Friday, July 31, 2009

Entah Mengapa


Entah mengapa sejak ku pulang
Ilham puisi kasih lewat kata-kata
Tidak lagi bisa ku coretkan..

Apakah setelah bertentang mata
Hati ku telah terpaut lalu enggan
Mengikut ku kembali ke daerah ini?

Atau apakah ilham kasih
Berubah mengikut waktu
Menjadi nota cinta lagu rindu?

Tapi seruling anak kembara
Belum pernah terdengar alunnya
Walau setelah bertahun di rantau..

Sesekali dapat ku rasakan
bagai ada bingkisan dinihari
Lewat siulan unggas, apakah itu?

Ah! kiranya aku
masih terlalu dungu
Untuk memahami bahasa cinta sebenar..

Apakah rembulan membutakan hati ku
Atau mentari membutakan mata ku
Atau aku yang terfana oleh dunia?

Mungkin aku harus segera kembali ke sana
Menelusuri jejak cinta
yang kelmarin ku tinggalkan

Alangkah kiranya bisa ku temui kembali hati ku
Ketika bersama kalungan bunga
Dan kehangatan kucupan pertama..

Mungkinkah hati ku yang dulu itu
Bisa mengenali wajah ku kini yang kian suram
dimamah usia dan dosa-dosa..?

Baca Seterusnya......

Thursday, July 30, 2009

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak


Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya.
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-


Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.

9. Kesilapan Kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

dipinjam dari blog drs. khalil idham lim pada jam 23.17

Baca Seterusnya......

Tuesday, July 28, 2009

Di mana-mana saja..janji mahu...

Semasa berjalan2 cari blog...terjumpa info ini di blog kekawan yang penulis ingin brkongsi dgn para pelajar..lagipun peperiksaan tak lama akan menjelang tiba kan..sungguh lucu bila bacanya tetapi apa salahnya kalau betul-betul aplikasikan dalam hidup kita....apa x lucunya nya bila d tandas pun boleh kita lakukan..tgh solek pun kita boleh lakukan dan even di dalam bas pun boleh kita lakukan..jom tgk..


1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula

Copyright dari Moz@c..tq for the info..
para pelajar cuba tgk berapa banyak YG kamu boleh lakukan daripada 20 yang disenaraikan..kalo ada cara belajar yg best yang tidak disenaraikan dalam Top 20 ni..kongsi2lah dgn kami..Harap2 entri ni dapat membantu semua..Good Luck drpd kami..Berjuanglah habis-habisan untuk mencatat kecemerlangan..

Baca Seterusnya......

Sunday, July 26, 2009

Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Baca Seterusnya......

Hayati kata-kata ini...emmm

Pada bahu ini...
yg digelarkan cikgu
diletakkan 1000 harap
oleh ibu oleh bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak2 dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.
"Cikgu, anak saya ini tidak pandai!
Wahai cikgu tunjuklah dia!
Berapa ribu saya sanggup sediakan!
Cuma diharap dia mara ke hadapan!
Maksudnya dalam pelajaran!"

Cikgu dengan wajah girang
terima tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan.

Lalu anak2 yg tiada dosanya
dicalit pelbagai warna-warna
dicampur aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abg kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warna itulah bercelaru di kepalanya
warna-warna itulah menjadikan cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu.

Lalu pada bahu ini seorang cikgu
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raganya, semangat nuraninya, malah dirinya
diberikan untuk mendidik anak bangsanya

dan di hari kejayaan si ibu berkata:
"anak saya pintar dan rajin....
sebab itulah dia berjaya!"

dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:
"Cikgunya semua malas-malas belaka...
tidak pandai mengajar.... ..
lantas anak saya gagal!!"

Tak mengapalah cikgu...
semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam......

Dipetik dari Karl Laksamana

Baca Seterusnya......

Saturday, July 25, 2009

Berkongsi Rasa....

Penat lelah aku mendidikmu
Kemudian melepaskan engkau pergi

Setiap kali aku mengenangkan masa itu
pada saat engkau tidak tahu apa-apa
kemudian menjadi bijak pandai

Aku tahu
Selamanya engkau adalah Anak Didik ku
Selamanya engkau juara

Catatan..25 Julai 2009

Baca Seterusnya......

Thursday, July 23, 2009

G.A.G.A.L...............Mampu kita mengatasinya???




GAGAL…perkataan yang hanya mempunyai 5 huruf sahaja tapi sangat ‘berbisa’…Perkataan ini akan melemahkan semangat kita..menyebabkan kita berputus asa dan seterusnya menghilang hala tuju dalam kehidupan kita..

Anda pernah mengalami kegagalan??Itu semestinya..dan saya sendiri pun pernah merasai kegagalan yg perit..
Justeru, kegagalan adalah rencah dan asam dalam kehidupan kita..

Senarai kegagalan :
1) Gagal memperolehi keputusan cemerlang bagi UPSR,PMR dan SPM.
2) Gagal menyambung pengajian ke Matrikulasi atau Institusi Awam/Swasta.
3) Gagal dalam percintaan.
4) Gagal dalam perhubungan dengan rakan-rakan.
5) Gagal memeperolehi anugerah-anugerah akademik.
6) Gagal mencari kerja
7) Gagal mencapai sesuatu yg tlh ditetapkan
8) Gagal berkomunikasi
9) Gagal mendidik anak murid dgn baik
10) Gagal menguruskan kerja yg diamanahkan
dan mcam2 lg kegagalan di alam kita ini….

Dan kadang-kadang kegagalan itu mematangkan manusia. Dan kadang2 kegagalan juga boleh membuka minda manusia
Justeru, perubahan akan dan tentu berlaku...

Kita tidak boleh elakkan kegagalan dlm kehidupan kita…Cuma cara kita menghadapi kegagalan menentukan segala2nya…

Kita bukan manusia yg sempurna…semua akan menenui kegagalan dlm apa jua keadaan…Tapi ingat..

Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya…

Kpd semua kawan, sahabat, anak murid dan untuk diriku…mari kita tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menghadapi kegagalan yg tlh ataupun bakal kita hadapi…

Baca Seterusnya......

Galah Panjang @ Coh

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Baca Seterusnya......

Tuesday, July 21, 2009

Kem Terakhir pada thn ni...

Hujung minggu lps..SMK Wakuba telah mengadakan kem terakhir pada thn ni iaitu Kem Motivasi PMR’09 yg berlangsung di ‘dewan’ sekolah dan Balung River selama 2 hari…Kem ini melibatakan semua pelajar Tingkatan 3 dan kehadiran pada thn ni sgt membanggakan kerana hanya satu pljr tidak dpt hadir..

Kem ini diadakan supaya pelajar2 T3 boleh memotivasikan diri dan mendapt semangat baru untuk menghadapi peperiksaan PMR yg akan menjelang tiba tidak lama lg..Pelbagai aktiviti telah diadakan n telah diusahakan oleh guru2 sbg AJK Pelaksana dan dibantu oleh 10 fasilitator yg terdiri drpd pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2..

Ini antara babak-babak yg telah berlaku sepanjang Kem berkenaan..bg sesiapa yg terlepas ‘aksi-aksi’ mereka..jom sama2 kita tgk gmbr ni…










Ni antara beberapa sukaneka yg diadakan supaya pelajar2 boleh relax sekejap n lupakan stress...Daripada senyuman drpd mereka..nyata mereka enjoy lagi2 apbila game tepung n game air dalam belon..sukaneka ni ditamatkan dgn 'perang air' yang dimulakan oleh Cikgu Dolah...



Malam tersebut telah diadakan ceramah motivasi daripada penceramah jemputan..N kul 2.30am pula pelajar terpaksa bgn drpd tido n diteruskan Qiamullai yg dikendalikan oleh seorg ustaz jemputan kami pd thn ni...

Stlh selesai Qiamullai, pelajar2 langsung tdk dibagi peluang untuk tido ataupun berehat..yalah..nama pun kem kan..xkan nk bg sedap tido je..mesti aktiviti je memanjang..stlh bersolat subuh n bersarapan..maka mereka akan mula untuk berkembara ilmiah di Balung River yg perlu mengambil masa stgh jam untuk sampai ke sana..Kembara ilmiah ini terdpt 7 check point n setiap checkpoint ada guru subjek yg akan diuji mereka dgn pelbagai soalan...kalo x tau terjawab...nilah akibatnya...



Ha..bukan main lagi nk sampai check point tu..mesti kena pacat..lintah...tergolek baru sampai checkpoint yg paling tinggi...tgk ckg Ismail(gmbr d tgh tu)..siap bawa buku sejarah untuk study di dalam hutan ni....semangat betul...


Selesai sudah kem ni bermakna pljr2 T3 perlu sedia dari segi fizikal n mental untuk menghadapi peperiksaan yg penting ni.. Ada satu cerita drpd pengetua pd perhimpunan pg td yg penulis ingin berkongsi dgn para pelajar dan pembaca blog kami...cerita berbentuk gni…”Kalo ada seorg dtg nk tanya pada anda..:”cuba teka burung yg ada dlm tgn saya ni hidup atau mati”…apa yg anda akan jawab..?? ”kalo saya jawab ia masih hidup, maka anda akan pegang dan cekik burung tu sampai mati..tp kalo saya kata ia mati..maka anda akan lepaskan burung itu untuk buktikan ia masih hidup..MAKA HIDUP ATAU MATI DITENTUKAN OLEH ANDA…”……

Renung-renungkanlah pljr kalian…harap melalui kem ini…kalian akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan untuk PMR thn ni…

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan fasilitator yg menjayakan kem ini.. Ada hadiah untuk guru dan fasilitator...


Gaya guru2 sepanjang kem ni...


Fasilitaor yg byk membantu...



dan guru2 yg penat mencari short cut semasa d hutan..Salute kpd guru-guru perempuan yg mampu sampai ke check point yg paling tinggi..Hebat korg..

Baca Seterusnya......

Sunday, July 19, 2009

BANGKITLAH



Bangkitlah dari lenamu,
Bukalah tirai hatimu,
Semarakkan azammu,
Teruskan perjuanganmu.

Jangan sesekali engkau malas,
Jangan sesekali rasa lelah,
Jangan sesekali melangkah
lemah.


Belajar suatu kewajipan,
Belajar umpama membina jalan,
Jalan ke hari esok yang penuh kebaikan!.

Bangkitlah Anak Didik ku
Untuk bersama mengapai
pelangi nan indah....

Ihlam Rasa
LahZawawi '09

Baca Seterusnya......

Renung-renungkan.....

Jika anda bukan seorang ibu (kerana belum berkahwin/seorang
lelaki) anda tetap anak kepada ibu anda.
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah. Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk. Hari Raya Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak. Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH" Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita .Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita. Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE". Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita .Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm-takut malu dilihat kawan-kawan Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah! Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!" Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu. Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!" Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!" Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple-dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan
tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Baca Seterusnya......

Thursday, July 16, 2009

Sajak Untuk Seorang Insan Yang Bergelar Ayah

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Baca Seterusnya......

Renungan Bersama...

ORANG KATA..enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari
semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
yup... .tepat sekali

Baca Seterusnya......

Saturday, July 11, 2009

Lagu Terindah......

Menatap indahnya senyuman di wajahmu

Membuat ku terdiam dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah

Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan

Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu

Hadir dan temani aku

Di setiap langkah yang meyakiniku

Kau tercipta untukku

Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu

Memanggil seluruh ragaku

Ku ingin kau tahu

Ku selalu milikmu

Yang mencintaimu

Sepanjang hidupku….

~Tercipta Untukku, Ungu~

Will we ever know if we’re the one for each other? Does being married till death do us part mean that we’re made for each other? Or does being in love always even though we can’t be together , is the true sign that we’re soulmates? What is the real sign? How will we know?

Baca Seterusnya......

Friday, July 10, 2009

Tahukah anda????

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian Kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Baca Seterusnya......

Thursday, July 9, 2009

Senarai Semak Untuk Menghadapi PMR '09

Masa semakin terhad. Bilangan matapelajaran yang telah didaftarkan untuk peperiksaan agak banyak. Tajuk yang perlu diulangkaji berlambak. Kemudian banyak juga yang kurang difahami. What should I do. What ? What ?

Usah mengamuk, ada jalan keluar. Buat satu checklist bagi setiap subjek yang bermasalah. Bagaimana ?. Ini caranya:

1. Buat satu senarai semua topik yang termaktub dalam silibus peperiksaan anda bagi sesuatu subjek. Katakan subjek K semuanya ada 14 topik.

2. Atur topik mengikut kategori tertentu. Kategori ini mungkin dari segi (1) Topik paling tidak difahami, sederhana difahami, dan paling difahami atau kategori (2) Topik yang paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi) kepada topik yang paling tidak penting.

3. Kemudian buat satu jadual meliputi: (i) Topik mana dulu perlu diperkemaskan untuk seminggu atau dua minggu akan datang dan seterusnya hingga dua tida minggu sebelum peperiksaan. Kemudian setelah anda kenalpasti topik mana dan bila kena ulangkaji, maka lakukanlah apa yang dirancangkan.

4. Baca buku ulangkaji yang berbeza penerbitannya (bukan Penerbit Sasbodi atau Shortman sahaja, mungkin rujuk juga penerbit lain seperti Fajar Bukit, Nadilmu dsb — jangan beli buku dari semua penerbit itu, berkongsi dengan kawan, jimat duit !), tanya kawan, rujuk guru dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memastikan topik yang perlu difahami dikuasai sebaik mungkin sementara ada kesempatan.

5. Oleh kerana ia melibatkan banyak matapelajaran, justeru banyak tajuk, maka buat perancangan yang lebih terperinci. Jangan bimbang ambil masa dua tiga jam pagi esok atau petang lusa dan rancang dengan bijaksana. Kata “mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal” !

YANG PENTINGNYA, pastikan anda merancang aktiviti ulangkaji dan latihtubi secara berkesan agar pembelajaran tidak berat sebelah. Macam mana berat sebelah ? Ya lah, topik dan subjek yang diminati (yang anda sukakan guru subjek itu) anda buat lebih ulangkji sehinggakan mana-mana subjek atau topik yang kurang diminati terabai secara relatifnya. Ingat target kita ialah mendapat sebanyak mungkin “A” (kalau boleh semua “A”), jadi pandai-pandailah rancang aktiviti ulangkaji anda pada masa yang terbatas ini.

Selamat mengulangkaji.

Baca Seterusnya......

Untuk Renungan Bersama


Baca Seterusnya......

"Wouldn't it be great .......



"Wouldn't it be great if we remembered everything we learn? When we study "hard" we gain a better understanding of a topic and can retain the knowledge longer, this saves time not having to refresh or relearn something, we carry the knowledge with us"

Baca Seterusnya......

Monday, July 6, 2009

Kalo anda guru...murid...???

Dpt ini drpd seorg kawan…berkongsi bersama semua rakan-rakan guru n pelajar…Slps membaca..rasa nk tergelak pun ada, rasa logik pun ada…rasa pelik pun ada…terasa pun ada..jom sama-sama kita nikmati..


kalau guru kurang mengajar, dapat murid kurang ajar…
(Teringat drama hari Guru drpd pljr hari tu.."Cikgu jgn marah saya kurang ajar..kan cikgu yg ajar saya…???)

kalau guru mengajar sambil duduk, murid akan mengantuk…
(kang satu kelas tido...sape nk dngr??)

kalau guru pandai berlakon, murid belajar dengan tekun…
(Guru pelakon terbaik??)

kalau guru mengajar tanpa alat, murid akan menjadi ralat…
(nasib baik x jadi lalat)
kalau guru banyak bercakap, ada murid bertambah gagap…
(skrg dh berubah, guru cakap, pljr pun cakap, tgk sape lg lantang)

kalau guru adalah pemudahcara, semua murid pandai bicara…
(blh jadi peguam semua ni)

kalau guru mengajar tanpa nilai, tak tahu murid bodoh atau pandai…
(yg tu betul..tu lah sebabnya ada exam…)

kalau guru berbudi bahasa, kurang murid sepanjang masa…
(napa ya??)

kalau guru tunggu diarah, ada yang kena kerah…
(betul tu…)

kalau guru kurang merancang, bila mengajar banyak temberang…
(Byk juga alasan..hehe..)

kalau guru suka berdamping, ramai murid dapat dibimbing…
(ya..angkat kaki n tgn tanda setuju..)
kalau guru masuk lewat, ada murid kena liwat…
(Yeke..bahaya tul…)

kalau guru memang bersungguh, semua kerja tidak tertangguh…(Betul..betul..betul…)
kalau guru suka wangi, murid akan berseri-seri…
(Kalo yg alergi minyak wangi mcm mn??)

Kalau guru itu saya…murid akan…
(mari kita cari jawapan sama-sama…)


p/s: Yg dalam kurungan tu hanya gurauan penulis semata-mata…harap semua dpt enjoy n menghayati n3 ini…

Baca Seterusnya......

Thursday, July 2, 2009

TIPS MEMBACA...




> Pastikan tempat membaca dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.
> Bahagikan bab yang hendak dibaca kepada beberapa bahagian kecil.
> Tetapkan masa dan bilangan muka surat yang hendak dibaca.
> Elakkan membaca sambil berbaring dan mendengar suara-suara yang bising.
> Pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.
> Gunakan pen yang pelbagai warna untuk mencatat nota.
> Membaca dalam suasana yang terang.
> Duduk dengan selesa ketika membaca.
> Elakkan daripada pelbagai gangguan.
> Bersihkan diri.

Baca Seterusnya......

BULAN DAN ANDA

kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Baca Seterusnya......

MARI BERSAMA MEMPERBAIKI DIRI....

Amat sukar untuk berfikiran positif di kala suasana persekitaran berupa negatif sepanjang masa, penuh pelbagai tekanan dan pelbagai jenis perbalahan. Amat sukar saya rasakan, sebanyak mungkin saya meminta doa pada Allah moga diberi kekuatan menghadapi semua itu.
Minda kita, kesabaran kita lebih teransang utuh dengan bacaan doa, istighfar dan syukur. Lihat sekeliling Anda, perhatikan lalu fikir. Mungkin, apa yang Anda ada, orang lain tak ada. Nikmat dan rahmat yang dikurniakan pada Anda, tak ada pada orang lain.
Kekuatan Anda, bakat Anda, kemahiran Anda, mungkin tak ada pada mereka.
Anda patut bersyukur.
Dari rasa kesyukuran itu, timbul rasa bersemangat. Ketika Anda tersepit dalam suasana persekitaran negatif, berada di keliling orang-orang berfikiran negatif, Anda perlu banyakkan istighfar, banyakkan bersyukur kerana cara itu akan membuat Anda berubah ke arah fikiran positif.
Kita perlu berubah setiap hari.
Sebabnya? Kita perlu perbaiki diri setiap hari...( Dato' Dr Fadzilah Kamsah)

Baca Seterusnya......

Wednesday, July 1, 2009

Ada IC VS xde IC


Pernah seketika dulu…ckg Wakuba pernah tunjuk kpd penulis n bercakap..”cuba tgk org tu…dia dulu pelajar terbaik sekolah kita…tp sebab xde ic nya..so terpaksa dia henti belajar slps SPM n jual nasi kuning d cni…”..Terfikir penulis seketika..”Plajar Terbaik??, biat betui..ruginya…” Itu yg mula2 timbul dlm otak penulis..

Untuk pengetahuan semua..kalo d kawasan Sabah…ramai yg kahwin campur terutama dgn warga asing spt Indonesia n Filipina..jadi anak mereka tidak boleh dianggap sbg warganegara tetapi masih boleh bersekolah…hanya mereka tidak boleh mendpt ic mereka dan hany dpt belajar menggunakan sijil lahir..jadi mereka hanya boleh bersekolah sampai Tingkatan 5 sahaja dan tidak boleh melanjutkan pljran lg walaupun SPM mereka 20 A1…RUGIKAN…

Hal ni lagi terasa apb kelas yg penulis pegang skrg ada juga pljr yg tidak layak mendpt ic nya…dan mereka byk terdiri drpd pljr yg baik, rajin n bakal menyerlah dalam peperiksaan awam nanti… (rasanya la..harap2 begitu)…tp adakah mrk akan bljr sampai sek menengah saja dan tdk akan teruskan perjalanan untuk menimba ilmu yg lg tinggi…entahlah..penulis pun xtau..pernah penulis tanya kpd ckg Wakuba n pengetua.. xde ke caranya untuk membolehkan mereka menjadi warganegara n dptkan ic..respon drpd mereka adalah boleh tp perlu prosedur yg panjang dan rumit n perlu juga usaha drpd ibu bapa mereka…

Dan..hari ni pula ada parent pljr dtg ke sekolah untuk memohon supaya anaknya berhenti sekolah…bukan tukar sekolah tau…tp berhenti terus drpd bljr.. (penulis x pasti pasal apa) dan dua minggu sblm ni kalo x silap..pihak sekolah tlh mem’buang’ seorg pljr keluar drpd sekolah akibat disiplin yg teruk n telah melakukan beberapa kes yg agak serius…dan kedua2nya mempunyai ic…dan ada juga pljr yg mmg dh xde niat untuk bljr n dtg sek setakat untuk menghabiskan masa d sekolah dan mengacau2…dan..mereka ni adalah golongan yg mempunyai ic yg sah untuk menjadi warganegara Malaysia..

Fikiran penulis tiba2 timbul satu idea yg entah apa2…x blh ka tukarkan ic mereka..bglah ic kpd yg mmg ada hati dan niat untuk bljr supaya mereka boleh terus belajar dan berjaya sehingga boleh memberi sumbangan kpd Negara….yalah..mana tahu merkalah mungkin menjadi seorg doctor yg hebat..peguam yg mantap…angkasawan yg unggul..saintis yg inovatif…guru yg kreatif…kan?? Tp sebab kan mereka x dpt ic..jadi terpaksa mereka berhenti untuk mencapai cita2 mereka dan Negara pun akan terasa kehilangan bakat2 dan rugi krn mereka mayb org yg dpt menonjol kalo digilap dgn betul…Tp apakan daya..kami sbg guru x blh nk buat apa2…hanya dpt menunggu n melihat..hanya dpt terus memberi kpd mereka ilmu yg mereka sepatut dpt pd peringkat ni..harap2 suatu hari nanti..mereka dtg n jumpa kami kemudian berkata:’Cikgiu..saya dh ada ic dan boleh sambung bljr lagi…”

Jadi kpd pljr yg ada ic.bukan ckg hendak mengata kpd pljr yg xde niat utk bljr..cuma harap mereka ni dpr berubah n menhargailah ic yg ada..belajarlah betul2..org lain ingin bljr tp disekat oleh ic..tp kamu yg ada ic tp xmo pula bljr btui2…malu tau..jadi…lu fikirla sendiri ya wahai para pelajar…

Baca Seterusnya......

Kata Mutiara

Tunjang Sekolah

Alang-alang sampai...Jom jadi geng kami...Nk Sign...

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Guru Yang Ceria

Barisan Disiplin Sekolah

Barisan Disiplin Sekolah

Bila guru berlawan senyuman

Bila guru berlawan senyuman

Masa mereka belajar di 'U'

Masa mereka belajar di 'U'

Dilayan ba kalau kau...

Jumlah Pelawat


 

Design by Amanda @ Blogger Buster