Tuesday, February 9, 2010

Hangat...hangat,...hangat...

Kejohanan olahraga SMK Wakuba sedang dijalankan dengan meriahnya....Sukan Tara yang berlangsung kelmarin (08.02.2010) telah melonjakkan rumah sukan Rafflesia (merah) menduduki tangga teratas dan rumah sukan Morning Glory (Biru) terpaksa akur dengan tempat ke-2...Sunflower (kuning) pula berjaya membaiki prestasi untuk menduduki tempat ke-3 dan Aloe Vera buat masa ini terpaksa menghuni tangga tercorot untuk tempat ke-4...

Dan...sehari kemudian...terdapat sedikit perubahan kedudukan rumah sukan selepas berakhirnya acara padang pada pagi tadi...Keputusan terkini sehingga pukul 12.30pm ada seperti berikut:

1. Morning Glory 224 mata
2. Rafflesia 218 mata
3. Sunflower 207 mata
4. Aloe Vera 188 mata

Nampaknya semua rumah sukan telah memecah kebuntuan untuk mendapat pingat emas pertama pada pagi tadi...Masih mempunyai banyak acara balapan dan pertandingan perbarisan untuk direbut...Hadiah lumayan yang ditawarkan telah mendorong guru-guru dan pelajar-pelajar bertungkus-lumus untuk membuat latihan dan juga persiapan terutama untuk perhiasan dan maskot untuk perbarisan...Adakah Morning Glory akan terus kekal di tangga teratas atau akan dipintas oleh Rafflesia??Atau Sunflower dan Aloe Vera akan membuat kejutan pada saat-saat akhir untuk merampas tempat pertama dan seterusnya dinobatkan johan keseluruhan??Apakah gaya dan maskot yang bakal ditunjukkan oleh pasukan perbarisan yang bertemakan bunga-bungaan pada tahun ini??Segalanya akan dijawab pada 11-02-2010....KEJOHANAN OLAHRAGA SMK WAKUBA 2010.....

0 comments:

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster