Hari ni nak berkongsi dgn semua mcm mn supaya dapt mengingat dgn berkesan sebelum menjelang peperiksaan untuk semua sekolah pada bulan 5 ini...Harap dapat membantu kalian yg membaca blog ni...
CARA MENGINGAT DENGAN BERKESAN
Langkah-langkah yang menentukan keberkesanan mengingat
1. Kuatkan keinginan untuk mengingat.
2. Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.
3. Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.
4. Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.
5. Selalulah mengulangkaji.
6. Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.
7. Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.
8. Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.
9. Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.
10. Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.
11. Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.
Itu saja yang perlu diambil perhatian...x susah kan...So...harap semua dapat belajar dan mempraktikkan dalam pelajaran masa akan datang...Good Luck...
Feed2PDF: Konversi RSS Feed Ke PDF
13 years ago
0 comments:
Post a Comment