Sunday, December 13, 2009

Layan Sukan SEA....



Salam sejahtera semua...apa macam di pertengahan cuti ni...macam biasa?seronok?minta maaf tidak mengupdate blog ini selama seminggu++...harap semua guru, pelajar dan pembaca blog yang selalu datang 'menjenguk' blog ini 'enjoy' pada cuti yang agak panjang ini...

STPM dan SPM hampir melabuhkan tirainya...tahniah buat semua yang berjaya menempuhi peperiksaan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung....

"Akademik penting...sukan penting juga...."Sekarang ini tengah hangat berlangsung Sukan SEA XXV di Laos... Dalam Sukan SEA kali ini, Malaysia menghantar seramai 370 orang atlet dan 120 pegawai dengan menyertai 21 daripada 25 acara yang dipertandingkan. Agak mendukacitakan kerana tiada siaran langsung sepanjang kejohanan ini disebabkan kos penyiaran yang agak mahal...kalau tidak,  boleh la kita semua melayan dan menyokong kontijen Malaysia sepanjang cuti ni kan....Sabar-sabar...Kelmarin rakyat Malaysia dikhabarkan berita gembira dengan kemenangan skuad bola sepak negara terhadap Thailand...lawan yang telah lama Malaysia tidak dapat kalahkan sebelum ini...lebih manis lagi apabila kemenangan ini menghadiahkan Malaysia satu slot ke separuh akhir...separuh akhir yang diidamkan setelah menunggu 8 tahun....Harap skuad Malaysia tidak terlalu bangga dengan kejayaan ini kerana masih ada 2 halangan perlu ditempuhi sebelum menggapai kejayaan pada sukan SEA kali ini....Ada ura-ura RTM cuba dapatkan penyiaran separuh akhir perlawanan Malaysia menentang Laos tetapi bayarannya yang mencecah US$10,000 masih menjadi halangan.....

Selain bola sepak, antara yang jadi tumpuan adalah badminton...Pelajar yang meminat Datuk Lee Chong Wei mungkin agak kecewa kerana beliau tidak dapat menyertai kejohanan akibat kecederaan...Mungkin kehilangan beliau dalam kejohanan kali ini menyebabkan acara badminton kurang berseri, tetapi kita masih boleh menaruh harapan kepada pemain lain untuk membawa balik pingat emas untuk Malaysia kerana negara kita masih mempunyai banyak pemain yang handal...Dari berita tadi...pasukan lelaki dan pasukan wanita skuad badminton negara telah melangkah kaki ke perlawanan akhir melawan Indonesia...Harap mereka terus cemerlang dan bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk membawa balik kilauan emas yang banyak..

Selain acara bola sepak dan badminton...banyak acara juga dipertandingkan...sampai esok pun tak habislah kalau nak cerita satu per satu kan...maka entri kali ini pilih bola sepak dan badminton sebagai coretan kerana 2 jenis sukan ini merupakan kesukaan rakyat Malaysia, guru-guru, pelajar-pelajar dan pembaca-pembaca blog...yeke??

Persoalan: Adakah Malaysia mampu bawa balik 35 pingat emas yang disasarkan???Sila tinggalkan pendapat anda dalam komen di bawah....

p/s:Setakat ini..Malaysia berjaya dapat 15 pingat emas selepas 3 hari kejohanan Malaysia....


1 comments:

Ujang said...

eaterpTentang sukan pula ya.Saya rasa Malaysia boleh dapat 35 emas malah mungkin lebih daripada itu sebab Malaysia nampaknya lebih semangat sedikit pada kejohanan kali ini.Harap skuad Malaysia dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi pada kejohanan kali ini.Malaysia boleh

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster