Friday, November 13, 2009

Tentang ACEP '09...

ACEP=Anugerah Kecermelangan Pelajar telah dilangsungkan dengan sempurnanya pada pagi 12 November 2009 tadi...ACEP ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran terutama pada peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan bari-baaru ini...

Persiapan untuk ACEP kali ini telah bermula sejak seminggu yang lepas lagi...Kebanyakan guru mula menjalankan tugas masing-masing setelah mengetahui Jawatankuasa masing-masing...ada yang mula tempah makanan, ada yang mula berfikir untuk perhiasan pentas, ada yang sibuk mencari hadiah, ada guru yang sibuk 'desigrn and edit' buku program, ada yang sibuk membuat membuat latihan untuk persembahan nanti dan.....Dengan erti kata lain...kebanyakan guru dalam kesibukan dan suasana sekolah agak meriah dengan persiapan ACEP ini dan tambahan pula minggu ini juga melangsung aktiviti sukan dan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2010...suasana sekolah boleh dikatakan meriah dan riuh-rendah...



Kerlmarin..pentas dan persiapan tempat merupakan bahagian yang dititikbertakan...dan setelah bertungkus-lumus...pentasnya jadi begini...



Class and Exclusive
(Tahniah  buat AJK Perhiasan pentas dan guru-guru yang lain yang sanggup memberi pandangan dan idea...)


dan persiapan tempat pula jadi begini....


 Tahniah diucapakn kepada semua AJK Persiapan tempat...

Balik kepada ACEP yang berlangsung hari ini...Pada awal pagi, mula kelihatan ibu bapa beransur-ansur datang ke sekolah dan masuk ke dewan untuk mengambil tempat duduk mereka...



Manakala semua penyambut tetamu pula mula membuat persiapan jam 7.15am.Antara yang terlibat adalah


Cewek Bungan mangga...(Selepas melalui banyak peringkat pemilihan, mereka dipilih akhirnya...)


Kumpulan pelajar lelaki kompang yang sememangnya hebat dan mampu bertindak sendiri...


Penyambut tetamu yang comel (dan merekalah kumpulan yang banyak bantu guru-guru dan sekolah)


Kumpulan pelajar lelaki yang akan mnenerima anugerah


Kumpulan pelajar perempuan cemerlang yang agak ramai...

dan

semua pentadbir-pentadbir sekolah serta beberapa guru yang menyandang AJK Sambutan...


Maka sambil mereka tengah bersolek, bersembang, berposing, tiba-tiba kompang dibunyikan..Ini bermakna tetamu kehormat sudah sampai..Maka, dengan cepat mereka beratur kemas untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat...



.....sehingga sampai ke dewan



Kemudian suara 2 orang yang paling penting dalam majlis ini mula 'berkemundang'...


MC untuk majlis kali ini...semuanya dapat berjalan dengan lancar dan tahniah diucapakan buat 2 MC ini...
 
Selepas menyanyi lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku...semestinya majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada.....


Tuan Pengetua


dan


Pegawai PPD Tawau
yang sanggup memilih sekolah kami untuk memberi ucapan walaupun beliau juga menerima jemputan daripada sekolah yang lain...Terima kasih diucapkan...

Selepas amanat dan ucapan dorongan telah diberikan...maka majlis diselitkan dengan persembahan 'Coral Speaking' yang diwakili oleh pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang bertajuk 'WAKUBA TODAY'....macam kenal je tajuk ni...di mana ya...



Satu persembahan boleh dikatakan MANTAP!!! memandangkan mereka hanya mempunyai sedikit masa untuk berlatih memandangkan banyak aktiviti telah diadakan sebelum persiapan ACEP ni...Pujian harus diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dan guru-guru English yang banyak menyumbangkan idea dan tenaga..Syabas...

Maka dengan berakhirnya 'Coral Speaking' ini...sudah sampai masanya ke kemuncak majlis ini iaitu penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun ini...




Tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah..semoga hadiah yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sempurna pada masa akan datang...

Maka dengan habisnya pennyampaian hadiah...maka berakhirLAH majlis pada kali ini...Para tetamu dan ibu bapa dijemput untuk menjamu selera di tempat makan VIP...pelajar-pelajar mula bersurai....guru-guru???Apa lagi...mengemas la...mengemas itu sebenarnya sebagai alasan je ......tujuan sebenarnya adalah seperti di bawah....apa-apapun kerja dalam seronok...




Begitulah kisah sepanjang Majlis ACEP ini...memandangkan majlis selesai..ada guru-guru yang mula balik...ada juga guru-guru yang sedang mengemas dan bersedia untuk balik..tiba-tiba kedengaran ada guru yang belum mengambil gambar di atas pentas yang smemangnya bagi kami agak cantik dan exclusive...yalah buatan papan...tapi masih boleh nampak exclusive..kan??Tuan Pengetua pun pesan jangan robohkan pentas dulu sebelum mengambil gambar di atas pentas tersebut...Maka..dengan kadar yang segera...



Maka..dengan ini boleh disimpulkan guru-guru sekolah ini agak...... gila gambar...suka bergambar la...Bak kata cikgu Latif..gambar ini penting untuk buat kenang-kenangan pada masa akan datang...nanti tengok balik baru tau rupamya begitu menawan dan comel guru-guru ini dan yang penting begitu seronok kita semua bekerjasama menjayakan sesuatu aktiviti ..sweet memory.. kan?Lagipun ini program terakhir sekolah tahun ini...Maka tak salah kalau kita ambil gambar-gambar yang banyak...lagipun digital kan..boleh ambil banyak-banyak..tak nak kita delete..teknologi ba..hehe...

p/s: Buat guru yang banyak terlibat dengan persiapan ACEP ini...Syabas dan tahniah diucapakan...Sumbangan kalian membuat ACEP tahun ini sangat berjaya...Selamat datang juga buat PK Kokum baru Cikgu Arbin Setta yang turut menyumbangkan bakat seninya dengan membuat pemplet VIP  yang begitu cantik untuk ACEP kali ini walaupun beliau hanya beberapa hari di sekolah ini.




3 comments:

Unknown said...

di penghujung tahun, begitulah...

piz said...

TAHNIAH!
besnye sek wakuba, dh siap hr anugerah, meriahnye laaaa...

huhu, sekolah mabo xtau nk kate lah nanti, segan plak nk letak dlm blog nanti...

apepun hr anugerah sekolah kami @ tegelam pd hr rabu nih...

Yani said...

seronok tgk gambar-gambar di blog ni...semua ceria belaka...Tahniah buat semua warga smk wakuba..

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster