Wednesday, October 28, 2009

Bila cikgu-cikgu bertemu dengan Raja...


Peperiksaan akhir tahun telah melaburkan tirainya..ini bermakna para pelajar mulalah menghitung hari untuk bercuti walaupun pada hakikatnya masih tinggal lebih kurang 3 minggu lagi...Selepas peperiksaan pelbagai aktiviti telah dirancang kepada pelajar selama 3 minggu ini...aktiviti sukan,keceriaan, akademik semua tidk ketinggalan...Yang itu izinkan saya uploadkan kemudian gambar2 dan coretannya...hari ini nak selitkan sedikit aktiviti yang tidak 'diundang', pasti ramai yang melelehkan air liur bila melihatnya (kecuali yang tidak berminat...)..Di Sabah...kini 'dia' bermahajarela...harganya pun boleh tahan juga mahal sekiranya berbanding dengan semenanjung..mari tgk apa yg berlaku tgh hari tadi...




Jeng Jeng Jeng...Dialah yang bermaharajarea sekarang ini...Siapalah yang bawa Dia ke sini??


Inilah taukenya....


Selepas dibeli...apa lagi...makanlah ramai-ramai...tgk...betapa seronoknya mereka makan ni...sempat lagi posing tu...


Tak cukup...tambah lagi...tgklah..pengetua, Cikgu Latif and Pakcik Jamal makan sampai tak boleh nak henti,..beginilah kalau musim durian ini...


Em...Nak makan ulas yang mana dulu ya??Semua macam sedap ba...


Sedapnya durian ini...Nak lagi ni..Jangan kasi habis oi...


Tgk..kalau dh mula makan durian ni..berdiri pun sanggup la...sekali jari-jari pun dimasuk dalam mulut..aduh..


Apalah Cikgu lah dan cikgu zack, macam kami ni ha..makan pun kena control ayu juga...


Tak cukup lagi...dengan diam-diam..geng ini membeli durian sendiri dan sembunyi di belakang kereta untuk menikmatinya sendiri....haih..kalau berdepan dgn durian...beginilah jadinya...Control macho or ayu??lepas makan dulu barulah fikir hal ini balik...


Nilah bakinya selepas mereka 'bertungkus-lumus' habiskan mana yang ada..nampaknya macam sikit...tp sebenarnya...mereka je yang tahu...


Tak puas lagi??Boss tapau pula untuk dibawa balik...


Dah habis makan...apa lagi...tauke pun mulalah keluarkan kalkalatornya untuk mengira harganya...1 kilo=RM 5.50...tadi jumlahnya 9.4 kilo...jadi....



Tauke tersenyum lebar mendapat hasil yang agak lumayan..haha...

p/s: semua durian yang dimakan di sekolah tadi ditaja oleh pengetua...sesiapa yang nak tapau bawa balik...kena keluarlah duit senditi ya...tidak ditaja...

Beginilah sesi makan durian di perkarangan sekolah selama setengah jam itu tadi..kalau ikutkan hati cikgu-cikgu ini...mau je mereka habiskan semua durian yang dibawa oleh tauke ini...kalau dibagi 5 bakul..boleh je mereka habiskan...dahsyat sungguh mereka ini...itulah sebabnya durian ini diberi nama Raja Buah...begitu ramai yang teruja dengannya...Seronok juga makan durian yang beramai-ramai ni...cuma kesian la dengan mereka yang tak makan ni...jadi tukang tengok je..buat tauke yang menjual..lain kali bawalah buah lain ya..boleh dimakan semua...kesian ada yang telan air liur je...

Baca Seterusnya......

Sunday, October 25, 2009

Sebuah Mahligai....Aku dan Diriku

sebuah bangsal buruk di tepi pantai..
seorang muda mengukir bicara..
pada diri tentang hidup..
tentang alam dan gelombang..
tentang dugaan dan ketabahan..

dia ingin miliki mahligai di puncak..
sayangnya peta perjalanannya berselerak..
oleh taufan yang ganas bertindak..
langkahnya tidak mampu dijejak..
oleh ombak yang tidak mampu dijerat..

dia ingin takluki lautan ketenangan..
sedangkan dirinya sendiri diterajang gelombang..
di laut ganas dan menjejaki destinasi
di jiwa lemas dia menjenguk peribadi..

lantas dia ingin mengabadikan kebenaran..
dalam dirinya yang kian kontang..
dengan bekal dan umpan ketentuan..
dia berdiri di tebing suratan..

Baca Seterusnya......

Friday, October 23, 2009

Intan anak ku.....

LAPANG benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. "Tapi pakcik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai
itu lagi. "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. 'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah. "Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. "Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. "Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..." "Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. "Insya Allah Kis balik nanti abah.
Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis."Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.

Kini hubungan mereka seperti orang asing. "Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. "Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?".

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham. "Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"."Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya. "Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi........aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya' mereka duduk berborak di ruang tamu. "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. "Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya. "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah. "Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. "Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,"
sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis."Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis. "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. "Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,"
sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.

Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. "Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah
kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?"
Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya
benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai
Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah. "Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan
pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.

Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk Intan menunaikan solat Zohor dan kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. "Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei
menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. "Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung
Haji mak. Tadi Intan ambik buku nie dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti". Lantas Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.
Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." "Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Ya penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu. "Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga. "Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita." "Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju....Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA
untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz
dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena je Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.
Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman. "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. "Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas
dia memanjat tangga menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar."Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya. "Kenapa Az...kenapa?"

Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya.
Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang. Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah. "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya' dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.

Dia pergi dalam keadaan tenang mak," cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, ' Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
***** Bertakwalah kepada Allah dan Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi hayat di kandung badan.....

Penulis Asal: Along

Baca Seterusnya......

Monday, October 19, 2009

Rancang...rancang...Untuk 2010



Takwim Persekolahan Tahun 2010

Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
04.01.2010
29.01.2010
20
Hari Persekolahan
01.02.2010
26.02.2010
20
Hari Persekolahan
01.03.2010
12.03.2010
10
Cuti Pertengahan Penggal
13.03.2010
21.03.2010
9
Hari Persekolahan
22.03.2010
31.03.2010
8
Hari Persekolahan
01.04.2010
30.04.2010
22
Hari Persekolahan
03.05.2010
31.05.2010
21
Hari Persekolahan
01.06.2010
04.06.2010
4
II
Cuti Pertengahan Tahun
05.06.2010
20.06.2010
16
Hari Persekolahan
21.06.2010
30.06.2010
8
Hari Persekolahan
01.07.2010
30.07.2010
22
Hari Persekolahan
02.08.2010
31.08.2010
22
Hari Persekolahan
01.09.2010
03.09.2010
3
Cuti Pertengahan Penggal
04.09.2010
12.09.2010
9
Hari Persekolahan
13.09.2010
30.09.2010
14
Hari Persekolahan
01.10.2010
29.10.2010
21
Hari Persekolahan
01.11.2010
19.11.2010
15
Cuti Akhir Tahun
20.11.2010
02.01.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Memandangkan dah nak sampai ke penghujung tahun dah..hanya tinggal sebulan lagi sesi persekolahan untuk tahun 2009..Maka sesuai lah kalau time ni bagi takwim 2010 untuk membuat persediaan...Dah lama dah takwim ini diumumkan...baru download tadi dan terus berkongsi dengan semua terutama kepada yang belum mengetahui takwim persekolahan tahun depan..Yang ini digunakan juga untuk guru-guru yang hendak menempah tiket awal untuk bercuti...biasalah..'acara' tahuanan..mana tau ada tiket harga murah masa cuti panjang ni kan..boleh tempah lalu...so....check la ya..jgn x check...


p/s: Good luck kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan akhir tahun ni yang bermula hari ini...

Baca Seterusnya......

Thursday, October 15, 2009

Coretan Biasa Tentang Sekolah...

Setakat coretan biasa untuk entri kali ini...PMR sudah melabuhkan tirainya..Pelajar sudah melaungkan 'Merdeka' pada hari Selasa yang lepas...Biasalah...ada yang muka suka dan ada juga yang masam mukanya...ada yang kata soalan kali ini senang dan ada juga yang kata susah...mcm2 respon boleh dapat daripada 62 calon ini...Di sini pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada ketua pengawas dan ahli-ahli pengawas PMR yang memastikan PMR kali ini berjalan lancar di sekolah kami..  senang berurusan dengan kalian semua...Apa-apapun...semuanya sudah berlalu...Tahniah buat semua pelajar Tingkatan 3 dan mereka kini akan mula menghitung hari untuk meninggalkan sekolah ini dan menunggu keputusan PMR untuk menentukan sekolah mana yanag bakal mereka masuk untuk meneruskan pengajian mereka di Tingkatan 4...(biasanya sekolah jiran=SMK Balung akan menjadi destinasi mereka...)

Selesai sudah tugas Guru Tingkatan 3 pada tahun ini...rasanya boleh menarik nafas lega buat sementara waktu (akan cemas balik sebelum keputusan umum nanti)...mereka ada yang mula mengemas bahan-bahan 'peperangan' dan simpan dalam almari untuk diguna tahun hadapan...ada juga mula membuat persiapan untuk tahun depan...Guru-guru yang lain pula sibuk mengejar silibus, membuat ulangkaji dan latih tubi serta menyediakan soalan untuk pepriksaan akhir tahun yang bakal berlangsung pada minggu depan...

Unit B&K juga nampaknya juga bertungkus-lumus untuk menyediakan aktiviti untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang telah 'relax' ini...Beberapa siri lawatan telah dirancang dan telah dihantar kertas kerja untuk menunggu kelulusan.Selain itu, permainan da kerja amal juga dalam perancangan untuk bulan yang terakhir ini..Segala aktiviti akan dilaporkan dalam entri yang akan datang...

Sebelum mengakhiri entri ini...pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua kaun India di seluruh Malaysia ini dan juga Selamat bercuti buat guru-guru dan pelajar-pelajar yang akan bercuti sempena Deepavali ini...Kami??Belum pasti lagi dapat cuti ke tak...belum dapat makluman dripada pihak atasan...hehe..Selamat bercuti semua...

Baca Seterusnya......

Saturday, October 10, 2009

Program Rakan Muda "Selamat Di Jalan Raya"

PMR telah berlalu 3 hari...buat masa ini semua berjalan dengan lancar...Pelajar-pelajar dapat mengharungi dengan jayanya...Mereka akan dapat rehat 2 hari sebelum menyambung kembali perjuangan yang belum selesai pada Isnin dan Selasa depan...Semoga mereka terus berusaha untuk subjek-subjek yang akan datang..



Pada Selasa yang lepas..pihak Rakan Muda telah menganjurkan satu program yang bernama "Selamat Di Jalan Raya". di Stadium Utama Tawau...Program ini sebenarnya lebih sesuai kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang telah layak untuk mengambil lesen motor...memandangkan SMK Wakuba hanya mempunyai pelajar T1 hingga T3..maka setelah berbincang...sekolah mengambil keputusan untuk  menghantar 30 orang pelajar Tingkatan 1 sebagai pendedahan awal untuk keselamatan jalan raya ini...

Selepas guru pengiring mendaftar dengan pihak rakan muda...maka..pelajar-pelajar diminta masuk ke dewan untuk mendengar ceramah tentang teori keselamatan jalan raya...



 Penceramah sedang memberi ceramah dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar



 Pelajar-pelajar memberi tumpuan sepenuh tentang ceramah tersebut

Selepas satu setgh jam kemudian..pelajar-pelajar akan diajar praktikal pula di mana sebuah motor akan dibekalkan dan pelajar diminta untuk mewakili sekolah masing-masing untuk menunggang motosikal berkenaan dan melalui beberapa halangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur...



 Jurulatih sedang memberi taklimat tentang praktikal yang akan dijalankan



 Jurulatih menunjukkan 'demo' untuk para pelajar...

Walaupun hanya pelajar Tingkatan 1 sahaja dibawa...ada juga wakil dari sekolah kami...Adik Arief telah dipilih setelah diberi galakan dan kebenaran daripada bapanya untuk membuat praktikal tersebut...(bapanya kebetulan menjadi guru pengiring juga untuk program ini)...Saksikan aksi-aksi hebat 'besar-besar' cili padi ini...





Sebelum menunggang motosikal…langjah-langkah keselamatan mesti dijaga…Adik Arief sedang memakai alat keselamatan dibantu oleh guru pengiring dan bapanya…


 Jeng!Jeng!Jeng! Dah siap pakai...Smart tak??Gambar dgn guru pengiring dulu...



Diberi tunjuk ajar dan nasihat daripada jurulatih




Round warning up ...Nampak macam gementar dan panik sikit...tp still cool...



 Jurulatih tegur kesilapan yang dilakukan semasa Round Warming Up td...


 Ok...Go....Adik Arief memandu dengan cermat dan melalui halangan yang pertama


Adik Arief melepasi halangan seterusnya dengan jayanya...Jurulatih tak percaya ini pelajar Tingkatan 1..kalahkan Tingkatan 4...


 Yeah...dah habis dengan cemerlang....patutlah senyum dengan gembira...Ganjaranya??Dapatlah 4 sticker daripada pihak penganjur...

Nak dijadikan cerita...walaupun hanya Tingkatan 1..tapi cara menunggang motosikal adik Arief kalahkan pelajar-pelajar Tingkatan 4...Dia berjaya melepasi semua halangan tanpa menyentuh kon-kon yang telah diletakkan...Syabas..Sebagai penghargaan...adik Arief telah dihadiahkan beberapa keping sticker daripada pihak Rakan Muda

Program ini selesai kira-kira 11.30am...harap pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dapat input yang berguna dan mengaplikasikannya apabila cukup umur nanti...




Sebelum balik mesti nak ambil gmbr depan Stadium ini...bukan selalu datang sini....(Sekolah agak jauh dengan stadium ini)

Baca Seterusnya......

Wednesday, October 7, 2009

8 CARA MENJADI SUAMI YANG HEBAT

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.


1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami Yang Matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang ‘Independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Sumber: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/8-cara-menjadi-suami-yang

Baca Seterusnya......

CINTA BUDAK SAINS


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaya?
Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6×10′23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian…

Baca Seterusnya......

Monday, October 5, 2009

Salam Peperiksaan PMR 2009


Salam untuk semua pelajar PMR 2009 terutama untuk anak didik SMK Wakuba yang bakal menghadapi satu lagi peperangan selepas UPSR 2006.Inilah masanya untuk kalian semua buktikan yang kalian semua benar-benar telah bersedia untuk mengapai cita-cita yang sekian lama tersemat di hati masing-masing.Ayuh bersama cikgu mengapai PELANGI NAN INDAH di akhir disember nanti. Doa kehadrat Illahi moga perjuangan anda semua pada 7-9 Okt hingga 12-13 Okt beroleh kejayaan yang cemerlang.Usah gementar dengan soalan yang bakal yang dihadapi , tenangkan diri dan jawablah soalan nanti dengan hati yang lapang.Semuanya telah dicurahkan oleh cikgu-cikgu semua.Akhir sekali salam perjuangan untuk semua pelajar 3G dan 3T.Insyallah kejayaan akan sentiasa bersama kalian.Amin.

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster