Sempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi dan khusus untuk anak didik cikgu yang berada di tingkatan 3 dan 2 di sini cikgu sediakan beberapa contoh kaedah untuk belajar yang lebih berkesan
Contoh-contoh kaedah belajar:
1. membaca buku dan tulis nota kecil serentak. Sambil baca buku, tulis nota-nota penting dalam kertas. Ayat tidak perlu terlalu panjang. Hanya masukkan perkataan-perkataan penting sahaja. Boleh tulis nota ringkas ini dalam buku kecil atau kertas yang diselit/ distapler ke muka surat berkenaan.
2. tukar nota 2 page kpd 1 pg, kemudian tukar lagi ke 1/4 pg. Caranya, mula-mula buat nota tentang sesuatu topik kecil sebanyak 2 page atau lebih. Masukkan segala maklumat berkaitan dari pelbagai sumber (pelbagai buku atau guru). Kemudian, tulis semula nota yang lebih ringkas daripada nota asal dan kecilkan kepada 1 page sahaja. Lastly, kecilkan lagi! nota tadi sehingga muat 1/4 page sahaja.
3. study guna buku kerja/ set soalan shj. Cari buku kerja (sama ada topikal atau set soalan) di pasaran dan jawab semua soalan. Bincang dgn guru atau rakan jika ada soalan yang tidak dapat dijawab. Boleh rujuk buku dan jawapan. Habis satu buku, jgn berhenti! Sebaliknya cari lagi buku kerja/ set soalan dari keluaran lain pula dan jawab semua. Kaedah ini sesuai utk mereka yang malas baca buku dan mudah mengantuk semasa membaca!
4. jadi cikgu. Terpulang kepada anda sama ada lakukan kaedah ini dgn rakan atau bersendirian. Yg penting ada whiteboard/ blackboard kat bilik study. First, baca dulu satu-satu topik dan fahamkan. Then, terangkan semula topik itu menggunakan whiteboard. Kaedah ini sgt sesuai utk study maths!
5. kongsi study ngn kwn. Cari 2 atau 3 org kawan lagi. Suruh mereka pilih topik dan study topik itu sendiri. Jangan bagi topik yang terlalu besar! Kemudian, bergilir-gilir terangkan semula topik masing-masing. Sediakan juga soalan (cari dlm buku) utk dibincangkan bersama.
6. rakam cikgu mengajar. Jika anda ada walkman (kaset) dan perakam, rakam semua maklumat yang cikgu ajar dlm kelas. Pulang ke rumah dan ulang-dengar sambil mencatat isi-isi penting/ nota. Untuk pengetahuan, 40 - 60% yang diperkatakan oleh guru dlm kls tidak ada dlm buku. Oleh itu, kaedah ini sgt sesuai terutamanya jika anda ada guru yang suka memberi penerangan yang panjang dan jelas tentang topik yang diajar. Ingat! Buku teks/ rujukan hanya memuatkan isi penting shj!
7. study sambil berjalan. Mungkin anda rasa pelik. Macam mana nak study sambil belajar ya?! Jika anda ada ruang yang luas di rumah atau di sekitar rumah, gunakan peluang itu untuk membaca/ study/ hafal sambil berjalan perlahan-lahan.Jgn beri tumpuan selain kpd nota yang dibaca shj. Walaubagaimanapun, anda mesti sudah biasa dgn tmp tersebut supaya tidak berlaku sebarang masalah. Kaedah ini sebenarnya sangat berkesan. Kalau tak percaya, cubalah!!
8. tampal nota pd dinding. Sambil study, buat nota ringkas menggunakan kertas putih atau yang berwarna lembut (pale yellow, pale blue, pale pink, pale green) dan tulis guna marker atau magic pen. Gunakan hanya 2 atau 3 jenis warna shj pada setiap page. Tampal nota-nota ini ke dinding tempat ada study. Baca nota-nota yg tertampal ini selalu. Paling sesuai utk nota ringkas atau berbentuk peta minda. Gunakan saiz tulisan yang lebih besar agar mudah dibaca. Kaedah ini sgt sesuai utk hafal formula maths.
9. tukar nota kpd btk lagu. Jika anda peminat muzik, gunakan kebolehan anda ini utk menukar lirik lagu kpd nota. Nyanyikan selalu sehingga anda terhafal dgn sendirinya.
10. baca buku + jwb soalan. Setiap kali anda baca topik kecil, sesudahnya anda akhiri dgn mencari pelbagai soalan berkaitan dgn topik tersebut. Kemudian, baca lagi topik kecil yang lain dan akhirnya cuba jawab semua soalan yang berkenaan dgn topik itu. Begitulah ia diulang-ulang selalu.
11. ulang latihan yang sama. Setiap hari, jawab soalan dari buku kerja atau buku set soalan tanpa menanda pada buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu kemudian, jawab semula semua soalan yang sama. Ulang seberapa banyak yang dapat. Contohnya, pada hari pertama anda jawab latihan di m/s 1. Esoknya, di m/s 2. Lusa pula, di m/s 3. Masuk hari ke-8, anda jawab semula soalan dari m/s 1 hingga 7.
Sebenarnya, ada lagi kaedah-kaedah lain utk study. InsyaALLAH, cikgu akan masukkan ia dlm posting akan dtg.
Perlu diingat, utk anda benar-benar dikatakan "STUDY", ada formula utk diikuti. Iaitu:
STUDY = HAFAL + FAHAM
Jika anda tidak dapat ikuti formula ini, anda belum betul-betul "STUDY"!! Anda mungkin hanya sekadar baca buku (macam baca buku novel) atau buat kerja rumah. Apa yang anda pelajari tidak akan mudah lekat dalam jiwa. Oleh itu, anda mesti HAFAL dan FAHAM! Barulah kemudiannya, anda akan dapat menguasai topik yang sedang anda study itu.
Cikgu selalu katakan pada pelajar-pelajar cikgu: "Macam mana anda boleh membaca? Adakah lahir sahaja ke dunia atau masuk sahaja ke sekolah, anda terus boleh membaca??"
Semuanya bermula dengan anda menghafal A hingga Z. Betul tak?
Ketika itu, anda fahamkah apa itu "A"? Kenapa lepas "A" ada "B", bukan "C"? Ada atau tidak sesiapa yang menerangkan kpd anda kenapa lepas "A" ada "B"? - Tiada siapapun kan! KECUALI, anda ada bertanya soalan seperti ini!! Itupun, mungkin ramai yg fed-up ngn anda yg 'byk tanya' itu :-D
Utk study, kita memang perlu menghafal dan kemudian barulah kita cari jawapan utk fahamkan. Itupun, bukan semua perkara perlu anda faham!
Untuk HAFAL, ia datangnya dari usaha anda sendiri. Manakala, utk FAHAM, anda perlu sering bertanya guru dan berbincang dgn rakan-rakan.
Feed2PDF: Konversi RSS Feed Ke PDF
13 years ago
0 comments:
Post a Comment