Friday, December 25, 2009

Habis sudah satu lagi 'kisah'....

Keputusan dah diketahui...segalanya telah selesai...ini bermakna habis satu lagi 'kisah'...Saya mengguna 'kisah' di sini kerana mereka telah 'mencipta' terlalu banyak 'cerita' selama 3 tahun di SMK Wakuba...Boleh dikatakan pencapaian PMR pada tahun ini agak cemerlang walaupun peratus kelulusan merosot sedikit...Antara calon-calon yang cemerlang adalah


Mohd Hafizh - 8A


Kaderi - 8A


Fajrul - 7A


Norazurin -7A


Habibi - 7A


Mohd Azrin - 6A


Hazminar - 6A


Shahadan- 6A


Ansar - 5A

Ini sebahagian keputusan yang diterima oleh crew WT pada hari ini...Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang..Teruskan kecemerlangan anda di sekolah lain nanti...Perjuangan masih belum selesai....Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan..jangan berputus asa...kegagalan kali ini tidak menandakan anda akan gagal selama-lamanya...bangkit sekarang dan tebus di SPM nanti...masa depan anda, anda yang tentukan sendiri...Usaha keras akan dibalas dengan kejayaan....Teruskan perjuangan dan selamat maju jaya buat semua pelajar Tingkatan 3 2009.....

Updated: 30 Disember 2009



Baca Seterusnya......

Thursday, December 24, 2009

Tibalah Masanya...

Sudah tiba masanya...Setelah berusaha 3 tahun di SMK Wakuba ini...hari ini anda semua akan nampak hasilnya...buat semua pembaca..SMK Wakuba hanya sampai Tingkatan 3, tiada Tingkatan 4 dan 5...Maka PMR hanyalah satu-satunya peperiksaan awam yang sekolah ini hadapi...maka PMR adalah segala-galanya...Untuk batch 2009...mereka akan menerima keputusan  peperiksaan hari ini dan seterusnya tibalah masanya untuk mereka merancang laluan dan masa depan mereka sendiri....

PMR sebenarnya sangat penting untuk anda menentukan laluan anda yang seterusnya.... Setelah mendapat keputusan..anda boleh cuba rujuk dan minta pandangan cikgu-cikgu tentang haluan anda...Pastikan laluan yang anda pilih sesuai dengan minat, cita-cita dan semestinya kelayakan anda..Kalau anda layak untuk minta MRSM, cubalah minta, kalau anda minat sains, pastikan anda mengambil subjek Fizik, Kimia Biologi, kalau anda minat subjek-subjek teknikal..cuba minta Sekolah Teknik atau mengambil subjek yang berkenaan dengannya...banyak pilihan anda boleh pilih...jangan ikut kawan...ikut kehendak, minat dan kemampuan anda!!

Doa, sokongan dan dorongan telah cikgu-cikgu berikan sama ada di sekolah ataupun di dalam blog seperti entri di sini, sini dan sini....Terima keputusan dengan hati yang terbuka dan terima yang seadanya..janji anda semua telah melakukan yang terbaik....Cikgu-cikgu sekolah bersedia untuk membantu anda dalam proses anda melanjutkan pelajaran ke sekolah lain...Harap semua dapat keputusan yang memberangsangkan...Akan cikgu updatekan keputusan PMR pada entri yang akan datang...



Baca Seterusnya......

Friday, December 18, 2009

Mula Menghitung Hari

Salam sejahtera semua...entri kali ni mula dengan ucapan tahniah buat skuad bola sepak Malaysia yang akhirnya menamatkan kemarau pingat emas Sukan Sea selama 20 tahun dengan berjaya menewaskan Vietnam beberapa jam yang lepas...Semangat kental dan usaha di atas padang jelas dilihat oleh semua rakyat Malaysia melalui kanca televisyen untuk memastikan kemenangan milik kita...Syabas buat jurulatih K.Rajagopal dan pemain-pemainya...Harap semua pemain tidak hanya berpuas hati dengan pingat emas ini sahaja tetapi terus berusaha supaya dapat bersaing di pentas yang lebih berprestij lagi...

Sekiranya sesiapa yang melihat berita hari ini...selain daripada skuad bola sepak memenangi pingat emas, berita tentang tarikh pengumuman keputusan PMR juga agak menarik perhatian...buat semua pelajar Tingkatan 3..keputusan akan diumumkan pada

24 Disember 2009
pada pukul 10 pagi di sekolah masing-masing...Harap semua pelajar Tingkatan 3 bersedia untuk pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan masing...Semoga semua mendapat keputusan yang cemerlang...

Bersediakah anda??Mari kita menghitung hari.....


Baca Seterusnya......

Wednesday, December 16, 2009

Dah besar da....

Nak minta izin untuk buat 'pose' di sini kejap....boleh kan....


 
 "Hai semua..ingat saya tak...saya pernah muncul di sini...saya dh besar sikit dah...ni gambar saya usia 3 bulan...tgh seronok main jari..."


 
 'Ni pula masa yang paling best....di sisi abah yg tgh bg minum....air ke susu tu....x ingat lah...tp sedaplah....yg ni saya dah usia 4 bulan...fuh...cptnya masa berlalu...babay Adam dh semakin besar dh......"




Baca Seterusnya......

Sunday, December 13, 2009

Layan Sukan SEA....



Salam sejahtera semua...apa macam di pertengahan cuti ni...macam biasa?seronok?minta maaf tidak mengupdate blog ini selama seminggu++...harap semua guru, pelajar dan pembaca blog yang selalu datang 'menjenguk' blog ini 'enjoy' pada cuti yang agak panjang ini...

STPM dan SPM hampir melabuhkan tirainya...tahniah buat semua yang berjaya menempuhi peperiksaan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung....

"Akademik penting...sukan penting juga...."Sekarang ini tengah hangat berlangsung Sukan SEA XXV di Laos... Dalam Sukan SEA kali ini, Malaysia menghantar seramai 370 orang atlet dan 120 pegawai dengan menyertai 21 daripada 25 acara yang dipertandingkan. Agak mendukacitakan kerana tiada siaran langsung sepanjang kejohanan ini disebabkan kos penyiaran yang agak mahal...kalau tidak,  boleh la kita semua melayan dan menyokong kontijen Malaysia sepanjang cuti ni kan....Sabar-sabar...Kelmarin rakyat Malaysia dikhabarkan berita gembira dengan kemenangan skuad bola sepak negara terhadap Thailand...lawan yang telah lama Malaysia tidak dapat kalahkan sebelum ini...lebih manis lagi apabila kemenangan ini menghadiahkan Malaysia satu slot ke separuh akhir...separuh akhir yang diidamkan setelah menunggu 8 tahun....Harap skuad Malaysia tidak terlalu bangga dengan kejayaan ini kerana masih ada 2 halangan perlu ditempuhi sebelum menggapai kejayaan pada sukan SEA kali ini....Ada ura-ura RTM cuba dapatkan penyiaran separuh akhir perlawanan Malaysia menentang Laos tetapi bayarannya yang mencecah US$10,000 masih menjadi halangan.....

Selain bola sepak, antara yang jadi tumpuan adalah badminton...Pelajar yang meminat Datuk Lee Chong Wei mungkin agak kecewa kerana beliau tidak dapat menyertai kejohanan akibat kecederaan...Mungkin kehilangan beliau dalam kejohanan kali ini menyebabkan acara badminton kurang berseri, tetapi kita masih boleh menaruh harapan kepada pemain lain untuk membawa balik pingat emas untuk Malaysia kerana negara kita masih mempunyai banyak pemain yang handal...Dari berita tadi...pasukan lelaki dan pasukan wanita skuad badminton negara telah melangkah kaki ke perlawanan akhir melawan Indonesia...Harap mereka terus cemerlang dan bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk membawa balik kilauan emas yang banyak..

Selain acara bola sepak dan badminton...banyak acara juga dipertandingkan...sampai esok pun tak habislah kalau nak cerita satu per satu kan...maka entri kali ini pilih bola sepak dan badminton sebagai coretan kerana 2 jenis sukan ini merupakan kesukaan rakyat Malaysia, guru-guru, pelajar-pelajar dan pembaca-pembaca blog...yeke??

Persoalan: Adakah Malaysia mampu bawa balik 35 pingat emas yang disasarkan???Sila tinggalkan pendapat anda dalam komen di bawah....

p/s:Setakat ini..Malaysia berjaya dapat 15 pingat emas selepas 3 hari kejohanan Malaysia....


Baca Seterusnya......

Friday, December 4, 2009

Kami Ceriakan Sekolah.....

'Ceriakan sekolah tanggungjawab kita bersama'....'sekolah ceria nk belajar pun selesa'...pada hujung bulan Oktober yang lepas...baru teringat nk letak dlm blog... SMK Wakuba mengadakan aktiviti ceriakan sekolah dan telah disertai oleh semua pelajar dan guru-guru...seminggu sebelum itu...pelbagai persiapan telah diadakan...ada yang sibuk 'mengorder' bahan...ada cikgu yg sibuk menguruskan bahan-bahan...ada yg sibuk memikir tentang peralihan tugas dan lain-lain lagi...Setelah semua bahan telah disediakan..maka aktiviti ceriakan sekolah boleh juga sebut sebagai aktiviti conteng-menconteng pun bermula....

Peralihan tugas kali ini diberikan mengikut kelas n sistem 'rotate' atau bergilir-gilir disebabkan agak susah kalau semua orang bekerja serentak...antara tempat yang diceriakan adalah batu-bata sekolah, kolam ikan air tawar sekolah, dinding kantin sekolah, tiang2 sekolah, pondok PIBG, papan kenyataan sekolah, surau sekolah dan macam-macam lagi...tak ingat ada apa lagi sebenarnya..banyak sangat....Maka dengan semangat yang berkobar-kobar...maka...




mulalah mereka 'menconteng'....Oh kalau menconteng semangat..belajar tak pula

 Tapi kena berhati-hati 'menconteng' kang kena baju atau seluar susah nak cuci tu....



kan dah suruh hati-hati....tudung pula 'yang makan' cat....Be Careful!!!


Ni geng-geng kelas 2G yang men'conteng'kan kolan ikan air tawar ini...hati-hati mu..jangan sampai cat masuk dlm air..mati ikan tu...


Ni pula sibuk men'conteng' batu-bata tengah panas terik...semua batu-bata di'conteng' mereka...satu pun tak terlepas...hebat!hebat!


Ni pula kelas 3T handle punya pondok PIBG...biasanya mereka yang me'mening'kan sekolah...sebelum nak tinggalkan sekolah...ada juga sumbangan...ceria dan cantik pondok PIBG sekarang...Terima Kasih...Mereka dah insaf...bagus2...


Ni masih mengukur....bila nak cat ni....


Ha...bagus...bagus...cat kasi cantik-cantik tau...jangan campur warna tu...tengok elok-elok..


Ni pula geng panda geng 'conteng dinding kantin dengan temanya 'panda-panda main di dalam semak'suka mereka lukis dinding ini....free hand tau...baru Tingkatan 1...ada bakat 'menconteng'...


Aik...buat apa pula di sini....mana catnya....
'Nantila cikgu...cikgu ambik gambar dulu....saya posing....'


Tingginya tiang koloam ini...susah tul nk cat...takut kena mata le...baik aku slow2...


Ni pula ustazah n the geng....merekalah berusaha menceria dan mencantikkan surau sekolah...macam2 diaorg hias...biasalah perempuan...bab hias2 ni memang terror...sempat lagi peace tu...

Sebenarnya kalau tengok gambar...ada perasaan macam...'hebatnya budak2 ni...mampu mereka buat sendiri...'..Tapi pada hakikatnya...kalau dibiarkan mereka bertindak sendiri tanpa pemerhatian dan tunjuk ajar....tak tau la apa akan terjadi...Mereka ini sebenarnya dipantau dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru sepanjang aktiviti ini berlangsung...


 Cikgu Amin dalam kesibukan keluar juga 'menconteng' tiang menunjukkan bakat...

 
Ni pula Panitia Seni, CIkgu Rafai menunjukkan bakatnya dalam mengecat papan kenyataan sekolah dan dibantu oleh


Cikgu Sumarni dan Cikgu Salmiah....Purple colour juga dipilih oleh mereka...colour lain tidak dilayan...'Pink masih ok lah' kata mereka biasalah, perempuan...

dan


Ni cikgu Ismail...dinding kantin sekolah dia yang banyak 'conteng'..dia sebenarnya kena handle kolam air tawar ..disebabkan guru-guru yang kena buat dinding kantin sekolah semuanya tidak mahir dalam seni..bukan mereka tak nak buat ya..maka cikgu Ismail 'mensukarelakan' diri untuk memberi idea dan melukis dinding...dan pada masa yang sama juga dia jaga juga kolam ikan tu...

pelik sikit sekolah ini....cikgu lelaki bukan semualah yang sangat berbakat dalam bidang seni...hehehe...

Beginilah kisahnya...sebenarnya banyak guru juga yang menolong..cuma mereka tidak dekat dengan orang yang ambil gambar..maka gambar mereka tidak termasuk dalam entri kali ini...lain kali dekatkan diri anda dengan orang yang pegang kamara ya

Dan hasil daripada aktiviti ini....Jeng Jeng Jeng...


Dah cantik dan berseri kolam ikan air tawar hasil daripada kerjasama antara kelas 2G dan pelajar2 yang sukarela menolong mencantikkan kolam ini....Nasib baik ikan semua selamat...Fuh....lega!!!



Nah...ni perbezaannya......Sebelum dan selepas .....dan yang keseluruhan...


Te...te....'panda-panda main di dalam semak' dh siappppp...penat mereka buat ni...makcik kantin paling gembira...ceria dan semangat sikit mereka membuat makanan memandangkan 'port' mereka dh bertukar wajah....ada juga kata macam di tradika pula...dan ada yang pertikai..napa panda???


Maka...sekolah ini telah diceriakan dan akan digunakan sepenuhnya keceriaanya buka sekolah nanti...harap semua pelajar mempunyai semangat yang baru untuk datang ke sekolah pada tahun hadapan...

Baca Seterusnya......

Tuesday, December 1, 2009

Mari...mari...mari....Mari kita bezakan...


Sambil jalan-jalan cari blog sempena cuti ni...nk kongsi dengan para pelajar n para pembaca blog tentang ini....

Sahabat
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan kita, menghilangkan kebimbangan kita dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama kita, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih.


Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap sahabatnya, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita dan sebaliknya.
Sahabat kadangkala adalah penjaga kita, pelindung kita dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Kawan

Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kawan selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Kawan akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....



Maka 
bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...


Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan....Sahabat dan kawan yang baik akan menunjukkan jalan yang betul kepada kita.... silap pilih kawan atau sahabat buruh padahnya...Pilihlah kawan dan sahabat yang betul dan


Saynagilah sahabat dan kawan anda!!!

Baca Seterusnya......

Friday, November 27, 2009

Raya dan raya lagi...Salam Aidiladha


Masa berlalu dengan cepat...para pelajar telah bercuti selama seminggu...sihat semua?? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat....

Sudah mula perancangan cuti ini??Kalau belum...bolehlah mula rancang sekarang memandangkan cuti masih panjang..apa2pun manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin terutama bagi pelajar yang bakal menduduki PMR pada tahun hadapan...

Entri kali ini crew WT ingin meminjam ruang WT untuk memberi 'wish' kepada semua guru dan pelajar SMK Wakuba dan tidak lupa juga kepada semua blogger dan pembaca yang sudi berkunjung ke blog kami....Kami wishkan semua

 

bersama keluarga yang tersayang....Enjoy!!!


Baca Seterusnya......

Sunday, November 15, 2009

Selamat Tinggal Wakuba

Selamat tinggal guruku

Saat berpisah kini mampir
Menjengah wajah sendu seraut duka
Tiga musim berlalu
Ketika pertama kami hadir ke pangkuan kalian
Yang kami bekali hanyalah segenggam cita
Untuk menjadi insan sempurna
Dan kalian menyambut tangan mulus kami

Dengan senyum manis di bibir
Telah kalian terangi hidup kami
Dengan bersit cahaya ilmu
Sinarnya gemilang
Menyuluh sanubari

Selamat jalan sayangku
Tiga musim berganti kita bersama
Mengharung suka duka kembara hidup
Meracik bilah-bilah ilmu dan pengalaman
Takkan mampu kami hindarkan ingatan tulus
Pada wajah-wajah kalian yang pernah singgah
Mewarnai lukisan kehidupan

Seorang yang bernama guru
Sesungguhnya
Mengasihi kalian adalah tanggungjawab
Mendidik kalian adalah amanah
Termetri padu pada mahkota
Janji seorang guru

Siramilah tunas yang kami semai
Agar ia bercambah menjadi pohon waja
Menguntum bunga tekad
Membuahkan iltizam jitu

Selamat tinggal guruku
Betapa waktu begitu pantas berlalu
Kalian mengajar kami dari bertatih
Mengenal abc, menulis dan membaca
Mendaki ke puncak kejayaan
Dengan impian dan hasrat
Menggapai kegemilangan

Demi sebuah perjuangan
Untuk hidup masa depan
Sesungguhnya kalianlah
Yang banyak mengajar kami erti kesungguhan
Keazaman, keikhlasan dan kesabaran

Selamat jalan sayangku
Sesungguhnya kalianlah
Yang telah banyak mengajar kami
Erti sebuah kasih sayang dan pengorbanan

Tiada yang kami harapkan dari kalian
Selain dari sebuah kesedaran
Bahawa kehidupan ini penuh dugaan
Andaikata kalian jatuh, bangkitlah semula
Melangkahlah dengan lebih yakin
Sesungguhnya jalan menuju kejayaan
Masih jauh dan panjang

Selamat tinggal guruku
Akan kami simpulkan janji tulus
Buat menyusur lurah cita gaung ilmu
Cekal mengejar pelangi bahagia
Meraih piala kejayaan yang manis
Di persada menara gading

Takkan kami lupa seuntai nasihat
Yang kalian kalungkan dikalbu ini
Hanya kemaafan kami pinta dari kalian
Atas segala kenakalan dan kekhilafan
Selama ini

Selamat jalan sayangku
Restu kami sentiasa menemani
Doa kami sentiasa mengiringi
Moga kalian mengenggam impian
Sejahtera hidup dunia akhirat
Keikhlasan hati tak minta ditebus
Ketulusan jiwa tak minta dibalas
Cukuplah sekadar hangat titisan
Airmata bahagia
Pabila melihat kalian gigih mendaki
Menuju ke puncak menara gading
Tebarkanlah sayap kegemilangan
Hingga sampai ke segenap benua

Selamat tinggal guruku
Tiap pertemuan pastikan berakhir
Yang tinggal hanyalah secebis kenangan
Tetap utuh terpahat di memori
Menjadi halwa secebis pengalaman
Rentetan sejarah sebuah kehidupan
Yang manis dan indah

Terima kasih atas segalanya
Jasa kalian tetap menjadi ingatan
Gurauan kalian menjadi kenangan
Dengan restu kalian kami melangkah
Bersama doa kalian kami berusaha
Semoga impian menjadi kenyataan
Segala hasrat akan kesampaian

Selamat tinggal buat semua
Kami bermohon pergi dahulu

Selamat jalan sayangku
Semoga selamanya
Tetap kita dekat dihati
Meskipun jauh dari mata.

Selamat tinggal guruku…
Selamat jalan sayang...

15 November 2009

Baca Seterusnya......

Friday, November 13, 2009

Tentang ACEP '09...

ACEP=Anugerah Kecermelangan Pelajar telah dilangsungkan dengan sempurnanya pada pagi 12 November 2009 tadi...ACEP ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran terutama pada peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan bari-baaru ini...

Persiapan untuk ACEP kali ini telah bermula sejak seminggu yang lepas lagi...Kebanyakan guru mula menjalankan tugas masing-masing setelah mengetahui Jawatankuasa masing-masing...ada yang mula tempah makanan, ada yang mula berfikir untuk perhiasan pentas, ada yang sibuk mencari hadiah, ada guru yang sibuk 'desigrn and edit' buku program, ada yang sibuk membuat membuat latihan untuk persembahan nanti dan.....Dengan erti kata lain...kebanyakan guru dalam kesibukan dan suasana sekolah agak meriah dengan persiapan ACEP ini dan tambahan pula minggu ini juga melangsung aktiviti sukan dan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2010...suasana sekolah boleh dikatakan meriah dan riuh-rendah...



Kerlmarin..pentas dan persiapan tempat merupakan bahagian yang dititikbertakan...dan setelah bertungkus-lumus...pentasnya jadi begini...



Class and Exclusive
(Tahniah  buat AJK Perhiasan pentas dan guru-guru yang lain yang sanggup memberi pandangan dan idea...)


dan persiapan tempat pula jadi begini....


 Tahniah diucapakn kepada semua AJK Persiapan tempat...

Balik kepada ACEP yang berlangsung hari ini...Pada awal pagi, mula kelihatan ibu bapa beransur-ansur datang ke sekolah dan masuk ke dewan untuk mengambil tempat duduk mereka...



Manakala semua penyambut tetamu pula mula membuat persiapan jam 7.15am.Antara yang terlibat adalah


Cewek Bungan mangga...(Selepas melalui banyak peringkat pemilihan, mereka dipilih akhirnya...)


Kumpulan pelajar lelaki kompang yang sememangnya hebat dan mampu bertindak sendiri...


Penyambut tetamu yang comel (dan merekalah kumpulan yang banyak bantu guru-guru dan sekolah)


Kumpulan pelajar lelaki yang akan mnenerima anugerah


Kumpulan pelajar perempuan cemerlang yang agak ramai...

dan

semua pentadbir-pentadbir sekolah serta beberapa guru yang menyandang AJK Sambutan...


Maka sambil mereka tengah bersolek, bersembang, berposing, tiba-tiba kompang dibunyikan..Ini bermakna tetamu kehormat sudah sampai..Maka, dengan cepat mereka beratur kemas untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat...



.....sehingga sampai ke dewan



Kemudian suara 2 orang yang paling penting dalam majlis ini mula 'berkemundang'...


MC untuk majlis kali ini...semuanya dapat berjalan dengan lancar dan tahniah diucapakan buat 2 MC ini...
 
Selepas menyanyi lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku...semestinya majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada.....


Tuan Pengetua


dan


Pegawai PPD Tawau
yang sanggup memilih sekolah kami untuk memberi ucapan walaupun beliau juga menerima jemputan daripada sekolah yang lain...Terima kasih diucapkan...

Selepas amanat dan ucapan dorongan telah diberikan...maka majlis diselitkan dengan persembahan 'Coral Speaking' yang diwakili oleh pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang bertajuk 'WAKUBA TODAY'....macam kenal je tajuk ni...di mana ya...



Satu persembahan boleh dikatakan MANTAP!!! memandangkan mereka hanya mempunyai sedikit masa untuk berlatih memandangkan banyak aktiviti telah diadakan sebelum persiapan ACEP ni...Pujian harus diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dan guru-guru English yang banyak menyumbangkan idea dan tenaga..Syabas...

Maka dengan berakhirnya 'Coral Speaking' ini...sudah sampai masanya ke kemuncak majlis ini iaitu penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun ini...




Tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah..semoga hadiah yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sempurna pada masa akan datang...

Maka dengan habisnya pennyampaian hadiah...maka berakhirLAH majlis pada kali ini...Para tetamu dan ibu bapa dijemput untuk menjamu selera di tempat makan VIP...pelajar-pelajar mula bersurai....guru-guru???Apa lagi...mengemas la...mengemas itu sebenarnya sebagai alasan je ......tujuan sebenarnya adalah seperti di bawah....apa-apapun kerja dalam seronok...




Begitulah kisah sepanjang Majlis ACEP ini...memandangkan majlis selesai..ada guru-guru yang mula balik...ada juga guru-guru yang sedang mengemas dan bersedia untuk balik..tiba-tiba kedengaran ada guru yang belum mengambil gambar di atas pentas yang smemangnya bagi kami agak cantik dan exclusive...yalah buatan papan...tapi masih boleh nampak exclusive..kan??Tuan Pengetua pun pesan jangan robohkan pentas dulu sebelum mengambil gambar di atas pentas tersebut...Maka..dengan kadar yang segera...



Maka..dengan ini boleh disimpulkan guru-guru sekolah ini agak...... gila gambar...suka bergambar la...Bak kata cikgu Latif..gambar ini penting untuk buat kenang-kenangan pada masa akan datang...nanti tengok balik baru tau rupamya begitu menawan dan comel guru-guru ini dan yang penting begitu seronok kita semua bekerjasama menjayakan sesuatu aktiviti ..sweet memory.. kan?Lagipun ini program terakhir sekolah tahun ini...Maka tak salah kalau kita ambil gambar-gambar yang banyak...lagipun digital kan..boleh ambil banyak-banyak..tak nak kita delete..teknologi ba..hehe...

p/s: Buat guru yang banyak terlibat dengan persiapan ACEP ini...Syabas dan tahniah diucapakan...Sumbangan kalian membuat ACEP tahun ini sangat berjaya...Selamat datang juga buat PK Kokum baru Cikgu Arbin Setta yang turut menyumbangkan bakat seninya dengan membuat pemplet VIP  yang begitu cantik untuk ACEP kali ini walaupun beliau hanya beberapa hari di sekolah ini.




Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster