Friday, November 27, 2009

Raya dan raya lagi...Salam Aidiladha


Masa berlalu dengan cepat...para pelajar telah bercuti selama seminggu...sihat semua?? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat....

Sudah mula perancangan cuti ini??Kalau belum...bolehlah mula rancang sekarang memandangkan cuti masih panjang..apa2pun manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin terutama bagi pelajar yang bakal menduduki PMR pada tahun hadapan...

Entri kali ini crew WT ingin meminjam ruang WT untuk memberi 'wish' kepada semua guru dan pelajar SMK Wakuba dan tidak lupa juga kepada semua blogger dan pembaca yang sudi berkunjung ke blog kami....Kami wishkan semua

 

bersama keluarga yang tersayang....Enjoy!!!


Baca Seterusnya......

Sunday, November 15, 2009

Selamat Tinggal Wakuba

Selamat tinggal guruku

Saat berpisah kini mampir
Menjengah wajah sendu seraut duka
Tiga musim berlalu
Ketika pertama kami hadir ke pangkuan kalian
Yang kami bekali hanyalah segenggam cita
Untuk menjadi insan sempurna
Dan kalian menyambut tangan mulus kami

Dengan senyum manis di bibir
Telah kalian terangi hidup kami
Dengan bersit cahaya ilmu
Sinarnya gemilang
Menyuluh sanubari

Selamat jalan sayangku
Tiga musim berganti kita bersama
Mengharung suka duka kembara hidup
Meracik bilah-bilah ilmu dan pengalaman
Takkan mampu kami hindarkan ingatan tulus
Pada wajah-wajah kalian yang pernah singgah
Mewarnai lukisan kehidupan

Seorang yang bernama guru
Sesungguhnya
Mengasihi kalian adalah tanggungjawab
Mendidik kalian adalah amanah
Termetri padu pada mahkota
Janji seorang guru

Siramilah tunas yang kami semai
Agar ia bercambah menjadi pohon waja
Menguntum bunga tekad
Membuahkan iltizam jitu

Selamat tinggal guruku
Betapa waktu begitu pantas berlalu
Kalian mengajar kami dari bertatih
Mengenal abc, menulis dan membaca
Mendaki ke puncak kejayaan
Dengan impian dan hasrat
Menggapai kegemilangan

Demi sebuah perjuangan
Untuk hidup masa depan
Sesungguhnya kalianlah
Yang banyak mengajar kami erti kesungguhan
Keazaman, keikhlasan dan kesabaran

Selamat jalan sayangku
Sesungguhnya kalianlah
Yang telah banyak mengajar kami
Erti sebuah kasih sayang dan pengorbanan

Tiada yang kami harapkan dari kalian
Selain dari sebuah kesedaran
Bahawa kehidupan ini penuh dugaan
Andaikata kalian jatuh, bangkitlah semula
Melangkahlah dengan lebih yakin
Sesungguhnya jalan menuju kejayaan
Masih jauh dan panjang

Selamat tinggal guruku
Akan kami simpulkan janji tulus
Buat menyusur lurah cita gaung ilmu
Cekal mengejar pelangi bahagia
Meraih piala kejayaan yang manis
Di persada menara gading

Takkan kami lupa seuntai nasihat
Yang kalian kalungkan dikalbu ini
Hanya kemaafan kami pinta dari kalian
Atas segala kenakalan dan kekhilafan
Selama ini

Selamat jalan sayangku
Restu kami sentiasa menemani
Doa kami sentiasa mengiringi
Moga kalian mengenggam impian
Sejahtera hidup dunia akhirat
Keikhlasan hati tak minta ditebus
Ketulusan jiwa tak minta dibalas
Cukuplah sekadar hangat titisan
Airmata bahagia
Pabila melihat kalian gigih mendaki
Menuju ke puncak menara gading
Tebarkanlah sayap kegemilangan
Hingga sampai ke segenap benua

Selamat tinggal guruku
Tiap pertemuan pastikan berakhir
Yang tinggal hanyalah secebis kenangan
Tetap utuh terpahat di memori
Menjadi halwa secebis pengalaman
Rentetan sejarah sebuah kehidupan
Yang manis dan indah

Terima kasih atas segalanya
Jasa kalian tetap menjadi ingatan
Gurauan kalian menjadi kenangan
Dengan restu kalian kami melangkah
Bersama doa kalian kami berusaha
Semoga impian menjadi kenyataan
Segala hasrat akan kesampaian

Selamat tinggal buat semua
Kami bermohon pergi dahulu

Selamat jalan sayangku
Semoga selamanya
Tetap kita dekat dihati
Meskipun jauh dari mata.

Selamat tinggal guruku…
Selamat jalan sayang...

15 November 2009

Baca Seterusnya......

Friday, November 13, 2009

Tentang ACEP '09...

ACEP=Anugerah Kecermelangan Pelajar telah dilangsungkan dengan sempurnanya pada pagi 12 November 2009 tadi...ACEP ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran terutama pada peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan bari-baaru ini...

Persiapan untuk ACEP kali ini telah bermula sejak seminggu yang lepas lagi...Kebanyakan guru mula menjalankan tugas masing-masing setelah mengetahui Jawatankuasa masing-masing...ada yang mula tempah makanan, ada yang mula berfikir untuk perhiasan pentas, ada yang sibuk mencari hadiah, ada guru yang sibuk 'desigrn and edit' buku program, ada yang sibuk membuat membuat latihan untuk persembahan nanti dan.....Dengan erti kata lain...kebanyakan guru dalam kesibukan dan suasana sekolah agak meriah dengan persiapan ACEP ini dan tambahan pula minggu ini juga melangsung aktiviti sukan dan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2010...suasana sekolah boleh dikatakan meriah dan riuh-rendah...



Kerlmarin..pentas dan persiapan tempat merupakan bahagian yang dititikbertakan...dan setelah bertungkus-lumus...pentasnya jadi begini...



Class and Exclusive
(Tahniah  buat AJK Perhiasan pentas dan guru-guru yang lain yang sanggup memberi pandangan dan idea...)


dan persiapan tempat pula jadi begini....


 Tahniah diucapakn kepada semua AJK Persiapan tempat...

Balik kepada ACEP yang berlangsung hari ini...Pada awal pagi, mula kelihatan ibu bapa beransur-ansur datang ke sekolah dan masuk ke dewan untuk mengambil tempat duduk mereka...



Manakala semua penyambut tetamu pula mula membuat persiapan jam 7.15am.Antara yang terlibat adalah


Cewek Bungan mangga...(Selepas melalui banyak peringkat pemilihan, mereka dipilih akhirnya...)


Kumpulan pelajar lelaki kompang yang sememangnya hebat dan mampu bertindak sendiri...


Penyambut tetamu yang comel (dan merekalah kumpulan yang banyak bantu guru-guru dan sekolah)


Kumpulan pelajar lelaki yang akan mnenerima anugerah


Kumpulan pelajar perempuan cemerlang yang agak ramai...

dan

semua pentadbir-pentadbir sekolah serta beberapa guru yang menyandang AJK Sambutan...


Maka sambil mereka tengah bersolek, bersembang, berposing, tiba-tiba kompang dibunyikan..Ini bermakna tetamu kehormat sudah sampai..Maka, dengan cepat mereka beratur kemas untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat...



.....sehingga sampai ke dewan



Kemudian suara 2 orang yang paling penting dalam majlis ini mula 'berkemundang'...


MC untuk majlis kali ini...semuanya dapat berjalan dengan lancar dan tahniah diucapakan buat 2 MC ini...
 
Selepas menyanyi lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku...semestinya majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada.....


Tuan Pengetua


dan


Pegawai PPD Tawau
yang sanggup memilih sekolah kami untuk memberi ucapan walaupun beliau juga menerima jemputan daripada sekolah yang lain...Terima kasih diucapkan...

Selepas amanat dan ucapan dorongan telah diberikan...maka majlis diselitkan dengan persembahan 'Coral Speaking' yang diwakili oleh pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang bertajuk 'WAKUBA TODAY'....macam kenal je tajuk ni...di mana ya...



Satu persembahan boleh dikatakan MANTAP!!! memandangkan mereka hanya mempunyai sedikit masa untuk berlatih memandangkan banyak aktiviti telah diadakan sebelum persiapan ACEP ni...Pujian harus diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dan guru-guru English yang banyak menyumbangkan idea dan tenaga..Syabas...

Maka dengan berakhirnya 'Coral Speaking' ini...sudah sampai masanya ke kemuncak majlis ini iaitu penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun ini...




Tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah..semoga hadiah yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sempurna pada masa akan datang...

Maka dengan habisnya pennyampaian hadiah...maka berakhirLAH majlis pada kali ini...Para tetamu dan ibu bapa dijemput untuk menjamu selera di tempat makan VIP...pelajar-pelajar mula bersurai....guru-guru???Apa lagi...mengemas la...mengemas itu sebenarnya sebagai alasan je ......tujuan sebenarnya adalah seperti di bawah....apa-apapun kerja dalam seronok...




Begitulah kisah sepanjang Majlis ACEP ini...memandangkan majlis selesai..ada guru-guru yang mula balik...ada juga guru-guru yang sedang mengemas dan bersedia untuk balik..tiba-tiba kedengaran ada guru yang belum mengambil gambar di atas pentas yang smemangnya bagi kami agak cantik dan exclusive...yalah buatan papan...tapi masih boleh nampak exclusive..kan??Tuan Pengetua pun pesan jangan robohkan pentas dulu sebelum mengambil gambar di atas pentas tersebut...Maka..dengan kadar yang segera...



Maka..dengan ini boleh disimpulkan guru-guru sekolah ini agak...... gila gambar...suka bergambar la...Bak kata cikgu Latif..gambar ini penting untuk buat kenang-kenangan pada masa akan datang...nanti tengok balik baru tau rupamya begitu menawan dan comel guru-guru ini dan yang penting begitu seronok kita semua bekerjasama menjayakan sesuatu aktiviti ..sweet memory.. kan?Lagipun ini program terakhir sekolah tahun ini...Maka tak salah kalau kita ambil gambar-gambar yang banyak...lagipun digital kan..boleh ambil banyak-banyak..tak nak kita delete..teknologi ba..hehe...

p/s: Buat guru yang banyak terlibat dengan persiapan ACEP ini...Syabas dan tahniah diucapakan...Sumbangan kalian membuat ACEP tahun ini sangat berjaya...Selamat datang juga buat PK Kokum baru Cikgu Arbin Setta yang turut menyumbangkan bakat seninya dengan membuat pemplet VIP  yang begitu cantik untuk ACEP kali ini walaupun beliau hanya beberapa hari di sekolah ini.




Baca Seterusnya......

Saturday, November 7, 2009

Sajak Untuk Ahmad Adam Najmi


Jika aku halal bagimu…
Aku ingin menggenggam dan digenggam tanganmu
Aku ingin menjadi penglipurlara hatimu


Jika aku halal bagimu…
Aku ingin menjadi sandaran dan bersandar di bahumu
Aku ingin menjadi pemberi semangat hidupmu


Jika aku halal bagimu…
Akanku menyayangimu seumur hidupku..


Sayang ini akan selamanya dihati....


Baca Seterusnya......

Wednesday, November 4, 2009

Tahniah buat Teman

7 November bakal berlangsung Final Piala Malaysia yang agak 'hangat'antara Kelantan dan Negeri Sembilan...Pada tarikh ini juga...Dewan Maktab Perguruan Tawau juga akan hangat melangsungkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009...Entri kali ini untuk meraikan teman-teman yang bakal menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SMK Wakuba. ..Tahun ini terdapat 3 calon yang akan menerima anugerah iaitu


Ustaz Badrul


Cikgu Noorhafizan


Encik Mohammad@Jakarullah

Sekalung Tahniah diucapakan daripada crew Wakuba Today...Kejayaan anda kejayaan sekolah jua...Syabas diucapakan...

Jangan lupa belanja cikgu-cikgu makan pada minggu hadapan ya......Silap-silap...Tertulis la pula...hehe..

Baca Seterusnya......

Mari bermain dengan Cermin

Setiap seorang dari kita sentiasa perlukan cermin untuk hidupnya sekiranya ingin menikmati hidup lebih bermakna. Cermin yang memantulkan imej jarang sekali kita gunakan untuk melihat objek lain melainkan untuk melihat diri kita sendiri. Ketika di sekolah menengah dahulu, setiap kali hendak ke Masjid Negara untuk solat Jumaat, saya dan rakan-rakan akan melalui sebuah bagunan yang mempunyai cermin. Setiap kali melalui hampir dengannya kami pasti akan mengambil peluang melihat imej kami di dalam cermin tersebut sambil berjalan. Bagaikan satu tindakan luar kawalan, lalu sahaja berhampiran cermin tersebut kami akan melihat pantulan imej kami. Sehinggakan salah seorang kawan saya pernah mencabar untuk cuba tidak melihat pantulan imej di cermin tersebut ketika berjalan hampir dengannya.


Alangkah bagus sekiranya naluri sebegitu turut dapat diaplikasi dalam melihat cermin perjalanan kehidupan ini. Apabila kita melihat cermin, tentu sekali yang ingin dinilai adalah diri kita. Berbeza dengan fungsi periskop yang mana pantulan imej digunakan untuk melihat objek lain. Maka lebih kerap kita menilai kembali diri ini maka lebih jelas apakah tindakan yang diperlukan untuk memperbaiki diri atau keadaan. Kita dapat mengetahui apakah kesilapan yang perlu diubah dan diperbaiki atau perkara yang tepat yang perlu diteruskan. Sheldon Kopp pernah menyatakan:

"All the significant battles are waged within the self"

Hanya dengan menilai kembali diri kita dapat mengenal pasti pertempuran yang terjadi dalam diri. Allah Subhana wa Ta’ala telah pun mengajar kita mengenai konsep menilai kembali diri. Antara ayat al-Qur’an yang menampakkan konsep tersebut adalah firman Allah Subhana wa Ta’ala:


أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُم مُّصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُم مِّثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى

هَـذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِندِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ

شَيْءٍ قَدِي

Dan apabila kamu ditimpa musibah (yakni kekalahan dalam Perang Uhud), padahal (sebelum itu) kamu telahpun memenangi (peperangan) seperti itu sebanyak dua kali ganda (yakni kemenangan dalam Perang Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (musibah) ini?”

Katakanlah: “(Musibah) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Ali Imran 3:165]


CERMIN DIRI DAN MENYELESAIKAN MASALAH


Seorang lelaki dirawat di hospital dan selepas doktor melihat X-ray lelaki tersebut doktor mendapati dia mengidap sejenis penyakit serius. Selepas menunjukkan X-ray tersebut kepada lelaki tersebut, doktor menjelaskan bahawa penyakitnya kronik dan dia perlu melalui pembedahan yang menyakitkan serta mahal untuk menyembuhkannya. Lelaki tersebut pun membalas, “Kalau begitu, berapa harga doktor kenakan untuk touch up X-ray saya tu?”

Apa pandangan anda terhadap sikap lelaki tersebut? Selepas kita cermin-cermin diri dan bermuhasabah, kita boleh mengambil tindakan seperti yang dilakukan lelaki di dalam cerita diatas. Ataupun, kita boleh berhenti menuding ke sana dan ke mari serta berusaha memperbaiki isu yang menjadi punca masalah kita, bermula dengan diri kita sendiri.


Di bilik bawah tanah Westminster Abbey, terlakar di atas kubur seorang Biskop Anglican yang pernah hidup pada abad ke-11 tulisan berikut:

“Ketika aku muda dan imaginasiku bebas tanpa batasan, aku mengimpikan untuk mengubah dunia. Apabila aku semakin dewasa dan lebih bijak, aku menyedari bahawa dunia ini tidak akan berubah. Maka aku cuba melihat lebih dekat dan mengambil keputusan untuk mengubah hanya negaraku. Tetapi, ia juga, kelihatan tidak dapat digerakkan. Apabila aku memasuki penghujung usia, dalam satu cubaan terdesak, aku cuba mengubah hanya keluargaku, mereka yang hampir padaku. Namun tiada yang mahu berubah. Kini, ketika aku terbaring di atas katil menunggu ajal, aku tersedar: Kalaulah aku mengubah diriku dahulu, kemudian dengan menjadi contoh tauladan aku mengubah keluargaku. Daripada inspirasi dan galakkan mereka, aku mungkin bisa mampu untuk menjadikan negaraku lebih baik, dan siapa tahu, aku mungkin akan mengubah dunia.”


Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster