Saturday, February 6, 2010

Kita No 5.....Syabas semua!!!

Sudah lama tidak mencoret aktiviti sekolah sejak buka sekolah pada awal tahun baru-baru ini...terlalu banyak tugas,aktiviti dan agenda yang perlu diselesaikan pada awal tahun ini...Selama sebulan ini telah berlangsung banyak aktiviti seperti orientasi pelajar Tingkatan 1, Program jati diri, Jamuan Akhir Tahun (yang ditunda), Perkhemahan Orientasi Tingkatan 1, dan yang terbaru merentas desa dan yang akan datang Kejohanan Olahraga SMK Wakuba 2010 sebelum cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar mendapat cuti seminggu sempena Hari Raya Cina,..

Minggu ini terdapat 2 berita yang agak menggembirakan pihak sekolah...seperti yang diketahui di sini, keputusan PMR SMK Wakuba pada tahun 2009 agak memberangsangkan...semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris meningkat dari segi peratus dan GPnya...dan terdapat 2 orang pelajar iaitu saudara Hafizh dan saudara Kaderi mendapat 8A dan 3 orang pelajar iaitu saudara Habibi, saudara Fajrul dan saudari Norazurin mendapat 7A....Hasil daripada kecemerlangan mereka itu, minggu ini mereka berlima 'dihadiahkan' satu 'hadiah' yang agak menarik iaitu mereka telah mendapt 'tiket' untuk belajar di MRSM Tawau...boleh dikatakan SMK Wakuba mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah kali pertama SMK Wakuba dapat menghantar sebanyak 5 orang wakil untuk masuk ke MRSM...harap mereka dapat mengekalkan rentak kecemerlangan untuk terus mencapai kejayaan di MRSM nanti...kredit juga seharusnya diberikan kepada cikgu-cikgu yang bertungkus-lumus menguruslan segala pemohanan, permintaan, penyemakan dan pengurusan mereka sehingga memastikan kecemerlangan mereka tidak disia-sia untuk mendapat tempat di MRSM yang sesungguhnya diidamkan oleh banyak pelajar.

Satu lagi berita yang baik juga berkait rapat dengan keputusan PMR baru-baru ini....Seperti yang sedia maklum...setiap sekolah kini mempunyai ranking masing-masing...begitu juga dengan SMK Wakuba...Kedudukan terkini SMK Wakuba adalah nombor....................................... 5 dalam kalangan puluhan sekolah yang berada di Tawau ini...dan lebih membanggakan, SMK Wakuba yang merupakan sekolah luar bandar yang kecil mampu mengatasi banyak sekolah yang berada di bandar...Pujian harus diberikan kepada semua warga SMK Wakuba terutama cikgu-cikgu yang mengajar Tingkatan 3 kerana kerja keras mereka selama ini untuk memastikan pelajar medapat keputusan yang cemerlang dalam PMR nampaknya mula berhasil berdasarkan ranking yang diumukan baru-baru ini...Syabas dan tahniah diucapakan...

Minggu depan bakal berlangsung sukan tara dan Kejohanan Olahraga SMK WAKUBA 2010...harap semua pelajar bersedia untuk mencurah tenaga untuk memastikan rumah sukan masing-masing mencatat kemenangan....Guru-guru pula perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjayakan kejohanan olahraga pada tahun ini...Setelah selesai acara merentas desa pagi tadi...kedudukan terkini rumah-rumah sukan adalah seperti berikut:

1. Morning Glory (Biru)
2. Rafflesia (Merah)
3. Aloe Vera (Hijau)
4. Sunflower (Kuning)

Tahniah buat rumah sukan 'Morning Glory' yang berjaya menghuni tanggan teratas carta...
Semoga kejohanan olaharaga yang akan berlangsung nanti dapat dilaksanakan dengan jayanya....


7 comments:

piz said...

tahniah kpd seme cg2 dan pelajar2 wakuba...

insan pendidik said...

tahniah atas kejayaan wakuba...abis sukan ni baru la cekgu semua boleh berlapang dada kerana boleh concentrate sepenuhnya dalam P&P

Wakuba Today said...

Piz...

terima kasih atas kunjungan selalu ke blog kami..

Wakuba Today said...

Piz...

terima kasih atas kunjungan selalu ke blog kami..

Wakuba Today said...

IP...

Teirma kasih IP...ya..sekarang terpaksa menangguhkan P&p dan tumpukan kepada sukan dulu...lepas cuti raya Cina baru boleh mengajar dan belajar seperti biasa..Terima kasih kerana selalu berkunjung ke blog kami..

hazel darwisya said...

tahniah...sy pn bekas pelajar sekolah luar bandar..smk luar bndar miri..during my year, im d only straight A student n i was offered to both sbp n mrsrm..walaupun dr segi kemudahan agak kurang,bkn penghalang utk berjaya...luar bandar atau bandar sama fungsinya utk mnuntut ilmu =) wlpn diakui ada kekurangan,bkn alasan utk gagal...

http://ohbudakhitam.blogspot.com/2010/03/sekolah-vs-result.html

文章 said...

AV 無碼 a片免費看 自拍貼圖 伊莉 成人電影 成人文學 言情小說 色情 080視訊聊天室 a片 A漫 麗的色遊戲 AV女優 SEX 正妹牆 ut聊天室 聊天室 情色小說 成人 18成人 嘟嘟成人網 aio交友愛情館 色情小說 色情網站 情色 成人圖片 成人文章 成人小說 成人漫畫 視訊聊天室 性愛 情色遊戲 美女寫真 亂倫 免費視訊聊天 免費影片 免費a片 女優 偷拍 美女 SEX avdvd 自拍 美女寫真 微風論壇 大陸新娘 清潔公司 遊學

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster