Monday, August 3, 2009

Ceramah H1N1...



Pada hari Ahad yang lepas, SMK Wakuba telah menganjurkan satu ceramah mengenai H1N1 yang dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan dari daerah Tawau. Difahamkan bahawa ceramah ini diadakan serentak di semua sekolah menengah di daerah Tawau. Ini kerana H1N1 menular dengan cepatnya di daerah Tawau ini sehingga setakat ini 9 sekolah telah diarahkan tutup disebabkan ada pelajar positive H1N1..Lantas, ceramah ini boleh dikatakan tepat pada masanya untuk menyedari dan mengingatkan ibu bapa dan guru-guru untuk membuat langkah menjaga-jaga supaya lebih berhati-hati menghadapi dengan wabak ini.




Seramai lebih kurang 60 orang ibu bapa yang datang untuk mendengar ceramah ini. Ceramah ini dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada pengetua sekolah.Kemudian ceramah ini disampaikan oleh En Yusri dan pembantunya. Pelbagai info telah dikongsikan oleh beliau, antaranya



perbezaan antara demam biasa dengan simtom H1N1,


cara membasuh tangan dan cara membatuk dan membersin dengan betul



cara memakai topeng atau 'mask' dan langkah berjaga-jaga.



Sesi soal jawab pula diadakan dengan begitu hangat sekali dengan ibu bapa banyak menyoal soalan supaya mendapat info yang lebih banyak terutama di kawasan luar bandar yang serba kekurangan kemudahan ini. En Yusri juga berpesan agar semua warga jangan panik dengan wabak ini tetapi mengambil langkah yang betul untuk mendapatkan rawatan.

Ceramah ini tamat pada pukul 10.00am dan mengharap semua info berguna ini dapat membantu para ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik.Diharap wabak ini tidak akan 'berkunjung' ke sekolah ini dan sekolah lain lagi. Para pelajar juga diseru agar berhati-hati dan menjaga kebersihan diri serta jangan keluar rumah atau ke bandar sekiranya tiada urusan penting. Diharapkan semua dalam keadaan sihat walafiat dan menjaga diri baik-baik.


Drpd Crew Wakuba Today

2 comments:

Izzan Fahat said...

salam...bgs skli ada sek yg ada anjurkan bengkel atau ceramah bkaitan H1N1 ni.bgs sgt.dpt beri pendedahan dan langkah pncegahan pd guru2, murid2 n ibu bapa skli.teruskan bbakti utk anak bangsa

P.Wakuba said...

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami n meninggalkan komen yg berharga..ceramah ini sebenarnya atas kerjasa pihak kesihatan tawau n semua sekolah menegah d Tawau...ceramah sebegini sememangnya cukup penting untuk kawasan kami yg bergelar luar bandar yg agak kekurangan info.Ceramah ini sekurang-kurangnya dapt menyalurkan info yg penting n berguna kpd para ibu bapa dan seterusnya kepada pelajar-pelajar kami...harap wabak ini menjauhi kita n tidak sanggup lg kita melihat angka kematian meningakat saban hari akibat wabak ini...

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster