awam akan ‘muncul’ satu persatu denagn UPSR sebagai permulaan dan STPM sebagai penamat…

PMR merupakan satu-satunya peperiksaan yang sekolah kami perlu hadapi..Tahun ini sekolah kami mempunyai 61 calon akan menduduki peperiksaan PMR…Mereka hanya tinggal sebulan sahaja untuk membuat persipan terakhir untuk menghadapi ‘peperangan’ trsebut…

Mungkin disebabkan pelajar baru balik daripada cuti..pelajar-pelajar masih nampak ‘relax’ lagi…hanya segelintir pelajar sahaja mula mengorak langkah dan membuat persediaan…manakala ada lagi masih menganggap lama lagi peperiksaan tesebut..Sikap ‘nantila..sempat tu…”masih bermain dalam fikiran mereka

Pihak sekolah turut memulakan persiapan untuk membantu pelajar dalam menghadapi peperiksan ini..Tag nama yang mempunyai Target PMR masing2 semasa motivasi PMR ’09 mesti dipakai oleh semua pelajar T3 ketika masuk ke kawasan sekolah supaya mereka ingat pada Target mereka dan seterusnya berusaha untuk mencapai Target yang diletakkan mereka sendiri.. Sekolah turut mengadakan tazkirah setiap pagi persekolahan untuk member peringatan, dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mrncapai target mereka terutamanya pada bulan yang mulia ini…Guru SMK Wakuba akan bergilir-gilir memberikan tazkirah tersebut..Guru-guru pula sibuk mencari soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan percubaan daripada seluruh negeri di Malaysia untuk memantapkan lagi persiapan pelajar..Harap usaha-usaha daripada pihak sekolah dapat menjelmakan kejayaan para pelajar pada PMR tahun ini…

Minggu depan satu kali peperiksaan akan diharungi oleh pelajar Tingkatan 3..Percubaan terakhir daripada pihak sekolah..Para pelajar harap dapat tunjukkan persiapan rapi telah dilakukan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang..Guru-guru anda selalu mendoakan kecemerlangan anda..Kepada yang masih bersikap sambil lewa..sudah tiba masanya untuk berubah sikap tersebut..Masih ingat ayat seorg guru....”PMR SEUMJUR HIDUP HANYA SEKALI SAHAJA..TIDAK DAPAT ULANG LAGI..TOLONG AMBIL PELUANG INI DENGAN BAIK…”

Good Luck…!!!

p/.s: Minggu ini agak merunsinglan buat pihak sekolah sama ada pihak pentadbir ataupun guru-guru..Apa2pun harap yang terbaik untuk sekolah…

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster