Saturday, February 27, 2010

Bila kita bertemu dgn Si 'S'....

Saban hari..kita akan menghadapi dengan pelbagai masalah. Ada masalah boleh diselesai hanya menggunakan beberapa saat atau minit sahaja dan ada juga masalah yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk selesai...Bila masalah bertimbun, 'Stress' atau tekanan akan datang 'menghantui' kita...Bahaya sekiranya seseorang itu dalam keadaan 'Stress'...Di sini, kami ingin berkongsi 10 cara atau lebih dikenali dengan 10 'B' yang boleh membantu untuk mengurangkan 'Stress'...

1. Bertenang
2. Bernafas dalam
3.Berkata kepada diri sendiri...'relakslah'
4. Beribadat
5. Bercakap dan berkongsi dengan seseorang
6. Berurut
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10. Berfikiran positif

Kepada pelajar yang menghadapi 'Stress' dalam pembelajaran, para pembaca yang menghadapi 'Stress' dalam kerja, keluarga atau hal-hal peribadi, harap cara-cara ini dapat membantu anda semua...Sama-sama kita menghapuskan 'Stress' dalam kehidupan kita...

HIDUP CERIA TANPA STRESS!!!

Maklumat dari: Klinik 1 Malaysia


Baca Seterusnya......

Tuesday, February 9, 2010

Hangat...hangat,...hangat...

Kejohanan olahraga SMK Wakuba sedang dijalankan dengan meriahnya....Sukan Tara yang berlangsung kelmarin (08.02.2010) telah melonjakkan rumah sukan Rafflesia (merah) menduduki tangga teratas dan rumah sukan Morning Glory (Biru) terpaksa akur dengan tempat ke-2...Sunflower (kuning) pula berjaya membaiki prestasi untuk menduduki tempat ke-3 dan Aloe Vera buat masa ini terpaksa menghuni tangga tercorot untuk tempat ke-4...

Dan...sehari kemudian...terdapat sedikit perubahan kedudukan rumah sukan selepas berakhirnya acara padang pada pagi tadi...Keputusan terkini sehingga pukul 12.30pm ada seperti berikut:

1. Morning Glory 224 mata
2. Rafflesia 218 mata
3. Sunflower 207 mata
4. Aloe Vera 188 mata

Nampaknya semua rumah sukan telah memecah kebuntuan untuk mendapat pingat emas pertama pada pagi tadi...Masih mempunyai banyak acara balapan dan pertandingan perbarisan untuk direbut...Hadiah lumayan yang ditawarkan telah mendorong guru-guru dan pelajar-pelajar bertungkus-lumus untuk membuat latihan dan juga persiapan terutama untuk perhiasan dan maskot untuk perbarisan...Adakah Morning Glory akan terus kekal di tangga teratas atau akan dipintas oleh Rafflesia??Atau Sunflower dan Aloe Vera akan membuat kejutan pada saat-saat akhir untuk merampas tempat pertama dan seterusnya dinobatkan johan keseluruhan??Apakah gaya dan maskot yang bakal ditunjukkan oleh pasukan perbarisan yang bertemakan bunga-bungaan pada tahun ini??Segalanya akan dijawab pada 11-02-2010....KEJOHANAN OLAHRAGA SMK WAKUBA 2010.....

Baca Seterusnya......

Saturday, February 6, 2010

Kita No 5.....Syabas semua!!!

Sudah lama tidak mencoret aktiviti sekolah sejak buka sekolah pada awal tahun baru-baru ini...terlalu banyak tugas,aktiviti dan agenda yang perlu diselesaikan pada awal tahun ini...Selama sebulan ini telah berlangsung banyak aktiviti seperti orientasi pelajar Tingkatan 1, Program jati diri, Jamuan Akhir Tahun (yang ditunda), Perkhemahan Orientasi Tingkatan 1, dan yang terbaru merentas desa dan yang akan datang Kejohanan Olahraga SMK Wakuba 2010 sebelum cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar mendapat cuti seminggu sempena Hari Raya Cina,..

Minggu ini terdapat 2 berita yang agak menggembirakan pihak sekolah...seperti yang diketahui di sini, keputusan PMR SMK Wakuba pada tahun 2009 agak memberangsangkan...semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris meningkat dari segi peratus dan GPnya...dan terdapat 2 orang pelajar iaitu saudara Hafizh dan saudara Kaderi mendapat 8A dan 3 orang pelajar iaitu saudara Habibi, saudara Fajrul dan saudari Norazurin mendapat 7A....Hasil daripada kecemerlangan mereka itu, minggu ini mereka berlima 'dihadiahkan' satu 'hadiah' yang agak menarik iaitu mereka telah mendapt 'tiket' untuk belajar di MRSM Tawau...boleh dikatakan SMK Wakuba mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana inilah kali pertama SMK Wakuba dapat menghantar sebanyak 5 orang wakil untuk masuk ke MRSM...harap mereka dapat mengekalkan rentak kecemerlangan untuk terus mencapai kejayaan di MRSM nanti...kredit juga seharusnya diberikan kepada cikgu-cikgu yang bertungkus-lumus menguruslan segala pemohanan, permintaan, penyemakan dan pengurusan mereka sehingga memastikan kecemerlangan mereka tidak disia-sia untuk mendapat tempat di MRSM yang sesungguhnya diidamkan oleh banyak pelajar.

Satu lagi berita yang baik juga berkait rapat dengan keputusan PMR baru-baru ini....Seperti yang sedia maklum...setiap sekolah kini mempunyai ranking masing-masing...begitu juga dengan SMK Wakuba...Kedudukan terkini SMK Wakuba adalah nombor....................................... 5 dalam kalangan puluhan sekolah yang berada di Tawau ini...dan lebih membanggakan, SMK Wakuba yang merupakan sekolah luar bandar yang kecil mampu mengatasi banyak sekolah yang berada di bandar...Pujian harus diberikan kepada semua warga SMK Wakuba terutama cikgu-cikgu yang mengajar Tingkatan 3 kerana kerja keras mereka selama ini untuk memastikan pelajar medapat keputusan yang cemerlang dalam PMR nampaknya mula berhasil berdasarkan ranking yang diumukan baru-baru ini...Syabas dan tahniah diucapakan...

Minggu depan bakal berlangsung sukan tara dan Kejohanan Olahraga SMK WAKUBA 2010...harap semua pelajar bersedia untuk mencurah tenaga untuk memastikan rumah sukan masing-masing mencatat kemenangan....Guru-guru pula perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjayakan kejohanan olahraga pada tahun ini...Setelah selesai acara merentas desa pagi tadi...kedudukan terkini rumah-rumah sukan adalah seperti berikut:

1. Morning Glory (Biru)
2. Rafflesia (Merah)
3. Aloe Vera (Hijau)
4. Sunflower (Kuning)

Tahniah buat rumah sukan 'Morning Glory' yang berjaya menghuni tanggan teratas carta...
Semoga kejohanan olaharaga yang akan berlangsung nanti dapat dilaksanakan dengan jayanya....


Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster