Saturday, January 30, 2010

2010---TIGER


Ramalan mengatakan Tahun Harimau yang berelemenkan logam akan mengundang suasana 'keras' dan sukar untuk menghadapinya.

Dari 12 ikon haiwan yang ada, harimau yang terkenal ganas, mudah marah dan tiada rasa takut terhadap lawan. Ia sering melakukan serangan yang membabi-buta demi melampiaskan hasratnya.
Peramal menyatakan, Tahun Harimau merupakan tahun yang mengalami berbagai masalah besar dan banyak terjadi persaingan yang tidak sihat, baik di bidang ekonomi, politik dan hukum alam. Siapa pandai, dia selamat.
Di bidang ekonomi, manusia akan mengejar wang, walau dengan cara curang. Berhati-hatilah kerana segalanya seperti tiada kepastian kerana ia didorong atas dasar mengejar nikmat semata. Dinasihatkan agar tidak melakukan bisnes yang banyak spekulasi, sebaliknya sentiasa bersyukur. Kesulitan ekonomi akan semakin terasa. Jenayah berleluasa.
Dikhabarkan, pada Tahun Harimau ini juga keadaan politik semakin panas. Cantas mencantas menjadi amalan. Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh serta kemalangan pengangkutan menelan korban yang ramai.
Adalah diharapkan agar di tahun 2010 ini, kita banyak melakukan kegiatan kerohanian dan keagmaan kerana Allah satu-satunya pelindung kita dan segalanya ditentukan olehNya. Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Jika ada kecelakaan, ada juga nikmat di sebaliknya.

Selamat menelusuri Tahun Harimau

Baca Seterusnya......

Tuesday, January 12, 2010

Erti seoarng KAWAN

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita
Ambilah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia
ketawa
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita
sangka
Disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu......tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Baca Seterusnya......

Sunday, January 10, 2010

Untuk Renungan Bersama

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah. Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita.. Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah. Adakah betul kita kalah. Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '. Hari ini.Kita tidak kalah. Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya. DARI JINGGO kadang2 ada suaranya yang begini TERIMA KASIH KERANA AKU DI GAGALKAN terima kasih kerana aku dipayahkan terima kasih kerana aku ' di gelapkan ' seketika. PADA SAYA kehidupan ini hanya satu pusingan. kita mendapat apa yang kita telah ' bayar ' untuk mendapat apa seterusnya ADA HARGANYA. kredit untuk : Jinggo

Baca Seterusnya......

Jasamu Dikenang....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...SMK Wakuba bakal kehilangan khidmat 3 orang guru yang telah banyak memberi jasa dan sumbangan kepada sekolah...


Cikgu Faridah
Tempoh berkhidmat: 10 tahun


Cikgu Hasnah Mamat
Tempoh berkhidmat: 11 tahun


Cikgu Hasan
Tempoh berkhidmat: 2 tahun

Kehilangan mereka merupakan satu kerugian besar buat sekolah...Crew WT dan cikgu-cikgu di SMK Wakuba mengucapkan semoga maju jaya kepada 3 orang warga pendidik yang sememnagnya memberi jasa dan sumbangan yang tidak terhingga buat sekolah terutama Cikgu Faridah dan Cikgu Hasnah..Mereka telah 'membesarkan' SMK Wakuba selama 10 tahun ini..lagu sekolah yang berkumandang kini juga merupakan hasil ciptaan mereka...Selamat bertugas di sekolah yang baru dan datang menziarahi kami sekiranya mempunyai masa lapang.....
JASA ANDA SEMUA DIKENANG!!!



Baca Seterusnya......

Friday, January 8, 2010

MASIH ADAKAH YANG SUDI MENDOAKAN KITA????

Seorang pengarah sebuah syarikat terkemuka terjatuh dan akhirnya stroke. Dia sudah 7 malam dirawat di unit ICU sebuah hospital swasta. Saat orang lain terlelap dengan mimpi indah, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah dan berkata "kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.Tetapi jika tidak, itu bererti kau akan meninggal dunia". Si pengarah menjawab.."kalau sekadar 50 orang itu sangat mudah, jumlah pekerja aku sahaja sudah melebihi 1000 orang". Tepat pukul 11.00 malam, malaikat kembali mengunjunginya;dengan bangga si pengarah bertanya, "adakah esok pagi aku akan pulih?, pasti banyak yang berdoa buat aku", dengan lembut malaikat berkata, "wahai anakku, aku sudah berkeliling aku mencari suara hati yang berdoa buatmu, tetapi sampai saat ini hanya 3 orang yang ku temui iaitu isterimu dan 2 orang anakmu". Malaikatpun menunjukkan satu layar besar yang memperlihatkan isteri dan anak2nya yang sedang khusuk berdoa dan menangis. "Ya, Tuhan, aku tahu kalau selama ini suamiku bukanlah suami dan ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populoriti dan menaikkan namanya saja, untuk menutupi perbuatanya yang salah di hadapanMu. Tapi tolonglah pada anak-anak yang Engkau berikan pada kami, kerana mereka masih memerlukan seorang ayah". Doa isterinya yang tidak putus-putus memohon kepada Tuhan dengan linangan air mata. Melihat peristiwa itu,timbul penyesalan si pengarah kerana ketidakjujuran terhadap isteri dan anak-anaknya selama ini.Dia menyedari betapa besarnya cinta dan pengorbanan isteri dan anak-anaknya. Dengan sedihnya si pengarah bertanya Apakah antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, teman seorganisasiku yang berdoa buat kesembuhanku?. Jawab Malaikat, "Ada..beberapa mereka berdoa buatmu tetapi tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, salah guna kuasa dan bukanlah pihak atasan yang baik".... Ketika masa menunjukkan jam12.00 tengah malam, tiba-tiba si Malaikat berkata "anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buat kesembuhanmu". Dengan hairan, si pengarah itu ingin tahu siapakah 47 orang itu. Malaikat menjelaskan bahawa itu ialah sekumpulan anak yatim yang berada di sebuah Pusat Asuhan Anak Yatim yang pernah engkau lawati dan beri bantuan beberapa bulan yang lalu. Malaikat itu menambah, dia tahu tujuannya untuk memberi bantuan berkenaan adalah untuk populariti agar mendapat perhatian daripada kerajaan dan masyarakat. Bagaimanapun, setelah salah seorang daripada anak yatim itu terbaca tentang pengarah yang terkena stroke dan sudah 7 hari berada di unit ICU melalui suratkhabar, dan yakin bahawa pengarah inilah yang telah membantu pusat asuhan mereka, lalu bersepakat untuk berdoa buat kesembuhanmu. Ps:Teman2..bagaimanakah sikap kita terhadap isteri dan anak2?, bagaimanakah sikap kita terhadap rakan sekerja, bawahan kita ataupun kaum kerabat kita? dan masih adakah orang yang akan mendoakan kita apabila kita memerlukannya?

Baca Seterusnya......

Friday, January 1, 2010

010110...



010110...ini bukan nombor asas dalam topik subjek Matematik...siri nombor itu hanya terdiri drpd digit 0 dan 1...sangat 'simple'...dan dalam siri nombor itu turut mempunyai banyak makna...ada yang kata..'Alamak, tua setahun lagi'..'ada pula yang kata...'ni muncul semanagat baru ini'...macam-macam akan berfikir dalam otak...target, misi, visi, azam dan mcm2 lagi telah di'set' dalam otak...Baiklah..apa2pun berdasarkan nombor 010110...crew WT ingin mengucapakn Selamat Tahun Baru buat semua yang men'jejak' kaki ke sini...memang tahun 2009 terlalu banyak perkara yang agak menyedihkan tetapi tidak kurang juga perkara yang menggembirakan...harap tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas...yang lepas biarlah lepas..simpankan sebagai kenangan...yang baik kita teruskan untuk tahun yang baru ini...yang pahit biarla dia berlalu bagaikan air yang mengalir...Kepada yang sedang belajar..bagi tahun yang baru ini...harap anda semua boleh lebih gigih dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan terutama kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan STPM pada tahun 2010 ini...kepada yang bekerja...harap tahun ini lebih mantap dan semoga semua target dapat dicapai....

Tahun baru azam baru, misi baru, target baru, semangat baru...harap semua dapat menempuh tahun 2010 dengan penuh semnagat dan mantap...

haih...tua setahun lagi la.....



Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster