Thursday, May 27, 2010

Cuti da...

Selepas mengharungi peperiksaan selama seminggu...akhirnya penggal yang pertama ini melabuhkan tirainya....Sekarang tibalah masanya untuk semua guru dan belajar berehat selama 3 minggu untuk 'mengecas' semula tenaga supaya mempunyai tenaga yang lebih untuk mengharungi penggal kedua yang lebih mencabar di mana PMR yang 'ditunggu-tunggu' bakal menjelang tiba.... Maka..kami di sini ingin mengucapakn selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar..menjaga diri baik-baik selama 3 minggu ini...buat pelajar Tingkatan 3..walaupun cuti agak panjang...harap semua jangan leka sebaliknya menggunakan 3 minggu ini dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji semula topik-topik yang telah belajar di Tingkatan 1 dan 2...Semoga cuti ini anda semua dapat manfaat dengan sebaik mungkin...buat cikgu-cikgu..selamat balik kampung dan menikamtilah cuti ini di sisi keluarga yang tersayang...

p/s:Minta maaf agak lama tidak mengupdate blog WT...di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru dan yang bakal menjelang tiba...'Selamat Hari Bapa' kepada semau ibu, semua guru dan semua bapa...hehe...3 in 1..blh kan??...




Baca Seterusnya......

Tuesday, April 27, 2010

Dooon't QUiTttt....

Mari baca yang ni....


When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
When the funds are low and the dept are high,
And you want to smile but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest,if you must, but DON’T QUIT

Success is failure turned inside out,
The silver tint of the cloud of doubt,
And you never can tell how close you’re
It may be near when it seems afar.

So, stick to the fight
When you are hardest hit
It’s when things go wrong
THAT YOU MUSTN’T QUIT  

Daripada WT: Poem ini khas untuk semua pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran (juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat...), kuatkan semangat dan  tabahkan hati untuk menghadapi apa jua jenis masalah..dapatkan nasihat atau kata-kata semangat dengan cikgu-cikgu atau kawan yang anda boleh percayai untuk bangkit semula dan seterusnya mencapai kejayaan yang diimpikan...ingat..perjalanan masih jauh...perjuangan masih belum selesai....Dooont Quictttt...


Baca Seterusnya......

Sunday, April 11, 2010

Risalah untuk sang penzina...

Al-Qur'an telah banyak menceritakan berbagai kejadian dan bahaya yang ditimbulkan dari perbuatan maksiat. Cerita tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau lamunan, apalagi cerita bohong untuk sekedar menakut-nakuti manusia, namun ia benar-benar terjadi dan menjadi tragedi bagi umat manusia. Di antaranya adalah :

a) banjir besar yang mencapai puncak gunung pada masa nabi Nuh as yang menjadikan penghuni bumi karam tenggelam,
b) angin puting beliung yang berhembus keras membanting kaum ‘Ad hingga semua mati bagaikan pelepah kurma yang berguguran,
\c) guntur dahsyat yang mematikan kaum Tsamud, hujan batu di negeri Sodom pada kaum nabi Luth yang membinasakan semua penghuninya,
d) awan azab berupa mega naungan yang ketika turun bagaikan api yang membakar kaum Syu’aib, tenggelamnya Fir’aun dan kaumnya di sungai Nil,
e) jeritan suara keras yang menghancurkan orang-orang yang digambarkan dalam surat Yasin.Sekali lagi, semua kisah tersebut benar terjadi. Dan penyebab turunnya azab Allah swt tersebut tidak lain adalah perbuatan dosa dan maksiat sehingga semua menjadi pelajaran bagi umat manusia hingga hari kiamat.

Dalam hadits riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda : „Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya.

Pertama, tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabah dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka.

Kedua, tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa , masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa.

Ketiga, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan.

Keempat, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki.

Kelima, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur'an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antara mereka."

Baca Seterusnya......

Wednesday, March 3, 2010

Kali pertama dalam tahun ni....

Masa berlalu dengan cepat sekali...sekelip mata kita dah menjejaki ke bulan Mac dan bakal mengakhirkan pertengahan penggal yang pertama sesi persekolahan...

Seperti biasa, cuti bakal menjelang tiba pada bulan Mac...tetapi sebelum itu..pelajar-pelajar perlu menghadapi peperiksaan atau ujian untuk pertengahan penggal pertama ini yang juga merupakan peperiksaan yang pertama yang bakal dihadapi oleh mereka pada tahun ini...Guru-guru kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan kertas-kertas soalan...kerani yang dah dapat soalan dengan cikgu-cikgu mula mencetak soalan dan memastikan kertas soalan cukup...pelajar-pelajar pula....pelajar-pelajar pula nampaknya masih agak 'relax' mungkin disebabkan sekolah baru sahaja buka seminggu yang lepas...masing-masing masih dalam 'mood' cuti...maka di sini..kami ingin berseru kepada pelajar-pelajar, bolehlah mula mengorak langkah dan mengulangkaji pelajaran...jangan menunggu 'last minute' baru hendak baca buku... dan juga jangan lupa menjaga kesihatan dan banyak minum air memandangkan cuaca pada kebelakangan agak 'ganas'...akhir sekali...daripada kami...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!!!!
GOOD LUCK!!! 

BARU SAJA BUKA SEKOLAH...DAH NAK CUTI DH RUPANYA...HEHE... 



Baca Seterusnya......

Saturday, February 27, 2010

Bila kita bertemu dgn Si 'S'....

Saban hari..kita akan menghadapi dengan pelbagai masalah. Ada masalah boleh diselesai hanya menggunakan beberapa saat atau minit sahaja dan ada juga masalah yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk selesai...Bila masalah bertimbun, 'Stress' atau tekanan akan datang 'menghantui' kita...Bahaya sekiranya seseorang itu dalam keadaan 'Stress'...Di sini, kami ingin berkongsi 10 cara atau lebih dikenali dengan 10 'B' yang boleh membantu untuk mengurangkan 'Stress'...

1. Bertenang
2. Bernafas dalam
3.Berkata kepada diri sendiri...'relakslah'
4. Beribadat
5. Bercakap dan berkongsi dengan seseorang
6. Berurut
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10. Berfikiran positif

Kepada pelajar yang menghadapi 'Stress' dalam pembelajaran, para pembaca yang menghadapi 'Stress' dalam kerja, keluarga atau hal-hal peribadi, harap cara-cara ini dapat membantu anda semua...Sama-sama kita menghapuskan 'Stress' dalam kehidupan kita...

HIDUP CERIA TANPA STRESS!!!

Maklumat dari: Klinik 1 Malaysia


Baca Seterusnya......

Tuesday, February 9, 2010

Hangat...hangat,...hangat...

Kejohanan olahraga SMK Wakuba sedang dijalankan dengan meriahnya....Sukan Tara yang berlangsung kelmarin (08.02.2010) telah melonjakkan rumah sukan Rafflesia (merah) menduduki tangga teratas dan rumah sukan Morning Glory (Biru) terpaksa akur dengan tempat ke-2...Sunflower (kuning) pula berjaya membaiki prestasi untuk menduduki tempat ke-3 dan Aloe Vera buat masa ini terpaksa menghuni tangga tercorot untuk tempat ke-4...

Dan...sehari kemudian...terdapat sedikit perubahan kedudukan rumah sukan selepas berakhirnya acara padang pada pagi tadi...Keputusan terkini sehingga pukul 12.30pm ada seperti berikut:

1. Morning Glory 224 mata
2. Rafflesia 218 mata
3. Sunflower 207 mata
4. Aloe Vera 188 mata

Nampaknya semua rumah sukan telah memecah kebuntuan untuk mendapat pingat emas pertama pada pagi tadi...Masih mempunyai banyak acara balapan dan pertandingan perbarisan untuk direbut...Hadiah lumayan yang ditawarkan telah mendorong guru-guru dan pelajar-pelajar bertungkus-lumus untuk membuat latihan dan juga persiapan terutama untuk perhiasan dan maskot untuk perbarisan...Adakah Morning Glory akan terus kekal di tangga teratas atau akan dipintas oleh Rafflesia??Atau Sunflower dan Aloe Vera akan membuat kejutan pada saat-saat akhir untuk merampas tempat pertama dan seterusnya dinobatkan johan keseluruhan??Apakah gaya dan maskot yang bakal ditunjukkan oleh pasukan perbarisan yang bertemakan bunga-bungaan pada tahun ini??Segalanya akan dijawab pada 11-02-2010....KEJOHANAN OLAHRAGA SMK WAKUBA 2010.....

Baca Seterusnya......

Saturday, February 6, 2010

Kita No 5.....Syabas semua!!!

Sudah lama tidak mencoret aktiviti sekolah sejak buka sekolah pada awal tahun baru-baru ini...terlalu banyak tugas,aktiviti dan agenda yang perlu diselesaikan pada awal tahun ini...Selama sebulan ini telah berlangsung banyak aktiviti seperti orientasi pelajar Tingkatan 1, Program jati diri, Jamuan Akhir Tahun (yang ditunda), Perkhemahan Orientasi Tingkatan 1, dan yang terbaru merentas desa dan yang akan datang Kejohanan Olahraga SMK Wakuba 2010 sebelum cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar mendapat cuti seminggu sempena Hari Raya Cina,..

Minggu ini terdapat 2 berita yang agak menggembirakan pihak sekolah...seperti yang diketahui di sini, keputusan PMR SMK Wakuba pada tahun 2009 agak memberangsangkan...semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris meningkat dari segi peratus dan GPnya...dan terdapat 2 orang pelajar iaitu saudara Hafizh dan saudara Kaderi mendapat 8A dan 3 orang pelajar iaitu saudara Habibi, saudara Fajrul dan saudari Norazurin mendapat 7A....Hasil daripada kecemerlangan mereka itu, minggu ini mereka berlima 'dihadiahkan' satu 'hadiah' yang agak menarik iaitu mereka telah mendapt 'tiket' untuk belajar di MRSM Tawau...boleh dikatakan SMK Wakuba mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah kali pertama SMK Wakuba dapat menghantar sebanyak 5 orang wakil untuk masuk ke MRSM...harap mereka dapat mengekalkan rentak kecemerlangan untuk terus mencapai kejayaan di MRSM nanti...kredit juga seharusnya diberikan kepada cikgu-cikgu yang bertungkus-lumus menguruslan segala pemohanan, permintaan, penyemakan dan pengurusan mereka sehingga memastikan kecemerlangan mereka tidak disia-sia untuk mendapat tempat di MRSM yang sesungguhnya diidamkan oleh banyak pelajar.

Satu lagi berita yang baik juga berkait rapat dengan keputusan PMR baru-baru ini....Seperti yang sedia maklum...setiap sekolah kini mempunyai ranking masing-masing...begitu juga dengan SMK Wakuba...Kedudukan terkini SMK Wakuba adalah nombor....................................... 5 dalam kalangan puluhan sekolah yang berada di Tawau ini...dan lebih membanggakan, SMK Wakuba yang merupakan sekolah luar bandar yang kecil mampu mengatasi banyak sekolah yang berada di bandar...Pujian harus diberikan kepada semua warga SMK Wakuba terutama cikgu-cikgu yang mengajar Tingkatan 3 kerana kerja keras mereka selama ini untuk memastikan pelajar medapat keputusan yang cemerlang dalam PMR nampaknya mula berhasil berdasarkan ranking yang diumukan baru-baru ini...Syabas dan tahniah diucapakan...

Minggu depan bakal berlangsung sukan tara dan Kejohanan Olahraga SMK WAKUBA 2010...harap semua pelajar bersedia untuk mencurah tenaga untuk memastikan rumah sukan masing-masing mencatat kemenangan....Guru-guru pula perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjayakan kejohanan olahraga pada tahun ini...Setelah selesai acara merentas desa pagi tadi...kedudukan terkini rumah-rumah sukan adalah seperti berikut:

1. Morning Glory (Biru)
2. Rafflesia (Merah)
3. Aloe Vera (Hijau)
4. Sunflower (Kuning)

Tahniah buat rumah sukan 'Morning Glory' yang berjaya menghuni tanggan teratas carta...
Semoga kejohanan olaharaga yang akan berlangsung nanti dapat dilaksanakan dengan jayanya....


Baca Seterusnya......

Saturday, January 30, 2010

2010---TIGER


Ramalan mengatakan Tahun Harimau yang berelemenkan logam akan mengundang suasana 'keras' dan sukar untuk menghadapinya.

Dari 12 ikon haiwan yang ada, harimau yang terkenal ganas, mudah marah dan tiada rasa takut terhadap lawan. Ia sering melakukan serangan yang membabi-buta demi melampiaskan hasratnya.
Peramal menyatakan, Tahun Harimau merupakan tahun yang mengalami berbagai masalah besar dan banyak terjadi persaingan yang tidak sihat, baik di bidang ekonomi, politik dan hukum alam. Siapa pandai, dia selamat.
Di bidang ekonomi, manusia akan mengejar wang, walau dengan cara curang. Berhati-hatilah kerana segalanya seperti tiada kepastian kerana ia didorong atas dasar mengejar nikmat semata. Dinasihatkan agar tidak melakukan bisnes yang banyak spekulasi, sebaliknya sentiasa bersyukur. Kesulitan ekonomi akan semakin terasa. Jenayah berleluasa.
Dikhabarkan, pada Tahun Harimau ini juga keadaan politik semakin panas. Cantas mencantas menjadi amalan. Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh serta kemalangan pengangkutan menelan korban yang ramai.
Adalah diharapkan agar di tahun 2010 ini, kita banyak melakukan kegiatan kerohanian dan keagmaan kerana Allah satu-satunya pelindung kita dan segalanya ditentukan olehNya. Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Jika ada kecelakaan, ada juga nikmat di sebaliknya.

Selamat menelusuri Tahun Harimau

Baca Seterusnya......

Tuesday, January 12, 2010

Erti seoarng KAWAN

Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita
Ambilah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia
ketawa
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita
sangka
Disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu......tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Baca Seterusnya......

Sunday, January 10, 2010

Untuk Renungan Bersama

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah. Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita.. Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah. Adakah betul kita kalah. Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '. Hari ini.Kita tidak kalah. Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya. DARI JINGGO kadang2 ada suaranya yang begini TERIMA KASIH KERANA AKU DI GAGALKAN terima kasih kerana aku dipayahkan terima kasih kerana aku ' di gelapkan ' seketika. PADA SAYA kehidupan ini hanya satu pusingan. kita mendapat apa yang kita telah ' bayar ' untuk mendapat apa seterusnya ADA HARGANYA. kredit untuk : Jinggo

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster