Wednesday, November 4, 2009

Mari bermain dengan Cermin

Setiap seorang dari kita sentiasa perlukan cermin untuk hidupnya sekiranya ingin menikmati hidup lebih bermakna. Cermin yang memantulkan imej jarang sekali kita gunakan untuk melihat objek lain melainkan untuk melihat diri kita sendiri. Ketika di sekolah menengah dahulu, setiap kali hendak ke Masjid Negara untuk solat Jumaat, saya dan rakan-rakan akan melalui sebuah bagunan yang mempunyai cermin. Setiap kali melalui hampir dengannya kami pasti akan mengambil peluang melihat imej kami di dalam cermin tersebut sambil berjalan. Bagaikan satu tindakan luar kawalan, lalu sahaja berhampiran cermin tersebut kami akan melihat pantulan imej kami. Sehinggakan salah seorang kawan saya pernah mencabar untuk cuba tidak melihat pantulan imej di cermin tersebut ketika berjalan hampir dengannya.


Alangkah bagus sekiranya naluri sebegitu turut dapat diaplikasi dalam melihat cermin perjalanan kehidupan ini. Apabila kita melihat cermin, tentu sekali yang ingin dinilai adalah diri kita. Berbeza dengan fungsi periskop yang mana pantulan imej digunakan untuk melihat objek lain. Maka lebih kerap kita menilai kembali diri ini maka lebih jelas apakah tindakan yang diperlukan untuk memperbaiki diri atau keadaan. Kita dapat mengetahui apakah kesilapan yang perlu diubah dan diperbaiki atau perkara yang tepat yang perlu diteruskan. Sheldon Kopp pernah menyatakan:

"All the significant battles are waged within the self"

Hanya dengan menilai kembali diri kita dapat mengenal pasti pertempuran yang terjadi dalam diri. Allah Subhana wa Ta’ala telah pun mengajar kita mengenai konsep menilai kembali diri. Antara ayat al-Qur’an yang menampakkan konsep tersebut adalah firman Allah Subhana wa Ta’ala:


أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُم مِّثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى

هَـذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِندِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ

شَيْءٍ قَدِي

Dan apabila kamu ditimpa musibah (yakni kekalahan dalam Perang Uhud), padahal (sebelum itu) kamu telahpun memenangi (peperangan) seperti itu sebanyak dua kali ganda (yakni kemenangan dalam Perang Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (musibah) ini?”

Katakanlah: “(Musibah) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Ali Imran 3:165]


CERMIN DIRI DAN MENYELESAIKAN MASALAH


Seorang lelaki dirawat di hospital dan selepas doktor melihat X-ray lelaki tersebut doktor mendapati dia mengidap sejenis penyakit serius. Selepas menunjukkan X-ray tersebut kepada lelaki tersebut, doktor menjelaskan bahawa penyakitnya kronik dan dia perlu melalui pembedahan yang menyakitkan serta mahal untuk menyembuhkannya. Lelaki tersebut pun membalas, “Kalau begitu, berapa harga doktor kenakan untuk touch up X-ray saya tu?”

Apa pandangan anda terhadap sikap lelaki tersebut? Selepas kita cermin-cermin diri dan bermuhasabah, kita boleh mengambil tindakan seperti yang dilakukan lelaki di dalam cerita diatas. Ataupun, kita boleh berhenti menuding ke sana dan ke mari serta berusaha memperbaiki isu yang menjadi punca masalah kita, bermula dengan diri kita sendiri.


Di bilik bawah tanah Westminster Abbey, terlakar di atas kubur seorang Biskop Anglican yang pernah hidup pada abad ke-11 tulisan berikut:

“Ketika aku muda dan imaginasiku bebas tanpa batasan, aku mengimpikan untuk mengubah dunia. Apabila aku semakin dewasa dan lebih bijak, aku menyedari bahawa dunia ini tidak akan berubah. Maka aku cuba melihat lebih dekat dan mengambil keputusan untuk mengubah hanya negaraku. Tetapi, ia juga, kelihatan tidak dapat digerakkan. Apabila aku memasuki penghujung usia, dalam satu cubaan terdesak, aku cuba mengubah hanya keluargaku, mereka yang hampir padaku. Namun tiada yang mahu berubah. Kini, ketika aku terbaring di atas katil menunggu ajal, aku tersedar: Kalaulah aku mengubah diriku dahulu, kemudian dengan menjadi contoh tauladan aku mengubah keluargaku. Daripada inspirasi dan galakkan mereka, aku mungkin bisa mampu untuk menjadikan negaraku lebih baik, dan siapa tahu, aku mungkin akan mengubah dunia.”


1 comments:

Aku tak sempurna said...

Info ini begitu bermakna buat semua pembaca termasuk diri saya sendiri..membaca dan merenunglah....

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster