Sunday, May 10, 2009

Ibu...Insan Yg Luar Biasa...Slmt Hari Ibu...



Tepat kul 12am…Hari ni hari 10.05.2009, Ahad, Ahad yang ke-2 dalam bulan 5, ini bermakna kita akan menyambut Hari Ibu pada hari ini…Hari Ibu..Hari yang perlu diagung-agungkan kerana kalo bukan insan ini, kita tidak akan berada di dunia ni dan sampai ke tahap sekarang…

Bukan senang hendak menjadi seorg ibu…semua tgjb dia kena pikul…dia akan pastikan kita selamat dilahirkan walaupun dia tahu mengandung selama sepuluh bulan itu merupakan satu tugas yang susah dan semestinya perlu mengalami kesakitan yang tidak boleh dibayangkan apabila bersalin… Tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila anaknya lapar, dia akan kenyangkan anaknya dulu walauoun sendiri juga kelaparan…Tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila dalam keadaan bahaya, dia akan memastikan anaknya selamat walaupun dia sendiri dalam keadaan bahaya….tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila anaknya sedih…dia sanggup meluangkan masanya untuk menggembirakan anaknya walaupun pada masa itu dia sgt letih…Tetapi dia tidak merungut….

Apabila anaknya nakal…dia memarahi anaknya tetapi pada masa yang sama, hatinya juga sakit…tetapi dia tidak merungut….

Apabila anaknya ketakutan…dia yang akan segera menenangkan anaknya walaupun pada masa yang sama..dia juga takut…demi anak..dia terpaksa tabahkan diri…Tetapi dia tidak pernah merungut.

Apabila anaknya sekolah…dia akan pastikan semua keperluan lengkap anaknya walaupun pada masa itu duit untuk memasak pun tidak cukup…tetapi dia tidak merungut..

Apabila hari raya…dia akan mementingkan baju raya anaknya dulu walaupun dia sendiri sanggup pakai baju lama untuk beraya…tetapi dia tidak merungut…

Apabila anaknya sakit…dialah orang yang paling risau dan tidak lena tidur untuk menjaga anaknya walaupun badan dah letih…tetapi dia tidak merungut

Apabila nak exam…dia juga akan bgn dan jenguk anaknya walaupun dh tgh malam... tetapi dia tidak merungut…

Apabila anaknya perlu duit untuk melanjutkan pelajaran..dia sanggup menggadaikan hartanya yang ada untuk anaknya…tetapi dia tidak merungut…

Jadi boleh dikatakan apb dilahirkan, dia akan memastikan semua yang terbaik untuk anaknya walaupun diri sendirinya x seberapa…Tetapi dia tetap tidak pernah merungut…

Maka...bgn pagi esok…kalo ada ibu di sisi mu…peluk-peluk dan cium-cium kan ibu mu yang selama ini membesar dan mendidik mu tanpa sebarang rungutan…Tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka…Apa salahnya kalo kita luahkan I LOVE YOU MAMA kepadanya…Bukan pada hari Ibu sahaja,..seboleh-bolehnya jadikan setiap hari itu sebagai hari ibu…kepada mereka yang ibunya jauh daripada mereka ataupun tiada di sisi mereka…mari kita doakan yang terbaik untuk ibu kita…harap mereka dapat melalui masa yang gembira tak kira di mana mereka ada…Hadiah Hari Ibu boleh pelbagai…tak kisah apa jenis hadiah …janji ikhlas…Tetapi semestinya hadiah yang paling baik untuk semua ibu adalah melihat anak-anaknya berjaya menjadi seorang insan yang berguna….



Untuk guru-guru ibu Wakuba….Cikgu Rusnah, Cikgu Faridah, Cikgu Sumarni, Cikgu Hasnah Hani, Cikgu Salmiah, Cikgu Zai...Kak Sharifah, Kak Jumatiah…Selamat menyambut Hari Ibu bersama keluarga yang tersayang…..Drpd krew Wakuba Today….

0 comments:

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster