Tuesday, June 30, 2009

Petua Pelajar Cemerlang

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Baca Seterusnya......

Kisah silam Kami...

Akhirnya selesai temuduga penulis pada hari ni…amat terima kasih atas sokongan,wish dan pra-soalan yg diuji oleh rakan2 guru yg disygi..kpd 3 org guru SMK Wakuba yg bakal menghadap temuduga..penulis mengucapkan semoga berjaya menempuhi cabaran n mendoakan supaya kita semua dapat melepasi ‘halanagan’ ini dgn jayanya…

En3 kali ni ingin berkongsi ckt zaman silam sekolah ini…gmbr2 ni ditunjukkan oleh ckg Ismail sewaktu penulis menunggu flight untuk terbang berjalan2.. gmbr2 itu adalah sewaktu dia mula dtg ke sekolah ini..terasa lucu pun ada..sedih pun ada…kesian pun ada…bersyukur pun ada…Mari kita tgk mcm mn sebenarnya sekolah ni 9 tahun yg lalu…(gmbr agak kecil n kabur..sebab diambil dgn kamara hp kan…time tu xde softcopy lg rasanya…hehe)

Balik kpd tahun 2001 (agaknya lah…lupa pula tanya tahun yg betul…)


Ha..ni di bilik guru yg dulu…tgk.. tingkap pun xde, mmg sesiapa pun blh masuk saja..kenal x lelaki yg melutut tu…dia la cikgu Noorhafizan…x byk ubahkan stlh 9 thn berlalu..haha..


Haq ni pulo kantin kami yg bawah pokok dulu…alamak..kesiannya budak2 ni makan kan…dh la sempit..bawah panas pula tu..pokok je jadi teduh..mcm mn la keadaan tu ya waktu rehat..mesti duduk rapat2 n makan rapat2..kesian tul..dan skrg tmpt tu dh jd kolam air tawar dh..


Yg ni pula tapak perhimpunan dulu..tgk bdk2 ni..kesian di bawah panas..nk bt mcm mn..tu je tmpt yg luas ckt untuk berhimpun..patut pljr time tu semua gelap2..termasuk ckg2nya juga..hehe..



Yg ni pula pentas time ada program..pentas ‘pakai buang’..ada aktiviti baru dibina..hbs aktiviti dirobohkan semula..sekali lagi tiada bumbung untuk pentas..bgitu juga tmpt duduk VIP..semua ini menguji kesabaran untuk menahan panas…Hebat…hebat…haha..


Kenal tmpt ni..ni la bilik SPBT kami yg skrg…ha…yg ni mmg x byk ubah dr segi fizikalnya…tetap begitu rupanya sampai skrg..hanya yg berubah adalah ‘isinya’ sahaja..dulu bilik ni menjadi rumah ckg Ismail mula2 posting..skrg??…dh tersusun buku teks di dalam bilik itu… Sape yg berdiri d depan tu..sape lagi kalo bukan tuan rumah time tu…


Tmpt ni sedih ckt..tau apa tmpt ni…tandas la…d mana guru2 yg tinggal d ctu menggunakan tmpt ni untuk mandi, basuh kain, basuh pinggan dan lain2 lagi…terkejut kan..patutla kena org curi tangkap gmbr time ckg Ismail tgh….saya pun xtau dia tgh buat apa d ctu…yg tentunya bukan mandi la…haha..

Dh hbs tgk tmpt ni cuba kita tgk pula mcm mn muka guru2 yg dh lama berkhidmat d sekolah time tu n…mereka ni la sememangnya merupakan ‘jantung’ sekolah dan telah melihat perubahan dan proses pembanguann sekolah sepjng 9 thn ni..tetapi gmbr yg penulis ambik kurang jelas tetapi kalo guna kanta besar rasanya masih dinampak muka lagi…biarlah..janji dpostkan juga..kalo x sia2 saja penulis pergi ‘meneroka’ album d rumah ckg Ismail ari tu..haha..terima lah..


Ha yg melutut yg pakai seluar biru tulah ckg Latip yg merupakan guru sukan pada waktu itu…skrg??dh menjadi PK 1 d sekolah ni..gmbr x brp clear..tp gaya masih sama la dgn skrg..haha..Perubahan slps 9 thn berlalu= 50%..haha..dibg pula peratus…


Dlm gmbr ni ada 2 org yg masih berkdimat d sek ni..yg pakai baju putih n tgn letak d pinggang itu adalah cikgu Rafai…x byk ubah kalo banding dgn skrg…perubahan stlh 9 thn berlalu=10% …dan yg pakai topi cowboy tu adalah En Jasimo yg merupakan staf merangkap jurulatih sukan d sekolah kami..byk ka dia ubah..saya pun x pasti..nmpk mcm sama saja…perubahan=20% la(hentam saja..haha)


Dan yg seterusnya adalah yg meneriam hadiah ni…gmbr ni clear ckt..mmg nampak la sape dia kalo bukan lg Ckg Dolah..yg depannya adalah pengetua pada masa itu..Perubahannya??byk..dulu gelap..skrg dh putih ckt…dulu rambut rock..skrg rambut pjng 1cm je dh nk g gunting..katanya rambut pendek hensem ckt..dulu perut ke belakang…skrg perut ke depan..haha…..Perubahan =60% la..


Permpuan yg tgh beraktiviti d dpn tu adalah PK kokum kami skrg…Cikgu Hasnah Mamat..x byk juga beruabah dia..semamngat lagi beraktiviti..haha..Perubahan 20%...


Dan yg terakhir org yg membekal gmbr2 ni kpd penulis..Ckg Ismail…tgk time waktu bujang…bukan main kurus lagi..haha,..muka pun mcm budak2 ckt la…skrg..slps dh berkahwin, berjanggut n bermisai..jadi lain dh skrg….dh matang la org kata..haha…perubahan 70% la…haha..

Sebenarnya ada lagi ckg yg agak lama berkhidnat d sekolah spt cikgu Salmiah, Cikgu Hasnah Hani…tp penulis x smpt untuk dptkan gmbr mereka..minta maaf la ya...lain kali la..

Haih…masa berlalu dgn cpt kan..semua dh berubah..mcm mn pula agaknya 10m thn yg akan dtg…??ada bgnan besar??sekolah bukan papan lg??entahla..yg janji ckg2nya akan semakin tua dan anak2 murid skrg diharapkan dpt berjaya semua pada waku itu…Seharusnya para pljr terutama pelajar wakuba patut bersyukur dgn apa yg ada skrg kalo berbanding dgn dulu kan..menghargailah apa yg ada skrg..nant dijenguk blk slps 10 thn byk kenangan akan menimbul dalam fikiran..kenangan apa??semestinya kenangan manis kan..

pls:yg ni semua pandangan penulis semata2..xde kaitan dgn hidup atau yg mati...hehe..

Baca Seterusnya......

Saturday, June 20, 2009

HAPPY FATHER'S DAY....

21 Jun 2009 menjelang tiba beberapa mminit yg lps...Sepatutnya satu Malaysia...eh silap...satu dunia sepatutnya akan mernyambut Hari Bapa setelah 1 bulan lbh kita menyambut Hari Ibu...Ada bapa yg mengadu...mengapa hari ibu disambut dgn meriah2...hari bapa mcm sunyi saja...x byk iklan2 pun ditayangkan sama ada d TV atau d tepi2 jalan ke...kalo hari Ibu bukan main lagi..iklannya bermcm2 bentuk ada boleh dibeli oleh anak2 untuk dihadiahkan kpd ibu...bapa pula mcm mn??xkan dilupakan n disisihkan hari kemuliaan untuk bapa ini...??

Sebenarnya tidak...sekurang2nya crew wakuba today masih mengingat n menyiapkan entri ni untuk sesiapa yg bergelar bapa...terutmanaya kepada insan2 di bawah...



Sape org2nya...biasalah...entri ni dihadiahkan sebagai 'hadiah' drp crew kpd En Tengku Mohd Nazri (Pengetua), En Abd Latif (PK1), En Mohd Amin Sabidol(PK HEM), Cikgu Ismail, Cikgu Hasan, Cikgu Rafai, Cikgu Pijan, Ustaz Badrul, En Jakarullah, En Jasimo dan tidak lupa juga kepada Cikgu Dolah yg bakal bergelar bapa pada bulan September ni..'Hadiah ni saja mampu dibagi...Terimalah ya...Ikhlas drpd crew...

Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kpd pembaca2 blog Setia Wakuba Today yg tlh bergelar bapa...Menikmati hati yg mulia ni yg sememangnya dikhaskan untuk semua insan yg bergelar bapa...

Kpd anak2 murid pula...Jgn lupa Hari Bapa yg hanya ada setahun sekali..x pyh hadiah2 yg mahal...setakat yg mampu sahaja...satu kad atau satu ciuman drpd anda cukup manis sudah hadiah anda kpd ayah anda...yG penting...hadiahkan kejayaan anda kpd ayah anda pada masa akan dtg...k...itu yg paling penting sebenarnya...


Sekali lagi...Happy Father's Day kpd semua...

Baca Seterusnya......

Tuesday, June 16, 2009

Usia Yang Semakin meningkat...


Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.

Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda Kita adalah, "selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan???"
Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai kita sakiti hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.

Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? ???

Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke akhirat sana.

Aduhai.. KITA bagaimana pula? usia KITA juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa KITA di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin..

Baca Seterusnya......

Mari kecek kelate....emmmm

le' ik = liat
napa siro = penampar sulong?
bertih = chickenpox
retok = jambatan
set'to = manggis
keto galo = traktor
tino garik = bitchy woman, perempuan jalang
soyoK = koyaK
tok cekak = tidak laraT,LetiH
punoH ranoH = rosaK segala-galanya
setaL = settle, selesaikaN
kupiT hapaH = sangat kedekuT
koya = perasan
pitiH = duiT
ngeceH = pemetiK api
luga = mual
kenalir = berdebar2
semey = osman (nama orang)
pughah = comot
jenab = zainab
berat muuu = terukla ko ni
cedong = cucuk pokok padi
> >
BEKWOH = Kenduri
ayat : esok demo jange lupo maghi ghumoh kawe, kawe buak BEKWOH tu
JONGKAKO - Tukang hidang masa kenduri
ayat : mano JONGKAKO ni, gula abih doh ni
TOK POK - Tidak cukup masak/tidak cerdik
ayat 1 : Ubi ni puah kawe ghebuh tok pok lagi la wehhhh
> >
TOK SEGUNG - Tidak sebulu
BOK = Buku
KALE = Pensil (arab = kalam)
PENG = Pen
PISA = Pisau
PAGHE = Parang
TUKO = Tukul
BEDO'OH = Over acting
GUANO = Macam mana
SE RIAL = RM 1.00
DUA YA = RM 2.00
TIGO YA = RM 3.00
PAT YA = RM 4.00
LIMO YA = RM 5.00
Dan begitulah seterusnya 6 ..7 ++ YA
BUDU - Sos Bilis
> >
nyetok= dalam erti kata fizikal adalah cramp. contoh:nyetok kaki. kaki cramp la tu.nyetok urat. sakit urat la tu. tetapi dari makna mental, nyetok juga membawa maksud merajuk/tidak puas ati. contoh:"aku tegur skali, nyetok.tegur sekali nyetok. dia ni aku jek mampuh key baru tahu".terjemahan :"aku tegur sikit dah merajuk. aku terajang kan baru kau tahu nanti).
> >
kok sir/sey=hmm, tidak tau nak translate yang ni.
ngabey= mengarut..hmm kat sini kalu ditambah dengan 'ngabey kok sir/sey' pun boleh.membawa makna yang hampir sama ttp ditambah sedikit ke'extreme'mannya.
tubek= keluar
rama'=ramai
tiok = ketiak
manis = manih leting
tawar = tawa hebe
masam = mase pughik
hitam = hite lege
co'nar = belok
dok ca'ro = tidak hirau
guste = undur belakang
skil = pembaris
co'keh = cungkil
legu = campur
pehe = faham
hi'de = hidang
so = satu
pat = empat
ne = enam
ne las = enam belas
wo uloh = dua puluh
tigo amah = RM 1.50
samah = RM 0.50
si'yar = RM 1.00
keto = kereta
keto sodok = kereta jentolak
keto keh = kereta pengaut
woh se'to = buah manggis
dok berambak = kejar-mengejar
woh sawo nilo = buah ciku
gong = tolol
kutir = cubit
gho'be = karut
> >
tok ca'ro = tidak kisah
guste' = reverse
pehe = faham
ambat = halau
pekdoh = faedah
meh = mari / ikut CTH : "meh sini" (mari sini) / "Meh smeta" (mari sebentar)
smeta = sekejap
gapo = ape
te' = pukul
baloh = bergaduh
supik = plastik
bekah = bekas
tohok = buang
gak (selalunya digunakan apabila seseorang tu tengah marah/malas nk layan/EMO).Contoh : Gapo gak...Bukok gak...(Mengikut kesesuaian)
> >
Jerung Dinding - Bahagian tepi dinding atau bucu dinding(camtu la lbih Kurang)
Kha`ko dinding - Kerangka dinding(
ngulo= mengular
bekeng=garang
ngayat=ngorat/mengayat
ngoya=berkhayal
me'mmo=lembik (digunakan untuk buah)
Aku=Kawe
Dia = Demo
Mereka =sek sek mu/sek sek demo/sek sek kawe
toho = tidak dalam
seme = malu
ngukah = panjat
kelih = lihat
kekoh = gigit
tuo bako = sangat tua
bako = keturunan
pe’el = perangai
we = bagi
kekong = dukung dari belakang
sero = terasa
acu cubo try test = rasa( ayat panjang tp maksud sama)
lakoh = langkah
come lote = sangat cantik
takuk = sambung
nurun = ikut siapa (nurun sapo)
ghobek sireh = penumbuk sirik
kucar lana@ kube lembe = bersepah-sepah
agah = sombong
meto = keras kepala, tidak dengar nasihat
kerah keng = suka lawan cakap
jek = terajang
chocoh = jolok @ nyalakan
gohek = cuba
pekong = lontar
Kelecak – Terpelanting
Kube lana = Bersepah
Tok kokse = Letak merata-rata
dok ca'ro = tidak hirau
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - Cuai
Babei - Degil (Tidak Tau Nak Eja Camne)
Jabir / Supek - Plastic Bag
Koghok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tidak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
kerit tupa=kena gigit tupai
agah=sombong
gere=wakaf kayu
> >
Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG(eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TIDAK PAKAI (not wearing)dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK(bercakap)Dan diantara SANGKUT(gantung) dengan SSAKUK .(hajat tidak kesampaian).
Rasanyo setakat itu dulu perkongsian pada kali ini.nanti kalau saya ingat lagi,saya akan listkan lagi di sini,Insyaallah.. Atau ado ore klate sini nok kongsi ngan saing-saing pelawat ni,bleh list kat ruangan komen deh.begheh.Wassalam

Baca Seterusnya......

Wednesday, June 3, 2009

Selamat bercuti...

Pejam celik pejam celik…dh masuk hari ke-5 bercuti…semua mesti sibuk untuk bercuti kan??cuti-cuti…jgn lupa semak kertas exam ya…hehe..sepanjang bercuti ni mmg jarang on9…sibuk la masing2 konon…haha…baru penulis sempat updatekan entri ni…Entri ni nk minta sesiapa la yg mengunjung blog kami bekongsi tmpt apa yg tlh semua pembaca blog pergi sepjng cuti ni…sama ada yg tlh pergi melancong atau baru nk pergi cuti-cuti m’sia…kongsilah sama kami…biarlah semua kongsi kegembiraan kalian di alam cyber ni….

So, kpd semua guru-guru…pelajar-pelajar…pembaca2 blog yg membaca entri kami…jgn malu-malu dropkan komen n kongsi sama kami apa yg tlh berlaku sepjng cuti ni..…jgn lupa sign d guestbook kami ya…Slmt bercuti….Untuk cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar ambik peluang ni untuk mengecas ‘bateri’ n tenaga semula sebelum bermulanya semester 2 yg sememangnya lebih mencabar n ‘menyeronokkan’…hehe…Again drpd crew WAKUBA TODAY…

Happy holiday n Enjoy….

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster