Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah. Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita.. Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah. Adakah betul kita kalah. Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '. Hari ini.Kita tidak kalah. Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya. DARI JINGGO kadang2 ada suaranya yang begini TERIMA KASIH KERANA AKU DI GAGALKAN terima kasih kerana aku dipayahkan terima kasih kerana aku ' di gelapkan ' seketika. PADA SAYA kehidupan ini hanya satu pusingan. kita mendapat apa yang kita telah ' bayar ' untuk mendapat apa seterusnya ADA HARGANYA. kredit untuk : Jinggo
Feed2PDF: Konversi RSS Feed Ke PDF
13 years ago
2 comments:
Tahniah untuk blog sekolah yang menarik.
http://www.klmusabah.com
salam blog..
teima kasih sudah saling berbagi :)
Post a Comment