Monday, August 31, 2009

Malaysia dh 52 Tahun...!!!



Hari ini 31 Ogos 2009…Hari Jadi Negara Malaysia yang ke-52..tua sudah rupanya Malaysia ni..haha..Dh 52 tahun Malaysia merdeka..macam2 reformasi dan perubahan telah berlaku..tp tahun ini entah kenapa..terasa sambutan agak dingin (pandangan penulis semata-mata)..tiada lagi saya nampak kereta yang banyak memasang bendera…jarang ada kedai yang memasang bendera yang di kedainya…jarang Nampak kedai runcit yang jual bendera yang ada gula-gula tu….terasa dingiin sangat sambutan…Sebab apa??Ada org kata ramai yg sibuk untuk membuat sambutan..ada yg kata mungkin sebab H1N1..rakyat dh xde mood nk sambut…mungkin juga..tp ada terbaca paper kelmarin..yg amat terasa pada tahun ni adalah tiada lagi iklan atau filem pendek sambuatan kemerdekaan yang dibikin oleh Yasmin Ahmad…Yakan??

Saya x kenal Yasmin Ahmad sebelum ini (sebab saya susah nk kenal nama org..hehe.)…Cuma selepas beliau meninggalkan kita..baru saya tahu rupa-rupaya iklan kemerdekaan yang saya suka tgk sebelum ini adalah hasil drpd beliau..Memang saya suka dan minat iklan yang dibikin oleh beliau…Dalam iklan tiada perbezaan kaum, agama, semua hidup aaman damai..saling tolong-menolong..bukan ke itu yg kita mahu??Mungkin ya bg sesetgh pihak..mungkin juga tidak untuk yang segelintir…tp apa2 pun..iklan yang dibikin oleh beliau masih terbayang2 dlm fikiran dan lantaran itu, saya cari di Youtube untuk melihat hasil karyanya semula….rasa best pula time kemerdekaan mengimbas semula semua iklan kemerdekaan yang sebelum2 ini..

Bateri laptop dh nk habis..Di sini ingin mengucapakn selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua pembaca blog kami n semua rakan…Terasa amat bangga jadi rakyat Malaysia..Hope peace Always No War…Kalo rasa free xde kerja ..apa kata kita buka youtube n imbas kembali iklan2 kemerdekaan Yasmin Ahmad…terasa juga menyambut kemerdekaan kan…Tidak lupa juga kepada semua guru dan pelajar..Welcome back to school dan berusahalah untuk penggal yang terakhir ini…Kami doakan kejayaan semua…


P/s:Menyambut kemerdekaan di KLIA dengan tgk Youtube..Selamat Hari Jadi MalaysiA…

Baca Seterusnya......

Thursday, August 27, 2009

Tahniah buat 'Cikguwakuba'

Tadi terima mesej yg berbunyi begini:

“Ahmad Adam Najmi da selamat dilahirkan tepat jam 9.30 m;m td”

Mesej dr ‘cikguwakuba’…rupa-rupanya ‘cikguwakuba’ telah menimang cahaya mata yang pertamanya pada bulan yang mulia ini…Sekalung tahniah dr Crew Wakubakini dan semua guru SMK Wakuba buat ‘cikguwakuba’… Semoga beliau menjadi ayah yang cemerlang dan mantap…Tahniah sekali lagi…(Mesti beliau gembira sampai tidak boleh tidur malam ni....)

p/s: Memandangkan‘cikguwakuba’ sibuk menjaga anak, soalan-soalan trial akan diuruskan oleh crew lain..harap para blogger yang meminta soalan dtglah kunjung ke blog kami selalu, kami akan uploadkan sebyk yg boleh apabila dapat soalan2 dari negeri lain nanti…Untuk pengetahuan, ada sesetengah negeri belum habis trial..perlu tunggu buka sekolah nanti baru boleh dapat..Jadi..Sabar ya..kami akan upload secepat yang mungkin apb dpt nanti untuk memudahkan semua guru dan pelajar dpt membuat persiapan sebelum ujian sebenar tiba..Kami Crew Wakubakini sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dtg mengunjung ke blog kami…Harap pertukaran ilmu kita di alam maya ini kekal sampai bila2…

Baca Seterusnya......

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADAN 1430H


Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)


Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Baca Seterusnya......

Thursday, August 20, 2009

Terpulanglah...Kami harap semua sihat...

Terjumpa dialog yg sebegini…

A: Teruk kan skrg H1N1…Risau betul..aduh…

B: Kenapa risau ko keluar rumah masih x pakai topeng??

A: Tak nak lah..Saya tgk x ramai lg yg pakai..lgpun hodohlah kalau pakai..Segan saya..

B:Eh, ko ni x syg nyawa ke??ke tunggu kena baru nk pakai??Ha, time tu la baru ko nk takut ini la itu la..

A: Yalah..nant la saya g beli (baru nk beli???)..Tpkan kalo kena saya pun x berani nk g hospital…

B: Napa pula???

A: Yalah..nant kita syak kita kena jangkit…rupanya tidak..then g hospital nant x pasal2 pula kena jangkit dgn org yg dh kena..bukan ke cari pasal?????

B: Eh, x boleh pula kita cakap begitu..kan kalo dh ada simpton kena g juga hospital..kalo x mcm mn kita nk check…mana lg ko nk pg..nk tunggu mati je??lgpun kalo xde hospital…mcm mn ada pesakit yg dh berjangkit tetapi boleh sembuh…Cuma kalo dh ada simpton2 semua tu…nk x nk ko kena g hospital…pakailah topeng…

A: Ha??…pakai topeng lagi…aduh…harap2 la aku x kena….x Best la kalo pakai tiopeng…

B: Suka hati ko lah…Nk pakai ke x nk pakai itu hak ko…Saya hanya menasihat ja…

A: Yalah yalah…nant la..nant la…..

B:………………………………..

p/s:liat betul nk pakai topeng Si A ni..semata-mata nk CANTEKKK…..INGATLAH…virus di mana2 saja..jgn kita lalai…kita harap semua sihat2 belaka!!!

Baca Seterusnya......

Wednesday, August 19, 2009

TAWARAN LUAR BIASA SEMPENA RAMADAN 1430H

Baca Seterusnya......

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm

Baca Seterusnya......

Tuesday, August 11, 2009

Melihat 'The Biggest Loser'




Slps sibuk dgn peperiksaan pelajar, akhirnya sempat juga untuk menulis entri yg agak santai ckt…hari ni nk kongsi dgn para pembaca tentang program yang penulis agak kagum iaitu The Biggest Loser yang ditayangkan di ASTRO skrg.em.. sejak ada TV ni..penulis boleh dikatakan mengikut setiap episode yang ditayangkan. Kebetulan hari ni merupakan Finale, jadi teringin pula berkongsi pandangan tentang program ini dgn para pembaca.

Pada pandangan penulis, program ini sgt bermanfaat kpd golongan yang badan besaq-beso. Dengan menawarkan hadiah yang lumayan, ia dpt menarik minat golongan tersebut untuk menyertai program yang memerlukan kesungguhan, kegigihan dan kesabaran untuk berjaya. Sungguh mengagumkan apabila melihat mereka kesemuanya..ya kesemuanya !!! Mereka mampu menurunkan berat bdan sekurang-kurangnya 80 paun setiap org.Lebih mendahsyatkan… ramai antara mereka dapat mencecah penurunan berat badan lebih daripada 100 paun!!!!!Mereka kesemuanya dtg dgn berat badan yang ‘mengagumkan’ kita…tp setelah 4 bulan mereka di dalam program tersebut…perbezaan yg mereka alami adalah begitu ketara…sungguh menakjubkan…Kalo yg gmbr iklan untuk menguruskam badan mungkin kita agak ragu-ragu dan sukar mu percaya, tp yg ini boleh dikatakn kita yg mengikut perkembangan mereka hari demi hari dan kita dapat lihat perbezaanya sendiri…sememangnya mereka perlu diberi penghormatan…

Cuma di sebalik program ini…banyak nilai yang tersirat yang kita boleh peroleh..Kalo sesiapa tidak mampu menghadapi cabaran..ia sememangnya susah untuk memasuki progam tersebut..Peserta perlu gigih dan tabah untuk menghadapi setiap cabaran yang diberikan, perlu rasa tidak putus asa untuk melakukan senaman…perlu bertahan dengan cara pemakanan yang dibekalkan..perlu mengikut arahan jurulatih..dan juga perlu slalu main strategi untuk menang (perlu juga strategi ya kalo nak kurus…).

Sepanjang program tersebut..kita dapt lihat usaha mereka, kegigihan mereka, peluh mereka, air mata mereka..ada kalanya mereka terfikir nk henti separuh jalan sebab x tahan dgn latihan yg diberi, tp demi kesihatan n org yg tersyg..mereka menggigit jari untuk kekal dan terus berusaha…Jurulatih yg selalu memberi dorongan dan galakan patut diberi pujian…walaupun dicaci dan dimarah oleh peserta program (apabila latihan yang diberikan bawah kemampuan peserta)…tetapi mereka tidak peduli dgn cacian tetapi sebaliknya memberikan motivasi dan galakan kepada para peserta untuk melakukan latihan yang boleh dikatakan ‘dahsyat’ itu..jadi..tanpa mereka…sememangnya mereka tidak akan berjaya…

Penulis ingin aplikasi nilai yg tersirat ini dalam proses pembalajaran kita..kita tahu kalo kita ada kemahua dan atas usaha kita..sememngnya perkara yg kita rasa mustahil pun akan jadi kenyataan…Contohnya dalam pembelajaran ….mungkin ada subjek yg kita rasa susah..tp kalo atas usaha kita sendiri hendak belajar.subjek yang susah pun akan jadi senang..tetapi di samping usaha,,jurulatih juga memainkan peranan yg penting.. ‘jurulatih’ dalam proses pembelajaran adalah guru-guru anda, abg2 anda, kakak anda, kawan2 anda, sahabat2 andas ataupun ibu bapa anda. Sepanjang proses pembelajaran, mungkin kita akan rasa putus asa, tp dorongan dan galakan drpd ‘jurulatih-jurulatih’ ini yg akan mengembalikan semangat kita untuk terus kekal dan berjaya..Semua tidak akan terkecuali…termasuk penulis sendiri yg sememangnya mempunyai ‘jurulatih’ tersendiri di setiap peringkat pembelajaran…Jadi morale of the story is…carilah ‘jurulatih’ anda skrg..haha…

Sebagai penutup, selalu penulis terfikir..mungkinkah program sebegini bakal diadakan di Malaysia memandangkan Malaysia antara Negara yang menghadapi maslaah obesity yg serius…alangkah bagusnya kalau semua dpt ikut program yg sebegini dan semua akan jadi sihat2 belaka. Sebelum mengundur diri, penulis sajikan beberapa gmbr peserta The Biggest Loser untuk melihat perbezaan mereka….






Kagum bukan??

Baca Seterusnya......

Ketakutan yang melampau...

Baca Seterusnya......

Monday, August 10, 2009

Tanpa kata....

Jom layan lirik ni...

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengarikau pergi..
pergi..sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Baca Seterusnya......

Sunday, August 9, 2009

Salam Peperiksaan

http://smkpbu.blogspot.com/ - untuk soalan percubaan SPM perlis

http://cikgudin2u.blogspot.com/ - untuk soalan percubaan UPSR 09 Melaka

http://banksoalanguru.blogspot.com/ - blog soalan percubaan UPSR 09 dari pelbagai negeri

Baca Seterusnya......

Saturday, August 8, 2009

Sakit kepala...tak tahu kenapa

Emm..nampaknya perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 3 sudah hampir. Perjuangan mereka menuntut ilmu bersama aku akan nampak hasilnya nanti. Setakat ini segalanya telah diusahakan. Semoga Allah jua merahmati segala usaha kita semua. Memang betul la kata cikgu2 senior, bahawa perjuangan seorang guru bukanlah sekadar datang sekolah, balik, datang, mengajar sahaja. Selagi bergelar guru, selagi itulah tanggungjawab mendidik perlu dilaksanakan. Hari ini pula jumaat 7 ogos 2009,merupakan hari terakhir para pelajarku menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Aku yang merasa getarnya. Getar untuk menyaksikan apa yang mereka terjemahkan dalam peperiksaan ini. Sememangnya peperiksaan kali ini tidaklah menjadi kayu pengukur secara langsung kepada pencapaian pelajar-pelajarku, namun disinilah jua kelemahan yang perlu diatasi dengan tindakan drastik perlu dilakukan. Untukmu para pelajarku..cikgu yakin kamu boleh buat dengan yang terbaik!!! andaikata kau tidak mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan ini, kita aturkan langkah kita untuk sama2 mengapai pelangi nan indah dengan cara yang lebih baik untuk menempuh kegemilangan dalam PEPERIKSAAN PMR nanti. Doa cikgu sentiasa bersama kamu!!!Emm.malam tadi aku dah habis semak kertas 1 dan kertas 2 emm hasilnya walau tak sebaik yang dijangka tapi syukur alhamdulilah...untuk pelajar tingkatan 3 moga berjaya mengapai PELANGI NAN INDAH pada akhir Disember 2009.

Baca Seterusnya......

Wednesday, August 5, 2009

Doa diminta jauhi dari Virus H1N1



dipetik dari blog http://apanakkato.blogspot.com/

Baca Seterusnya......

Monday, August 3, 2009

Ceramah H1N1...



Pada hari Ahad yang lepas, SMK Wakuba telah menganjurkan satu ceramah mengenai H1N1 yang dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan dari daerah Tawau. Difahamkan bahawa ceramah ini diadakan serentak di semua sekolah menengah di daerah Tawau. Ini kerana H1N1 menular dengan cepatnya di daerah Tawau ini sehingga setakat ini 9 sekolah telah diarahkan tutup disebabkan ada pelajar positive H1N1..Lantas, ceramah ini boleh dikatakan tepat pada masanya untuk menyedari dan mengingatkan ibu bapa dan guru-guru untuk membuat langkah menjaga-jaga supaya lebih berhati-hati menghadapi dengan wabak ini.




Seramai lebih kurang 60 orang ibu bapa yang datang untuk mendengar ceramah ini. Ceramah ini dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada pengetua sekolah.Kemudian ceramah ini disampaikan oleh En Yusri dan pembantunya. Pelbagai info telah dikongsikan oleh beliau, antaranya



perbezaan antara demam biasa dengan simtom H1N1,


cara membasuh tangan dan cara membatuk dan membersin dengan betul



cara memakai topeng atau 'mask' dan langkah berjaga-jaga.



Sesi soal jawab pula diadakan dengan begitu hangat sekali dengan ibu bapa banyak menyoal soalan supaya mendapat info yang lebih banyak terutama di kawasan luar bandar yang serba kekurangan kemudahan ini. En Yusri juga berpesan agar semua warga jangan panik dengan wabak ini tetapi mengambil langkah yang betul untuk mendapatkan rawatan.

Ceramah ini tamat pada pukul 10.00am dan mengharap semua info berguna ini dapat membantu para ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik.Diharap wabak ini tidak akan 'berkunjung' ke sekolah ini dan sekolah lain lagi. Para pelajar juga diseru agar berhati-hati dan menjaga kebersihan diri serta jangan keluar rumah atau ke bandar sekiranya tiada urusan penting. Diharapkan semua dalam keadaan sihat walafiat dan menjaga diri baik-baik.


Drpd Crew Wakuba Today

Baca Seterusnya......

Menunggu Tibanya Ramadan Al-Mubarak


Sabda Rasulullah s.a.w:

((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Hadis di atas membayangkan bahawa pada bulan Ramadan terdapat juga golongan yang berpuasa namun mereka tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala kerana mereka berpuasa dalam keadaan jahil atau ketika berpuasa mereka turut melanggar syariat Allah Taala. Justeru bagi memastikan ibadah puasa Ramadan tidak dilalui dengan sia-sia sewajarnyalah kita berusaha membuat persediaan rapi demi memperolehi ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan oleh Allah Taala sepanjang Ramadan.
Berikut adalah beberapa persiapan yang boleh dibuat oleh seorang muslim bagi menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna:

1) Persiapan Diri:

Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan semestinyalah menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. Juga hendaklah mengetahui amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Kita juga hendaklah mengetahui bahawa ketika Ramadhan kita bukan sahaja dituntut menahan lapar dan dahaga tetapi hendaklah juga memelihara aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan dan kelab malam, tidak bersentuhan dengan bukan muhrim, tidak membeli tiket loteri dan berjudi, tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti menonton tv dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak terlibat dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.

Seorang muslim yang akan menempuh bulan Ramadhan sewajarnya menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala.

Cara yang terbaik untuk meningkat ilmu dan kefahaman berkaitan puasa khususnya ialah dengan menghadiri ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang menyentuh tentang persediaan Ramadhan dan ibadah puasa.

Bagi memastikan amalan harian kita lebih teratur dan tersusun sepanjang Ramadhan, kita bolehlah menyusun satu jadual ringkas seperti berikut:

Subuh :
• Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).
• Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.
• Solat Subuh di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.

Pagi:
• Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Solat Sunat Dhuha
• Bekerja seperti biasa.

Tengahari:
• Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.
• Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.
• Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.
• Bekerja seperti biasa.

Petang:
• Solat Asar di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran.
• Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri.
• Bertadarus al-Quran dengan keluarga.
• Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid (bagi lelaki).
• Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).
• Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.

Malam:
• Solat Sunat sebelum Isyak
• Solat Isyak.
• Solat Sunat selepas Isyak.
• Solat Sunat Tarawih.
• Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.
• Tidur awal untuk bangun awal.

Ketika waktu cuti pula sebaiknya dipenuhi dengan amalan beriktikaf di masjid samada seorang diri atau membawa isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Sewajarnya bulan puasa ini dikurangkan aktiviti berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau pusat pelancongan kerana biasanya akan terdedah kepada memandang kepada sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Segala perancangan amalan di atas tidak boleh dilakukan secara mengejut atau tergesa-tergesa, oleh itu kesempatan di bulan Syaaban ini wajar digunakan bagi membiasakan diri dengan amalan-amalan tersebut.

2) Persiapan di Rumah:

Sebagai ketua keluarga seorang bapa adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana iman di rumah ketika bulan khususnya ketika bulan Ramadhan. Isteri dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaatSabda Rasulullah s.a.w:


Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan bilik atau sudut khusus di dalam rumah untuk beribadah. Sediakan al-Quran secukupnya untuk ahli keluarga dan tetapkan waktu untuk solat malam berjamaah atau waktu membaca al-Quran bersama-sama. Sediakan vcd kuliah agama dan dokumentari Islam untuk ditonton ketika waktu lapang. Pastikan ahli keluarga tidak menghabiskan masa di hadapan tv menonton rancangan atau filem yang tidak bermanfaat.

Ketua keluarga juga mestilah memastikan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa benar-benar menutup aurat ketika keluar dari rumah.

Sebelum Ramadhan elok juga diadakan satu taklimat khusus kepada ahli keluarga untuk menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan dan disiplin yang mesti dipatuhi sepanjang Ramadhan.

3) Persiapan di Masjid.

Masjid atau surau adalah tempat tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu ahli jawatankuasa masjid hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk beribadah sepanjang Ramadhan khususnya. Persediaan rapi ini juga wajar dibuat supaya ada ahli jamaah yang datang dapat terus istiqomah berjamaah di masjid walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan Imam yang baik bacaannya untuk mengetuai solat Tarawih kerana ia memainkan peranan penting membangkitkan keseronokan melakukan solat Tarawih. Imam ini juga hendaklah diberi taklimat terlebih dahulu agar membaca al-Quran tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ketika solat Tarawih. Amalan membaca sejuzuk al-Quran satu malam perlulah diukur dengan kesesuaian ahli jamaah. Kerana fenomena yang sering berlaku ialah tempoh yang panjang ketika solat Tarawih menyebabkan ramai makmun yang lari dan meninggalkan jamaah. Begitu juga dengan jumalah rakaat solat Tarawih samada 8 atau 20 hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dan peluang menyampaikan untuk berdakwah.

Di samping itu satu ceramah atau kuliah khusus perlu diadakan sebelum Ramadhan bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa. Manakala di sepanjang bulan Ramadhan hendaklah diatur aktiviti tazkirah 7 ke 10 minit setiap hari selepas 4 rakaat solat Tarawih.Tazkirah ini hendaklah menfokuskan kepada hikmah-hikmah berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahan Islam. Kerana kebanjiran umat Islam di masjid ketika Ramadhan wajar dijadikan peluang menyampaikan mesej dakwah dan menanamkan kefahaman Islam kepada mereka.

Penutup.

Demikianlah beberapa cadangan persiapan yang boleh dilakukan oleh setiap individu muslim bagi memastikan keagungan bulan Ramadhan yang ditempuhi tidak berlalu dengan sia-sia.

Baca Seterusnya......

Bengkel Teknik Menjawab PMR '09



Minggu lepas, SMK Wakuba telah menganjurkan Bengkel teknik menjawab soalan PMR '09.Pelajar-pelajar telah didedahkan teknik untuk menjawab 8 kertas yang bakal diduduki oleh pelajar PMR. Beberapa penceramah dari luar dan dalam sekolah dijemput untuk memberi taklimat untuk bengkel tersebut. Pelajar-pelajar juga didedahkan beberapa soalan ramalan yang diramal oleh penceramah-pemceramah. Diharap pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dibelajar dalam bengkel ini dalam beberapa peperiksaan yang akan datang dan seterusnya menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang bakal menjelang tiba.Semoga maju jaya untuk semua pelajar Tingkatan 3 drpd semua guru n Crew Wakuba Today.

Baca Seterusnya......

Saturday, August 1, 2009

H1N1....masa terbaik untuk menilai semula Diri

SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

PENGALAMAN KE KLINIK

Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.

Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.

Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.

SENARAI PERLU DAN JANGAN

Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.

Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟

Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).

Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد

Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)

Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ

Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)



Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.



Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-



· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.



Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.



2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA



Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.

Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.



Cuba lihat petikan video ini :





3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK



Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.

Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.

Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.

Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.



3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR



Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.

· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.

· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.



Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.



4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.


Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:


Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة

Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.


Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله

Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)



Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.

Akhirnya hayatilah kata nabi ini

عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)

Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Sekian



Dipetik dari website Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster