Sambil jalan-jalan cari blog sempena cuti ni...nk kongsi dengan para pelajar n para pembaca blog tentang ini....
Sahabat
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu kita apabila kita
berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan kita, menghilangkan kebimbangan
kita dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan
rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama kita, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih.

kadangkala adalah penjaga kita, pelindung kita dan semangat mereka akan
sentiasa ada bersama kita.
Nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat
umpama 1000 orang kawan.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat,
hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang
sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita mengenali
beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Kawan akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

Maka
bukan semua
kawan boleh jadi teman,
bukan semua teman boleh jadi rakan,
bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,
jadi kalau anda punya SAHABAT,
hargailah mereka...
bukan semua teman boleh jadi rakan,
bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,
jadi kalau anda punya SAHABAT,
hargailah mereka...
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan....Sahabat dan kawan yang baik akan menunjukkan jalan yang betul kepada kita.... silap pilih kawan atau sahabat buruh padahnya...Pilihlah kawan dan sahabat yang betul dan
Saynagilah sahabat dan kawan anda!!!
0 comments:
Post a Comment