Tuesday, May 26, 2009

Penghargaan seorg pelajar terhadap guru-gurunya

ApA khabar semua…pelajar-pelajar skrg mesti tgh sibuk menelaah pelajaran menjelang peperiksaan yg hangat diadakan sekrg…Cikgu-cikgu pula mesti tgh sibuk menyemak kertas soalan dgn kadar yg secpt mungkin supaya tidak terbawa kerja ke cuti 2 pertengahan penggal ini kan…apa2pun..harap semua walaupun dlm kesibukan, jgn lupa pula jaga kesihatan ya…

Balik kpd topik kita..nk dijadikan cerita…smlm pemulis telah dibawa oleh ckg wakuba pergi ke satu majlis ‘pertunangan’ la konon…segan juga penulis nk g sbb x dijemputkan…tp dh ckg wakuba nk bawa…so…dgn segan2nya..penulis pun ikut lah juga.. Majlis ‘pertunangan’ ini watak utamanya adalah bekas pelajar sekolah kami tetapi masa tu penulis masih di tingkatan 5 lagi rasanya….tapi pelajar ini sgt rapat dgn ckg wakuba..sbb itu dia jemput ckg wakuba dan ckg wakuba pun bawalah si penulis ni sbg tetamu khas...

Sesampai di sana…wah…bukan meriah tetapi………….sunyinya…mana ada kanopi dan org2 yg biasanya kalo dikatakan majlis pertunangan mesti meriah kan…ini tdk…sunyi sepi ja…mcm ada yg x betul ni…dgn slow2 tmbh confius…penulis pun ikutlah ckg wakuba tu masuk rumah tersebut…x lama kemudian ada lg seorg ckg yg juga merupakan bekas guru pelajar dan kawan kpd ckg wakuba beransur tiba…bila ditanya majlis apa dijemput..ckg itu pula dijemput atas birthday pelajar itu...sudah bertambah confius kedua-dua bekas guru pelajar itu…

Maka kami pun dilayanlah dulu dgn pelbagai hidangan oleh keluarga pelajar itu...diasak bertubi-tubi oleh bekas guru-guru pelajar berkenaan tentang apa tujuan sebenarnya ‘majlis’ mlm ni…pandai juga pelajar ini menggelentong sana sini…haha..sampai 2 org gurunya sambil makan sambil confius…

X lama kemudian, pelajar itu keluar dari dapur dan membawa satu kek dgn hadiah2…????Hari jadi sape ni???semua confuse…rupanya tidak…pelajar ni rupanya hendak menyambut hari guru kpd 2org bekas gurunya itu… Terkejut cikgu2 dibuat olehnya…Yalah..seorg diberitahu majlis tunang, seorg lagi diberitahu majlis hari jadi…siap ckg itu pg bandar cari hadiah utknya…haha…rupa-rupanya pelajar itu nk sambut hari guru terhadap guru2nya..Kalo kata nk sambut hari guru mesti ckg2nya segan nk dtg…jadi dia pun plan la ala2 program WAKENABEB…haha… kena tipu ckg2nya..xpa.. tipu utk niat baik dpt dimaafkan…haha…agak lewat juga kami lepak di sana…yalah..dh lama dia x jmp guru-gurunya…

Di sini, bukan penulis nk ceritakan betapa seronoknya di sana dan betapa sedapnya makanan di sana…Cuma drpd perancangan pelajar tersebut nk jemput gurunya..hidangan, kek dan hadiah yg diberikan oleh pelajar dan keluarga pelajar tersebut…mmg dpt melihat keikhlasan n penghargaan dia terhadap guru-gurunya…seriously…agak susah nk jumpa keadaan pada zaman begini… Nk tahu… pelajar ini dh lama meninggalkan zaman sekolah dan telah menghabiskan diplomannya dan kini sambung belajar di UMS…Dh byk tahun dia meningglkan zaman persekolahanya..tp sempena cuti semester di university ni…dia masih ingat guru-gurunya d cni dan sempat juga meraikan hari guru utk guru-gurunya yg tlh mengajarnya sehingga ke menara gading…walaupun agak lewat sedikit..tetapi keikhlasan dan penghargaannya telah mendorong penulis yg sbg pemerhati pada ‘majlis’ tersebut untuk menuliskan entri ni …Terima kasih juga diucapkan sebab melayan juga tetamu yg tdk diundang ni…

Inilah penghargaan yg boleh dikatakan tidak ternilai…selama hampir 5 bulan penulis di sini..mmg blh nampak perbezaan cara pelajar cni melayan guru2nya….dan juga agak berbeza cara guru cni melayan pelajar… Mmg lain punya mesra dan lain punya rapat…Xpernah lg penulis merasa keadaan sebegitu..mungkin masih byk lg yg perlu diterokai oleh penulis…hehe…

So morale of the story is…..Drpd 'majlis' pelajar itu, dia telah mendorong penulis tidak sabar untuk mengadakan sesi perjumpaan dgn guru-guru penulis pada cuti yg akan dtg ni…Drpd 'majlis' itu jg,dpt lihat d cni…kalau seseorg guru itu ikhlas melayan n mendidik pelajar…sememangnya pelajar itu akan dpt didikan tersebut n berjaya pada masa akan dtg..Akan meraka ingat jasa guru terhadap mereka selama-lamanya, x kira diama jua mereka ada.…Jadi, boleh dikatakan dlm satu 'majlis' yg boleh dikatakan simple…byk implikasi dan input dpt penulis lihat n rasa dari pelbagai sudut…

Baca Seterusnya......

Sunday, May 24, 2009

Tujuh Rahsia Menjadi Ayah Yang Berkesan

Khas untuk kawan-kawan yang sudah menjadi ayah, bakal ayah.......

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.Ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:

i) Bapa yang komited dan bertanggungjawab

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

ii) Kenali anak anda

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

iii) Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

iv) Melindungi, menyara dan mendoakan

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

v) Mencintai ibu mereka

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

vi) Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

vii) Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit

Baca Seterusnya......

Friday, May 22, 2009

Ayah,pulangkan tangan Ita....Ita janji tak buat lagi

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain dikota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya … kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.

Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan, “Tak tahu.”

“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?”, herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata, “Ita buat ayahhh … ..cantik kan?” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.

Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.

Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan bila calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa kononnya mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

“Ita demam … ..,” jawab pembantunya ringkas.

“Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita lena dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap,” kata majikannya itu.

Sampai waktunya , si anak yang longlai di bawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan… ..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang di kenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Ayah … Mama … Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang ayah … sayang mama… ,” katanya berulang kali membuat kan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti… ,” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Ayah … bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil … Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Sayangilah anak kita … janganlah kita mendera mereka …

Baca Seterusnya......

Info Kesihataan...Hati-hati dengan Jantung Anda


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ..Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh jantung.Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 20, 2009

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan


Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetapmerupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat. 8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras. Segala usaha akan diberkati oleh Allah. Segala yang baik pasti ada balasan kebaikan. Insyaallah.

Baca Seterusnya......

Sibuk????

Dh beberapa hari berhenti menulis…nampaknya mula letih??tidak…sebenarnya kami beberapa hari ini agak sibuk…Sibuk apa??biasalah…dh nk cuti kan…sibuk buat soalan, buat skema jawapan…fail-fail PLBS, fail-fail Panitia..bahan-bahan ulangkaji budak2…wah…mmg byklah…kalau pergi bilik guru skrg…mmg mcm berperang tp seronok rasanya…haha..itulah sebabnya kami x blh nk post apa2 untuk blog pada beberapa hari ini…ada ckg dh x sabar nk baca post yang seterusnya…selalu ditanya bila mau ada post baru ni…asyik2 hari2 guru saja…jadi sementara siapkan BRG…sempat juga nk taipkan post ini…hehe

Td baru menguruskan gmbr yg diambik oleh penulis n ckg wakuba tempoh hari…kalo perasan dh ada gmb2 staf2 sekolah ini…Sebenarnya kami hanya sempat ambik gmbr2 beberapa orang guru yang time tu xde kelas ja…yg lain…nk diambik x sempat lg…nanti saya update kan dari semasa ke semasa…jgn marah…ada lagi sebenarnya gmbr2 yg menarik yg kami ambil ari tu…ala yg diambik oleh camaraman professional tu..…cuba sebab ada masalah teknikal yg menyebabkan kami blm dpt uploadkan gmbr2 lagi…sabar ya…

K la…N3 kali ni pendek ckt memandangkan ada keje yg blm siap …sempena peperiksaan ni,,,kami ingin ucapkan slmt menghadapai peperiksaan kepada semua pelajar yg membaca blog kami dan untuk ckg2…rajin2lah semak kertas la sblm bercuti…hehe…K…

Baca Seterusnya......

Friday, May 15, 2009

Hari Guru SMK Wakuba...Slmt Hari Guru




16.05.2009....hari ini merupakan Hari Guru untuk seluruh Malaysia...Hari ni adalah hari untuk insan yang bergelar guru..Semestinya minggu ini dan minggu depan semua sekolah d Malaysia sibuk meraikan hari guru d sekolah masing2...Gmbr2 d atas merupakan sambutan Hari Guru peringkat sekolaH SMK Wakuba...byk aktiviti telah diadakan...Antaranya persembahan drp pelajar, fesyen show, anugerah-anugerah untuk guru-guru dan byk lg...walaupun diganggu oleh bekalan elektrik yang terhenti secars tiba-tiba...tetapi program tetap dpt dijalankan dgn sempurna dan anugerah2 juga mempunyai pemiliknya...Syabas untuk semua yg menjayakan program ini...

Walaupun sambutan dh hbs...tetapi hari ni baru Hari Guru yg betul...d cni penulis ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru SMK Wakuba, pembaca-pembaca yang merupakan guru, atau tugas siapa yg mempunyai haluan n matlamat yg sama dgn guru.Anda semualah pendidik anak bangsa yang murni..xde anda semua...xkan ada juga doktor2, peguam2 yg hebat2..X dilupa juga penulis ingin mengucapkan HARI GURU dan terima kasih kpd semua guru yg pernah mendidik penulis sehingga berada d cni untuk menulis post hari ni...

Pernah seorg guru berkata:'Hadiah terbaik drpd pelajar bukan jam, bukan bunga ataupun jenis hadiah yang mahal...tetapi hadiah yg paling bagus adalah anak-anak didiknya berjaya sama ada dari segi akademik atau dari segi kelakuannya..itu yg ckg2 mahu...x kisahlah ckg bandar, luar bandar, kg,, pedalaman...tetap sama hadiahnya...SELAMAT HARI GURU....

Baca Seterusnya......

Tuesday, May 12, 2009

Emmm..SeLamAT HaRI GuRu.CIKGU-CIKGU



Before 16 th May
Before the battery dies
Before the operators get busy
Before the sms get jam
Let me be the first 2
Wish you....
Happy Teacher's Day

*
*
*
T - ender
E - njoyable
A - dmirable
C - aring
H - onest
E - ncouraging
R - espectable
" Best wishes to you on Teacher's Day"

*
*
*
Dulu DIA pegang rotan
Kau kata DIA garang
Bila DIA lambat
Kau kata DIA malas
Bila DIA marah
Kau kata DIA melampau
Kini kau adalah DIA
"SELAMAT HARI GURU"

*
*
*
Adakala kita dicaci
Adakala kita dimusuhi
Adakala kita dimarahi
Adakala kita tidak dihargai
Tapi
Kita tetap tersenyum pilu
Kita tetap mara melangkah
Kita tetap sabar
Kita tetap jitu & ikhlas
"Selamat Hari Guru"

*
*
*
SWEET sms
to a SWEET teacher
from a SWEET person
for a SWEET reason
at a SWEET time
on a SWEET day
in a SWEET month
and SWEET year.
Have a SWEET TEACHER'S DAY.

Baca Seterusnya......

Untuk Manafaat Bersama

Sempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi dan khusus untuk anak didik cikgu yang berada di tingkatan 3 dan 2 di sini cikgu sediakan beberapa contoh kaedah untuk belajar yang lebih berkesan

Contoh-contoh kaedah belajar:

1. membaca buku dan tulis nota kecil serentak. Sambil baca buku, tulis nota-nota penting dalam kertas. Ayat tidak perlu terlalu panjang. Hanya masukkan perkataan-perkataan penting sahaja. Boleh tulis nota ringkas ini dalam buku kecil atau kertas yang diselit/ distapler ke muka surat berkenaan.

2. tukar nota 2 page kpd 1 pg, kemudian tukar lagi ke 1/4 pg. Caranya, mula-mula buat nota tentang sesuatu topik kecil sebanyak 2 page atau lebih. Masukkan segala maklumat berkaitan dari pelbagai sumber (pelbagai buku atau guru). Kemudian, tulis semula nota yang lebih ringkas daripada nota asal dan kecilkan kepada 1 page sahaja. Lastly, kecilkan lagi! nota tadi sehingga muat 1/4 page sahaja.

3. study guna buku kerja/ set soalan shj. Cari buku kerja (sama ada topikal atau set soalan) di pasaran dan jawab semua soalan. Bincang dgn guru atau rakan jika ada soalan yang tidak dapat dijawab. Boleh rujuk buku dan jawapan. Habis satu buku, jgn berhenti! Sebaliknya cari lagi buku kerja/ set soalan dari keluaran lain pula dan jawab semua. Kaedah ini sesuai utk mereka yang malas baca buku dan mudah mengantuk semasa membaca!

4. jadi cikgu. Terpulang kepada anda sama ada lakukan kaedah ini dgn rakan atau bersendirian. Yg penting ada whiteboard/ blackboard kat bilik study. First, baca dulu satu-satu topik dan fahamkan. Then, terangkan semula topik itu menggunakan whiteboard. Kaedah ini sgt sesuai utk study maths!

5. kongsi study ngn kwn. Cari 2 atau 3 org kawan lagi. Suruh mereka pilih topik dan study topik itu sendiri. Jangan bagi topik yang terlalu besar! Kemudian, bergilir-gilir terangkan semula topik masing-masing. Sediakan juga soalan (cari dlm buku) utk dibincangkan bersama.

6. rakam cikgu mengajar. Jika anda ada walkman (kaset) dan perakam, rakam semua maklumat yang cikgu ajar dlm kelas. Pulang ke rumah dan ulang-dengar sambil mencatat isi-isi penting/ nota. Untuk pengetahuan, 40 - 60% yang diperkatakan oleh guru dlm kls tidak ada dlm buku. Oleh itu, kaedah ini sgt sesuai terutamanya jika anda ada guru yang suka memberi penerangan yang panjang dan jelas tentang topik yang diajar. Ingat! Buku teks/ rujukan hanya memuatkan isi penting shj!

7. study sambil berjalan. Mungkin anda rasa pelik. Macam mana nak study sambil belajar ya?! Jika anda ada ruang yang luas di rumah atau di sekitar rumah, gunakan peluang itu untuk membaca/ study/ hafal sambil berjalan perlahan-lahan.Jgn beri tumpuan selain kpd nota yang dibaca shj. Walaubagaimanapun, anda mesti sudah biasa dgn tmp tersebut supaya tidak berlaku sebarang masalah. Kaedah ini sebenarnya sangat berkesan. Kalau tak percaya, cubalah!!

8. tampal nota pd dinding. Sambil study, buat nota ringkas menggunakan kertas putih atau yang berwarna lembut (pale yellow, pale blue, pale pink, pale green) dan tulis guna marker atau magic pen. Gunakan hanya 2 atau 3 jenis warna shj pada setiap page. Tampal nota-nota ini ke dinding tempat ada study. Baca nota-nota yg tertampal ini selalu. Paling sesuai utk nota ringkas atau berbentuk peta minda. Gunakan saiz tulisan yang lebih besar agar mudah dibaca. Kaedah ini sgt sesuai utk hafal formula maths.

9. tukar nota kpd btk lagu. Jika anda peminat muzik, gunakan kebolehan anda ini utk menukar lirik lagu kpd nota. Nyanyikan selalu sehingga anda terhafal dgn sendirinya.

10. baca buku + jwb soalan. Setiap kali anda baca topik kecil, sesudahnya anda akhiri dgn mencari pelbagai soalan berkaitan dgn topik tersebut. Kemudian, baca lagi topik kecil yang lain dan akhirnya cuba jawab semua soalan yang berkenaan dgn topik itu. Begitulah ia diulang-ulang selalu.

11. ulang latihan yang sama. Setiap hari, jawab soalan dari buku kerja atau buku set soalan tanpa menanda pada buku tersebut. Seminggu atau 2 minggu kemudian, jawab semula semua soalan yang sama. Ulang seberapa banyak yang dapat. Contohnya, pada hari pertama anda jawab latihan di m/s 1. Esoknya, di m/s 2. Lusa pula, di m/s 3. Masuk hari ke-8, anda jawab semula soalan dari m/s 1 hingga 7.


Sebenarnya, ada lagi kaedah-kaedah lain utk study. InsyaALLAH, cikgu akan masukkan ia dlm posting akan dtg.

Perlu diingat, utk anda benar-benar dikatakan "STUDY", ada formula utk diikuti. Iaitu:

STUDY = HAFAL + FAHAM



Jika anda tidak dapat ikuti formula ini, anda belum betul-betul "STUDY"!! Anda mungkin hanya sekadar baca buku (macam baca buku novel) atau buat kerja rumah. Apa yang anda pelajari tidak akan mudah lekat dalam jiwa. Oleh itu, anda mesti HAFAL dan FAHAM! Barulah kemudiannya, anda akan dapat menguasai topik yang sedang anda study itu.

Cikgu selalu katakan pada pelajar-pelajar cikgu: "Macam mana anda boleh membaca? Adakah lahir sahaja ke dunia atau masuk sahaja ke sekolah, anda terus boleh membaca??"

Semuanya bermula dengan anda menghafal A hingga Z. Betul tak?

Ketika itu, anda fahamkah apa itu "A"? Kenapa lepas "A" ada "B", bukan "C"? Ada atau tidak sesiapa yang menerangkan kpd anda kenapa lepas "A" ada "B"? - Tiada siapapun kan! KECUALI, anda ada bertanya soalan seperti ini!! Itupun, mungkin ramai yg fed-up ngn anda yg 'byk tanya' itu :-D


Utk study, kita memang perlu menghafal dan kemudian barulah kita cari jawapan utk fahamkan. Itupun, bukan semua perkara perlu anda faham!

Untuk HAFAL, ia datangnya dari usaha anda sendiri. Manakala, utk FAHAM, anda perlu sering bertanya guru dan berbincang dgn rakan-rakan.


Baca Seterusnya......

Monday, May 11, 2009

Baby, Perangai dan Bulan




Ha...ari ni dpt satu mesej drpd kawan...best juga mesej ni...so nk kongsi kepada semua pembaca...terutamanya kepada cikgu-cikgu atau kawan2 yg bakal menimang cahaya mata...blh juga tau perangai anak2 berdasarkan bulan lahirnya...byk yg ckp agak tepat jugalah...saya pun rasa begitu...so...terpulang kpd semua pembaca nk percaya ke tdk...utk sebagai rujukan sahaja...Jom tgk....



Which Baby Are You?
Identify your personality by the baby/month you were born in. It's quite truthful.

January Babies
Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt. Sensitive. Down-to-Earth. Stubborn. Repost this in 5 mins and you will meet someone new in 8 days that will perfectly balance your personality.

February Babies
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. Sexiest out of everyone. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest And loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Horny. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions. Repost this in 5 mins and you will talk to someone new and realize that you are a perfect match.

March Babies
Attractive personality. Sexy. Affectionate Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Great kisser. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others. If you repost this in the next 5 mins, you will meet your new love in 8 days.

April Babies
Suave and compromising. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed.. Loyal. Does work well with others. Very confidant. Sensitive. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory.. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing.. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and travelling. Systematic. Hot but has brains. If you repost this in 5 mins, a cutie that's caught your eye will introduce themselves and you will realize that you are very much alike in the next 2 days.

May Babies
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled.. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. Not having many children. Hardworking. High-spirited.. If you repost this in the next 5 minutes, you will become close to someone you do not speak too much in the next 4 days.

June Babies
You've got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have an a very attractive partner. a wicked hottie. It is also more than likely that you have a massive record collection. You have a great choice in films, and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you've got the looks for it! IN the next 6 days you will meet someone that may possibly become one of your closest friends, if you repost this in 5 minutes.

July Babies
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times. Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be l oved. Easily hurt but takes long to recover. Repost this in the next 5 mins and your reputation will boost someway in the next 12 days.

August Babies
Outgoing personality. takes risks. feeds on attention. No self-control. Kind hearted. Self-confident. Loud and boisterous. VERY revengeful.. Easy to get along with and talk to. Has an 'everything's peachy' attitude Likes talking and singing. Loves music. Daydreamer. Easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. Loves to be loved. Hates studying. in need of 'that someone'. Longs for freedom. Rebellious when withheld or restricted. Lives by 'no pain no gain' caring. Always a suspect. Playful. Mysterious. 'charming' or 'beautiful' to everyone.. stubborn. curious. Independent. Strong willed. A fighter. Repost in 5 mins and you will meet the love of your life sometime next month.

September Babies
Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people's problems. Brave and fearless.. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand. If you do not repost this in the next 5 mins, someone very close to you will become mad at you in the next 8 days.

October Babies
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions. Unpredictable. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all. Repost this in 5 mins or you will not meet the love of your life for 10 years.

November Babies
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun. Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive.. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, the greatest men are born in this month. If you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind. Repost in 5 mins & you will excel in a major event coming up sometime this month.

December Babies
This straight-up means you are the most good-looking person possible... Better than all of these other months! Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand.. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind.. Hesitating tends to delay. Choosy and always wants the best. Temperamental.. Funny and humorous. Loves to joke. Good debating skills. Has that someone always on his/her mind. Talkative. Daydreamer. Friendly. Knows how to make friends. Abiding. Able to show character. One guy/girl kind of person. Loveable. Easily hurt. Prone to getting colds. Loves music. Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt. Sensitive. [A hot new guy/girl will catch your eye & you will catch theirs too in the next 6 days, if you repost in 5 min.


Habis...xde yg bulan ke-13 kan...hehe...s0...apa mcm...ada yg betul ka...senang mau dididik kalo dh tau mcm mn perangai baby kan..ini sebagai rujukan saja...k..Hope blh jadi panduan la...

Baca Seterusnya......

My Friend, Don't Cry



My friend, don't cry
Do you still remember
The big blue sky?
The sky that is
full with hopes
full with peace
full with love

My friend, don't be sad
Life's full of challenges
Face it bravely
The only thing that we can do
Is just to look forward
Let's walk together
Hand in hand
Whenever it is
Wherever we are
Our hearts will still be joined

My friend, stand up
and wipe your tears
off your face
Do you still remember?
Yesterday is history
today is a gift
and tomorrow is a hope

Just forget what had passed
And look forwards
Let's work hardly together
And challenge yourself
to achieve everything that you wish
Your bright future is waiting for you!

Baca Seterusnya......

Sunday, May 10, 2009

Meniru Itu Menipu!!!!!!


Mengapalah anak-anak muridku ini suka sangat meniru dalam peperiksaan. Tidak sah sesuatu peperiksaan itu kalau tak meniru. Kalau tidak meniru rakan sebelah-menyebelah, mereka meniru daripada kertas-kertas nota yang sengaja dibawa masuk ke bilik peperiksaan. Pantang guru menundukkan kepala, maka berpusinglah kepala mereka sehingga 360 darjah menjenguk jawapan rakan-rakan. Tertekan juga aku dibuatnya berhadapan dengan anak-anak murid kaki meniru ini. Mungkin salah satu sebab guru mengalami tekanan mental (a.k.a gila) agak-agaknya kerana kelakuan pelajar yang sangat suka meniru ni. Sekali kena tegur, sekali berhenti, kemudian melakukannya lagi. Yang peliknya, rakan yang ditiru itu, bukannya pelajar yang pandaipun…. 2 X 5 juga. Tertekan ni!!

Apalah gunanya kalau sekadar untuk mendapatkan markah ujian yang tinggi tetapi gagal dalam peperiksaan sebenar. Sesungguhnya, sedarlah anak-anakku, meniru itu menipu namanya, dan hukum menipu sudah pastilah haram dan berdosa sebagai mana hadis yang berbunyi,

“Barang siapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari].

Hadis yang lain, yang bermaksud; “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah baginda, ”Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: “Kena hujan”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Barang siapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)” (Riwayat Muslim,

Baca Seterusnya......

Rindu Yang Tak Terhenti


Rindu yang datang itu entah dari mana. Rindu yang datang itu juga tanpa perlu dipinta dan tanpa mengenal tempat dan masa.
Semua kenangan yang tercipta indah kembali memenuhi setiap ruang fikiran. Satu per satu bermain di minda hingga tanpa disedari, aku kembali mengimbau segala yang manis jua yang pahit yang telah aku lalui...

Baca Seterusnya......

Ibu...Insan Yg Luar Biasa...Slmt Hari Ibu...



Tepat kul 12am…Hari ni hari 10.05.2009, Ahad, Ahad yang ke-2 dalam bulan 5, ini bermakna kita akan menyambut Hari Ibu pada hari ini…Hari Ibu..Hari yang perlu diagung-agungkan kerana kalo bukan insan ini, kita tidak akan berada di dunia ni dan sampai ke tahap sekarang…

Bukan senang hendak menjadi seorg ibu…semua tgjb dia kena pikul…dia akan pastikan kita selamat dilahirkan walaupun dia tahu mengandung selama sepuluh bulan itu merupakan satu tugas yang susah dan semestinya perlu mengalami kesakitan yang tidak boleh dibayangkan apabila bersalin… Tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila anaknya lapar, dia akan kenyangkan anaknya dulu walauoun sendiri juga kelaparan…Tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila dalam keadaan bahaya, dia akan memastikan anaknya selamat walaupun dia sendiri dalam keadaan bahaya….tetapi dia tidak pernah merungut…

Apabila anaknya sedih…dia sanggup meluangkan masanya untuk menggembirakan anaknya walaupun pada masa itu dia sgt letih…Tetapi dia tidak merungut….

Apabila anaknya nakal…dia memarahi anaknya tetapi pada masa yang sama, hatinya juga sakit…tetapi dia tidak merungut….

Apabila anaknya ketakutan…dia yang akan segera menenangkan anaknya walaupun pada masa yang sama..dia juga takut…demi anak..dia terpaksa tabahkan diri…Tetapi dia tidak pernah merungut.

Apabila anaknya sekolah…dia akan pastikan semua keperluan lengkap anaknya walaupun pada masa itu duit untuk memasak pun tidak cukup…tetapi dia tidak merungut..

Apabila hari raya…dia akan mementingkan baju raya anaknya dulu walaupun dia sendiri sanggup pakai baju lama untuk beraya…tetapi dia tidak merungut…

Apabila anaknya sakit…dialah orang yang paling risau dan tidak lena tidur untuk menjaga anaknya walaupun badan dah letih…tetapi dia tidak merungut

Apabila nak exam…dia juga akan bgn dan jenguk anaknya walaupun dh tgh malam... tetapi dia tidak merungut…

Apabila anaknya perlu duit untuk melanjutkan pelajaran..dia sanggup menggadaikan hartanya yang ada untuk anaknya…tetapi dia tidak merungut…

Jadi boleh dikatakan apb dilahirkan, dia akan memastikan semua yang terbaik untuk anaknya walaupun diri sendirinya x seberapa…Tetapi dia tetap tidak pernah merungut…

Maka...bgn pagi esok…kalo ada ibu di sisi mu…peluk-peluk dan cium-cium kan ibu mu yang selama ini membesar dan mendidik mu tanpa sebarang rungutan…Tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka…Apa salahnya kalo kita luahkan I LOVE YOU MAMA kepadanya…Bukan pada hari Ibu sahaja,..seboleh-bolehnya jadikan setiap hari itu sebagai hari ibu…kepada mereka yang ibunya jauh daripada mereka ataupun tiada di sisi mereka…mari kita doakan yang terbaik untuk ibu kita…harap mereka dapat melalui masa yang gembira tak kira di mana mereka ada…Hadiah Hari Ibu boleh pelbagai…tak kisah apa jenis hadiah …janji ikhlas…Tetapi semestinya hadiah yang paling baik untuk semua ibu adalah melihat anak-anaknya berjaya menjadi seorang insan yang berguna….



Untuk guru-guru ibu Wakuba….Cikgu Rusnah, Cikgu Faridah, Cikgu Sumarni, Cikgu Hasnah Hani, Cikgu Salmiah, Cikgu Zai...Kak Sharifah, Kak Jumatiah…Selamat menyambut Hari Ibu bersama keluarga yang tersayang…..Drpd krew Wakuba Today….

Baca Seterusnya......

Saturday, May 9, 2009

Insan Belajar Dari Kehidupan


Jika insan diasuh dengan KEANGKUHAN, dia belajar erti TAKABBUR,
Jika insan diasuh dengan KELEMAHAN, dia belajar erti HINA DIRI,
Jika insan diasuh dengan PERMUSUHAN, dia belajar MEMBENCI,
Jika insan diasuh dengan PENTINGKAN DIRI, dia belajar erti MENGKHIANATI.

Namun……..

Jika insan diasuh dengan NILAI INSANI, dia belajar HARGA DIRI,
Jika insan diasuh dengan KEPAYAHAN, dia belajar erti MENGASIHI,
Jika insan diasuh dengan BELAS BUDI, dia belajar erti MENSYUKURI,
Jika insan diasuh dengan MENUKIL KARYA, dia belajar MANFAAT ILMU,
Jika insan diasuh dengan DIDIKAN TAQWA, dia belajar erti HAYATI AGAMA.
Jika insan diasuh dengan JIWA RAKYAT, dia belajar MUAFAKAT,
Jika insan diasuh dengan PENGALAMAN, dia belajar erti HAKIKAT KEHIDUPAN..

Baca Seterusnya......

Pantun Untuk Cikgu-Cikgu



A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

sumber : www.swakarya.com

Baca Seterusnya......

Friday, May 8, 2009

REALITI SEBUAH KEHIDUPAN




HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik. Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


kongsi iktibar untuk kita bersama ..fikir2renung2

Baca Seterusnya......

Cerita 3 Soalan

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Us Ahmad Fauzi Bin Yaakob

UPI PPD Miri

Baca Seterusnya......

Siapa, dari mana, untuk apa dan kemana....



Siapakah kita???
Kita terdiri daripada jasad (lahir) dan roh (batin). Kita ada nafsu, ada akal, ada jiwa dan ada perasaan. Apabila kita tahu hakikat ini, kita juga tahu bagaimana mengisi keperluan jasad lahir dan jasad batin(roh) itu. Jika keperluan jasad lahir tidak cukup, fizikal jadi lemah. Lelosongan roh membuatkan kita resah, gelisah dan tidak tentu arah. Terpulang pada kita untuk menentukan pengisian kombinasi dua jasad ini supaya seimbang (fizikal dan spiritual). Dan bergantung atas kebijaksanaan kita juga untuk mengawal nafsu, akal, jiwa dan perasaan agar dapat memberi kebaikan kepada diri dalam menempuh hidup.

Dari mana??
Kita berasal dari mana?? Sebelum datang ke dunia ini, kita semua berasal dari mana? Jawapannya kita semua berasal dari alam roh. Terfikirkah kita, sebenarnya sebelum ini kita sudah wujud di suatu alam lain. tidak kira siapa, kita sama-sama mengalaminya sebelum ini.
Di sana kita pernah ditanyakan oleh Allah: “ bukan AKU ini TUHAN kamu?”
Roh menjawab: “ bahkan kami naik saksi”
(Al-’Araf: 172)

Maknyanya dari tempat asal, kita sudah bersaksi bahwa ALLAH itu TUHAN kita. Inilah pengakuan yang kita dokong sehingga beralih ke alam yang lain pula.

Untuk apa??
Firman ALLAH, “tidaklah AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU”
(Az-Zaariat: 56)

Ingatlah ketika TUHAN-mu berfirman kepada malaikat,“ sesungguhnya AKU akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi.”
(Al-Baqarah: 30)

Rupa-rupanya kita hidup di dunia dengan membawa dua tanggungjawab khusus iaitu untuk beribadah kepada ALLAH dan menjadi wakil ALLAH di muka bumi. Dalam melaksanakannya, semata-mataadalah untuk mencari keredaan ALLAH, juga untuk memastikan bahawa syariat ALLAH berkuatkuasa di muka bumi dan dihormati kesuciaannya.

Ke mana??
Apabila hidup manusia berakhir, ke mana ia pergi? Kematian bukanlah penghujung riwayat hidup. Kita akan pulang ke kampung asal iaitu Akhirat. Kita akan melalui kehidupan dalam keadaan yang serba berlainan. Jasad kembali menjadi tanah dan roh kembali ke Akhirat untuk dinilai prestasinya semasa di dunia. Di Akhirat kita akan dapat ganjarannya. Apabila kita memilih jalan kebaikan di dunia dengan mentaati ALLAH, maka Syurgalah balasannya di Akhirati. Jika kita pilih jalan kederhakaan, Neraka yang akan menanti kita. Harapan semoga terpelihara daripada balasan azab TUHAN.
“DIA telah menciptakan kamu drpd tanah, kemudian DIA menetapkan ajalmu dan ajal yang ditentukan di sisi-NYA kemudian kamu bimbang(juga kepada-NYA)
(Al-An’am: 2)

Sekarang kita sudah tahu siapa kita, dari mana kita, untuk apa kita hidup dan akan ke mana perginya kita. Semoga kita tidak akan terkapai-kapai dalam melayari bahtera kehidupan ini.


Wahai TUHAN ku tak layak ke Syurga-MU
Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-MU

Baca Seterusnya......

Thursday, May 7, 2009

Begitu Cepat Masa Berlalu....

.

hari ni 07.05.09..hari ke 7 di bulan ke 5 tahun 2009..

..for teachers like me..actualy the month of May kira hangus dah..just imagine..by 25th may its going to be Mid Year Exams..will go on till d last day of school before school break starting on 30.05.09..

..and school reopens on 15.06.09..my goodness..already in the third quarter of the year..pejam celik..pejam celik..(moga blom tiba waktu untuk pejam dan tak celik-celik )..bermulalah musim peperiksaan umum..

..starts with UPSR..

..then..PMR..wuhuuu..wahai rakan2 guru PMR sekelian..are u all on track?? we should be finishing our syllabus by July....ish..rasa baru je sangat lagi berjihad dengan PMR candidates 2008..ni dah nak lalui benda yg sama pulak lagi..ahh kena struggle lagi..

..hmmm..students come and go..we teachers are still here..hoping and struggling hard as ever..we may complain a lot..we may have our disagreements..rambling about the silliest mistakes that students commit..but when it comes to the main reasons / objectives..we are one..we carry d same mission..we want the best for each and every student that we teach!!!!..if only all of u (students) know how much we care...

Baca Seterusnya......

SMK Wallace Bay ....LDP '08

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 6, 2009

Aku Anak Mak Selamanya......

Surat dari Anak mak yang dah tak degil.... Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dah sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... kengkadang siaran indonesia .... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju... .. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .. Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.... mak buat kenduri kesyukuran.. .... Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut... kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak.... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan .... ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .... Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... kiter rindu kat mak..! Takpa la.... nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk... anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ....? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negeri orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. hari-hari yang dilalui bersama mak tetap abadi selamanya.mak, anak mak yang satu ni rindu kat makkkkkkkkkkkkk…

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
“SENYUM SOKMO”

Baca Seterusnya......

Jom Ingat...

Hari ni nak berkongsi dgn semua mcm mn supaya dapt mengingat dgn berkesan sebelum menjelang peperiksaan untuk semua sekolah pada bulan 5 ini...Harap dapat membantu kalian yg membaca blog ni...

CARA MENGINGAT DENGAN BERKESAN

Langkah-langkah yang menentukan keberkesanan mengingat

1. Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2. Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3. Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4. Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5. Selalulah mengulangkaji.

6. Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7. Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8. Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9. Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.

10. Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11. Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.

Itu saja yang perlu diambil perhatian...x susah kan...So...harap semua dapat belajar dan mempraktikkan dalam pelajaran masa akan datang...Good Luck...

Baca Seterusnya......

Sehari Bersama Gua Madai & Leez

Baca Seterusnya......

Tujuh Ayat Cinta




Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

Baca Seterusnya......

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri pelajar muslim cemerlang
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

2. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

3. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

4. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

5. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....


6. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.


9. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Baca Seterusnya......

Tuesday, May 5, 2009

Kem Jati Diri Wakuba...

Ha…bnyk post dilkirimkan 2 hari ini…dalam bentuk rohani dan berita..mcm2 ada…harap semua pelajar dan para pengunjung dpt mengambil sebagai iktibar dan renung-renunglah apa yang telah diberikan..Banyak manfaat dan pengetahuan d ctu…
Balik kepada topic bersantai kita..atas pmntaan guru-guru sekolah..ari ni nak cerita apa yg telah berlaku pada minggu lepas…KEM JATI DIRI SMK WAKUBA…
Tag Nama hasil Karyaan Ckg Lah...

Tahun ini kem ini diadakan di Kem Kukusan, Tawau Sabah…di mana kem ini merupakan kem latihan askar wataniah di Tawau ini…Pelajar yang terlibat adalah dipilih khas oleh ckg2 supaya melalui kem ini mereka boleh mengenali diri mereka dengan lebih dalam lagi…Ada yg nakal, ada yg x blh tumpu pelajaran, ada yg tak sopan, ada yg comel, ada yg handsome...ada yg mengada-ada..semua kami bawa ke ctu...hehe...

Ha…Nak tahu apa yang berlaku di kem yang selama 3 hari 2 malam ini…jom ikut saya….










Ha..Ni hari pertama samapai...Slps dh melaporkan diri semua...baru duduk sekejap dngr taklimat ja dh kena keluar drpd dewan...utk apa??apa lg, kalo d kem askar ni mesti la kena kawad...Ha...budak2 ni pula kalau kawad ni agak lemah ckt...s0...sengsara la..mcm2 gaya ada...ada yg kawat mcm robot la..ada yg melompat2 la...ada yg gelak la..ada yg catwalk la.....akibatnya...kena marah la seorg2..Kalo kem gni mesti ada LDK..biasalah tu.. n..yg bestnya di situ ada juga askar menunjukkan belasan jenis perangkap yang boleh digunakan untuk memburu binatang dan musuh...memang kreatif la..sampai terbeliak mata budak2 ni ha...dan antara akviti lain yg best nya di sebelah malam memang mereka ini 'dibuli' kao kao punya oleh semua urusetia..bukan buli...untuk menyedarkan diri mereka dengan cara yang unik...Jom tgk aksi mereka....





Nilah akibatnya x dngr arahan ckg...bermandi lumpur kamu...time ni mmg serik la..hutan yg gelap tmbhan lagi dngr cite sana ada benda yg hanya boleh lihat dgn microskop...haha..berani juga urusetia-urusetia sediakan tmpt...bdk2 lagi ah..tutup mata n hanya dngr bunyi saja..mcm2 halangan ada disediakan oleh ckg2 perempuan sekolah kami.....sampai tergolek2 bdk2..termakan lumpur la dll...dan time ni la dpt dngr...'menyesalnya aku...', 'napa buat aku mcm tu...'...'aku x mau nakal lagi...'....dan mcm ayat2 yg x biasa kita dngr la...


Ha..tiba-tiba muncul ckg Ismail n ckg Latif pula...apalagi...join juga la mereka ni..tgk ckg Ismail gelak d ctu...mcm enjoy pula...apa la dia buat d ctu...hehe... tgk Ckg Latif ...main siram air pula...cian budak tu...sape suruh x buat kerja rumah...haha... lain ba kalo kaunselor kami...sempat lagi memberi sesi kaunseling pada malam2 ni...tapi berkesan jugalah...syabas...

Di kem ni mcm2 hukuman dikenakan kepada budak2 ni...mereka dihukum atas pengakuan mereka terhadap perbuatan mereka sendiri...kira jujur juga budak2 sekolah wakuba ni...Ni lah antara hukuma2nya


buang bj ramai2 depan panas ni...kasi hitam lg...sape suruh berlagak dpn ketua askar ni...haha..

ni pl kena ketuk.sape suruh kentut dan gelak masa kawat...

Ni pula main main atas padang...bergolek2 pula...bertanggungjawab atas kesilpan mu itu...


Bergolek lagi...sampai air atas padang itu kering....


Ha...ini pula tgk sape bau ketiak baru busuk...haha...lawak ja...saya pun xtau mereka angkat tgn utk apa...


Ha...ada yg pumping, ada yg golek...ngam la tu...buat sampai penat baru henti..Ha...Berpusing mu...pusing sampai saya kata STOPPPPPPPP!!!Understand!!!

Ha inilah yang berlaku sepanjang program....Yg terlibat menguruskan program selain daripada guru..ada juga pelajar yg bantu ckg2...ha..ni muka2 mrk..nk juga mereka dalam blog ni...


Terima kasih diucapkan....Ha...apa...cikgu pun mau juga gmbr....ok la...okla...ni pula gmbr posing yg paling 'maut' atau cantik la sepanjang program ni...







Wah...mmg terpegun nampak gmbr2 ckg ni...mmg gile gmbr ba semua ni...haha...


So...sebelum blk mestilah gmbr beramai-ramai...x bestlah kalo xdekan....
Ha ni dia wajah penat2 cikgu tetapi bg pelajar2...harap wajah baru yang akan ditunjukkan pada masa akan dtg....
Walaupn program x sebesar mana…tp pada pandangan ckg2, slps program ini, byk pelajar telah berubah sikapnya…Kalo nk mengharapkan program 3 ahri 2 mlm untuk tukar sikap pljr sepenuhnya mmg agak mustahil la…tp at least d cni ckg2 nampak pelajar2 masih ada usaha untuk mengubah diri…Baguih tu..itu yg ckg2 mahu.…Perlu tahu…senang seseorg itu menjadi jahat dgn menggunakan masa 3 hari tetapi susah kalo nk menggunakan 3 hari untuk seseorang menjadi baik dan sempurna…So, perlahan2 la…akan nampak hasilnya nanti…

Maka…program ini boleh dikatakan berjaya atas usaha guru-guru dgn sokongan pihak pentadbiran…walaupun ada salah silap sepjng program..biasalah tu…ambil pengalaman ba kita kan..so..d cni semua krew Wakuba Today ucapkan tahniah la kpd semua yg terlibat…kalo pljr2 nampak guru2nya berusaha untuk pastikan progam ini berjaya…mesti mereka terharu dan berubah sikap terus…haha…



Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster